Mata Tengku Ahmad Mannan melilau ke kiri dan kanan. Kelakuannya membuatkan Arra Soffiya sedikit curiga. Kenapa dengan anak raja sorang ini? Apa yang dia cari itu? Langkah yang diatur begitu perlahan dan berhati-hati.
Lagak mereka berdua tidak ubah seperti pencuri sedang menceroboh rumah orang. Berasa sedikit selamat, Tengku Ahmad Mannan berhenti berehat sekejap. Jam di pergelangan tangannya diperiksa lagi. Arra Soffiya turut melihat ke sekelilingnya.
" Tuanku cari siapa?, " tanya Arra Soffiya cuba bermanis wajah dengan Tengku Ahmad Mannan.
" Siapa lagi? Sugar daddy awaklah., " sindir Tengku Ahmad Mannan dengan selamba seraya menanggalkan kaca mata hitamnya. Sugar daddy? Tuan Malik? Iyeuww... Umur dah pangkat abah aku kut! Kalau Johan Miqail itu berselera la jugak.
Arra Soffiya sempat mencuri pandang wajah Tengku Ahmad Mannan. Dalam diam dia bersyukur, lelaki itu tidak sekasar tadi. Mengenangkan kejadian tadi, serta-merta bulu romanya berdiri. Dia tunduk lagi apabila Tengku Ahmad Mannan menolak kepalanya ke bawah. Arra Soffiya mencebik geram. Lenguhlah kepala aku ini asyik tunduk macam ini dari tadi! Rungut hati Arra Soffiya.
Terdapat beberapa polis airport dilihat sedang berlegar-legar di sekitar lapangan terbang. Arra Soffiya yang dari tadi menundukkan pandangan mula naik rimas, dan cuba mengangkat wajahnya.
Hampir terkeluar biji mata Arra Soffiya apabila melihat fotonya dipegang oleh salah seorang peronda yang berlegar berhampiran mereka. Apa semua ini?
" You are wanted now!, " tidak semena-mena kata-kata Tengku Ahmad Mannan sebentar tadi kembali menyapa ingatannya. Kerja gila apa yang dia ini dah buat? Kenapa aku tiba-tiba diburu ini?
Belum sempat mulut gadis itu bertanya apa-apa, Tengku Ahmad Mannan tiba-tiba memeluknya. Arra Soffiya yang terkejut kaku dalam pelukan itu.
Tidak cukup dengan itu, belakang gadis itu turut dielus lembut oleh Tengku Ahmad Mannan. Mungkin taktik itu digunakan untuk mengalihkan perhatian peronda itu daripada terus memandang wajah Arra Soffiya.
Entah mengapa, Arra Soffiya merasakan pelukan pemuda itu terhadap dirinya kali ini tidak kekok seperti biasa. Malahan pelukan hangat itu membuat jiwanya berasa lebih selamat.
YOU ARE READING
Lena Terindah
Romantizm-Follow Me To Read The Whole Story- (Jemput baca, sila komen dan jangan segan untuk vote :) Dalam lena, Arra Soffiya bertemu dengan seorang putera raja bernama Tengku Muda Ahmad Mannan. Takdir Tuhan menemukan mereka kembali dalam dunia nyata. Mampuk...