25. Kembali

156 19 0
                                    

Tengku Ahmad Mannan meneguk coklat panasnya perlahan. Sambil menikmati keindahan pantai di depannya. Sudah masuk hari ketiga dia berada di negara asing itu atas urusan negara.

Dia perlu menghadiri beberapa majlis penting mewakili negara Raya Darul Ma'wa menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Mukhlis. Abang sulungnya Tengku Ahmad Mahran, selaku putera mahkota juga terpaksa terbang ke Malaysia sehari sebelum keberangkatan dirinya sendiri ke situ.

Rambut terpacaknya bergerak sedikit ditiup angin. Di sofa empuk dia mengambil tempat sambil menikmati keindahan terbitnya fajar di negara orang itu.

Mug mengambil tempat di atas meja, bantal sofa berwarna biru ditarik dan dipeluknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mug mengambil tempat di atas meja, bantal sofa berwarna biru ditarik dan dipeluknya. Otot-otot lengannya yang agak pejal menonjol kelihatan dek baju yang dikenakan tidak berlengan. Matanya dipejam rapat, dia ingin terlelap sebentar sebelum bersiap untuk terbang ke tanah air.

" Aku ada di mana ini? Macam mana aku boleh sampai di sini?, " Tengku Ahmad Mannan berasa aneh.

" Tuanku.., " tegur seseorang dari belakangnya. Tengku Ahmad Mannan berpaling. Wajah gadis itu diamati. Mula-mulanya agak samar, namun selepas itu semakin jelas di pandangannya.

Tengku Ahmad Mannan mendekati gadis itu. " Arra?, " tanya Tengku Ahmad Mannan sebelum tersenyum. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu bahagia saat ini.

Arra Soffiya membalas pertanyaannya dengan mengangguk mesra seraya ketawa manja. Belum sempat gadis itu melarikan diri, Tengku Ahmad Mannan sempat menarik tangan gadis itu.

Arra Soffiya tersembam di dada bidangnya. Tubuh tegap Tengku Ahmad Mannan ditolaknya, namun tenaga lelaki itu lebih kuat darinya. " Berani awak nak lari dari beta?, " tanya Tengku Ahmad Mannan.

Arra Soffiya memuncungkan bibirnya. Ah, wajah itu comel dibuat begitu rupa. Tengku Ahmad Mannan tersenyum nakal. " Tahu tak apa hukumannya kalau lawan cakap beta?, " duga lelaki itu lagi.

" Saya tak takut. Kalau Tuanku nak bunuh saya sekalipun. Saya tak kisah, " balas Arra Soffiya merajuk.

Cupp! Satu ciuman hangat tiba-tiba hinggap di pipi Arra Soffiya. Gadis itu tergaman. " Tuanku! Tuanku tak boleh buat saya macam ini, " marah Arra Soffiya. Pipi kanannya digosok-gosok.

" Kalau macam ini?," soal Tengku Ahmad Mannan seraya menarik gadis itu lebih dekat dengannya. Dagu gadis itu diraihnya.

Cupp! Ciuman kali ini bukan lagi di pipi tetapi di bibir Arra Soffiya. Cupp! Ciuman ini bukan lagi sekali hangatnya tetapi seratus kali lebih hangat.

 Cupp! Ciuman ini bukan lagi sekali hangatnya tetapi seratus kali lebih hangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lena TerindahWhere stories live. Discover now