4. Siapa Sangka

178 24 11
                                    

" Hello, siapa di sana?," suara garau menegur di hujung talian. Arra Soffiya mengigit bibir bawahnya. Haih, aku ini biar betul. Siapa pula yang aku pergi telefon ini?

" Err, maaf! Silap nombor. "

" Wait! "

" Ya?, " tanya Arra Soffiya ragu-ragu. Berkerut keningnya. Rambut panjangnya dikuak ke belakang.

" Awak ini betul-betul silap nombor, atau buat-buat silap nombor? " tuduh Tengku Ahmad Mannan penuh curiga.

" Excuse me?," Arra Soffiya cuak dengan tuduhan pemuda asing di talian.

" Manalah tahu kan, kalau-kalau nak try anak raja," duga Tengku Ahmad Mannan.

Anak raja? Mak aih. Perasannya mamat ni. Werkk, nak muntah aku.
Cepat-cepat Arra Soffiya mematikan panggilan. Telefon bimbitnya dipandang geram.

" Anak raja kedaun kau? Hah? Berlagak nak mati. Kalau ya pun kau itu anak orang kaya. Tak perlu kut sampai nak mengaku jadi anak raja. Derr?," bebel Arra Soffiya penuh menyampah. Siapa sangka kan? Gerangan pemuda yang menjawab panggilannya tadi memang seorang putera diraja.

•••••••••

Tut tut tut....

Tengku Ahmad Mannan tercengang taliannya tiba-tiba terputus. Sekali lagi skrin telefonnya dipandang.

" Marah ke?," gumam Tengku Ahmad Mannan sendirian. Bibirnya mengukir senyuman senget.

Tengku Ahmad Mannan kembali berjalan mendapatkan abang dan sepupunya di meja perbincangan. Sambil berjalan, Tengku Ahmad Mannan melipat lengan kemeja putihnya hingga ke siku. Entah mengapa tiba-tiba dia berasa panas. Walhal dalam istananya itu mempunyai beratus-ratus penghawa dingin.

•••••••

Hari ini, Arra Soffiya membawa uminya, Mariah berkelah di tepi pantai. Sengaja dia berbuat demikian. Niatnya cuma hendak release tension. Sedar tidak sedar, sudah 3 bulan peristiwa pengakuan babahnya berkahwin lain itu terjadi. Kini, Arra Soffiya sudah boleh terima kenyataan itu sepenuhnya. Mungkin itu semua kerana uminya, Mariah kelihatan sangat tenang dan bersahaja.

Sementara menunggu uminya solat di surau berdekatan. Arra Soffiya berjalan di pinggir pantai sendirian. Melayan perasaan. Topi Channel di kepalanya yang senget dibetulkan perlahan.

" Arra...," tegur Mariah dari belakang. Arra Soffiya menoleh bersama senyuman. Tangan uminya ditarik mendekatinya. Kini, kakinya dan kaki uminya menyentuh air pantai. Tersengih Arra Soffiya. Tergeleng-geleng kepala Mariah melihat gelagat anak daranya itu. Dari kecil hingga dewasa, suka betul main air pantai.

" Pagi tadi Arra sembang dengan siapa?," tanya Mariah. Wajah Arra Soffiya dipandang lembut.

" Entah. Anak raja kedaun mana entah. Meroyan tetiba. Arra silap nombor aje pun.," balas Arra Soffiya sambil muncungkan bibir comelnya. Sudahlah dirinya agak moody hari ini gara-gara datang bulan. Kena tuduh pula nak mengurat anak raja. Gila betul!

" Anak raja kedaun?," tawa Mariah meletus mendengar jawapan anak dara seorangnya itu. Arra Soffiya hanya tersengih lucu.

 
( vote and comment for your support ) :)

Lena TerindahWhere stories live. Discover now