22. Tak Mungkin

146 21 0
                                    

" Kau dah gilakah, Arra? Berapa ramai yang teringin nak ada dekat tempat kau sekarang ini. Gaji lumayan beb. Kau tak menyesalkah? Gaji kau sekarang 2 kali ganda berbanding rekrut biasa macam kami, " pujuk Zia.

Arra Soffiya meneguk airnya perlahan. " No Zia. It's not about money,"

" Perjanjian kau dengan Tuan Malik macam mana ? Kalau kau keluar sekarang macam mana dengan misi kau itu?, "

Kringg Kringg...
Arra Soffiya bangun mendapatkan telefonnya di hujung katil. Nama yang tertera di skrin membuat dahinya berkerut. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang tua ini tak tidur lagi ke? Takkan tertekan nombor aku kut. Butang hijau ditekannya seraya menekapkan telefon di telinganya.

" Waalaikumussalam, Tuan. ," salam diberi disambut Arra Soffiya mesra. Isyarat 'diam' diberikan pada Zia yang sudah mula menyibuk di belakangnya.

" Ya. Baiklah, Tuan. Tapi Tuan mesti berjanji, akan selalu ada di sana. Saya kekok kalau Tuan Malik tak ada, " tagih Arra Soffiya.

Lega hatinya Tuan Malik bersetuju dengan permintaannya. Syukurlah, tidaklah dia berasa kekok nanti bila bersemuka dengan anak raja kedaun yang tidak senonoh perangainya itu.

" So?," Zia merisik.

" Hmm, nampaknya kena ikutkan jugaklah. Tapi esok Tuan Malik akan ada sekali. Anyway, thanks Zia. Sebab kau tak pernah jemu layan aku, kawan kau yang selalu bermasalah ini, " ucap Arra Soffiya terharu. Zia turut tersenyum.

" Yalah, sama-sama., " balas Zia seraya mengurut bahu Arra Soffiya. Gelas kosong di hadapan Arra Soffiya diambilnya untuk dicuci. " Biarlah aku yang cuci. Tadi kan kau dah buatkan air. Bak sini!, "

" Alah, selalunya kau cuci pinggan satu sinki tu, aku selamba aje. So, malam ini kau relax., lagipun tak banyak pun ini. Hehe, " ujar Zia sambil mengelak dari Arra Soffiya yang cuba merampas gelas dari tangannya.

Gelagat gadis itu membuat Arra Soffiya tertawa seketika. " Tahu tak apa. Pinggan itu kalau tidak bergunung, tak ada mahunya nak cuci ke apa., " sindir Arra Soffiya berbaur gurauan. Tawa Zia meledak. Terkena batang hidung la terr.

" Gosok sinki tu sekali sampai berkilat ye?, " usik Arra Soffiya lagi sambil ketawa.

" Amboi! Amboi! Amboi!, " balas Zia sambil menggerakkan ibu jarinya berkali-kali. Selalu gadis itu meniru gaya Azwan Ali, selebriti Malaysia.

•••••••••
Arra Soffiya sampai awal di Istana Salam Awliya. Hari ini, sekali lagi dia akan cuba yang terbaik demi tugasnya. Ah, mengapa misi kali ini begitu mencabar bagi dirinya. " Awal kamu sampai, Arra?, " tegur Tuan Malik yang baru tiba. Arra Soffiya menghadiahkan lelaki tua itu sebuah senyuman yang paling manis.

" Kenapa kita kena berkumpul dekat sini hari ini, Tuan?, "

" Sebab hari ini beta tidak ke pejabat. Beta cuti hari ini., " beritahu Tengku Ahmad Mannan yang muncul tiba-tiba. Mata tajamnya sempat menjeling ke arah Arra Soffiya yang berdiri di sisi Tuan Malik.

Lelaki tua itu tersenyum memandang Arra Soffiya yang diam seribu bahasa sebaik sahaja sang putera muncul. Sedaya mungkin gadis itu cuba untuk nampak tenang dan bersahaja. Tapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.

Ingin sahaja dia berlari ke tengah-tengah padang istana itu sambil menutup kepalanya dengan baldi. Malunya masih terasa. Takutnya gara-gara menampar Tengku Ahmad Mannan tempoh hari juga masih tersisa.

" Hye, Arra?, " sapa Tengku Ahmad Mannan. Berderau darah Arra Soffiya. Renungan maut Tengku Ahmad Mannan dengan muka kerasnya itu, serta-merta membuat muka Arra Soffiya panas.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now