35. Tembok Gergasi

163 19 3
                                    

" Beta nak balik ke istana sekarang jugak, " putus Tengku Ahmad Mannan tiba-tiba. Beg pakaiannya terus dicampak masuk ke dalam kereta Hummer H2 miliknya. Terkebil-kebil mata lain yang turut melihat tingkah sang putera itu.

" Kenapa ini, Tengku Muda?, " tanya Tuan Malik kepelikan. Terbantut selera mereka semua, yang baru hendak menyuap sarapan ke mulut masing-masing. Atas permintaan Puteri Anita, hari ini mereka semua bersarapan di tempat terbuka iaitu di pondok kegemaran Nek Nab berhampiran sungai.

" Yalah, Tengku Muda. Apa yang dah jadi?, " Johan Miqail pula bersuara. Belum sempat Puteri Anita ingin mencelah, gadis itu segera dicegah Johan Miqail apabila melihat riak wajah Tengku Ahmad Mannan yang sudah semacam. ' Strong eyes' itu mula merenung tajam semua orang.

" Anita, cepat! Kita perlu balik ke istana sekarang jugak. Kalau lambat, beta terpaksa tinggal semua orang., " arah Tengku Ahmad Mannan berbaur sedikit ugutan di hujungnya, kemudian dia masuk ke dalam kereta.

" Tergesa-gesa macam ini. Ada benda buruk berlakukah, Tuanku?, " tanya Arra Soffiya seraya mendekati Tengku Ahmad Mannan. Aneh, perlakuan lelaki itu tiba-tiba berubah selepas bersembang dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Kebuntuan di wajah sang putera itu, menimbulkan kecurigaan di hati kecilnya. Dan mungkin lebih kepada 'kerisauan'.

" Arra, look, beta ini dah malas tau, nak marah-marah awak. Tapi sampai sekarang ini, beta bingung apa motif awak ajak kami datang sini?., " tutur lelaki itu malas dengan intonasi mendatar. Jujur, dalam situasi sekarang dia letih untuk beritahu cerita sebenar. Yang dia tahu, dia perlu cepat sampai ke istana. Kalau kereta itu boleh terbang, dia akan buat begitu pada saat itu juga.

" Motif? Apa yang Tuanku merepek ini?, " tanya Arra Soffiya. Wajah gebunya berkerut memandang Tengku Ahmad Mannan.

" Mengaku sajalah, Arra. Yang awak ini memang ada agenda tersembunyi. Awak sengaja ajak kami datang sini, saja nak alihkan perhatian beta dari istana, kan?, " Tengku Ahmad Mannan tiba-tiba menyembur bisa. Bisa tuduhannya begitu pedih dirasakan Arra Soffiya. Kecewa! Sungguh gadis itu kecewa. Keikhlasan yang dihulur, kini hanya dibalas dengan sebuah pertuduhan yang langsung tidak masuk akal.

" Tuanku ini memang gila, tahu tak? Saya ingat otak Tuanku ini, dah kering darah agaknya. Itu yang kalau berfikir asyik nak cari salah orang aje, " balas Arra Soffiya, sebelum dia mendekati tiga orang yang masih terkebil-kebil di tepi pondok Nek Nab. Gila sungguh anak raja Raya seorang ini! Ajak? Siapa yang ajak kamu semua datang sini? Kalau bukan Tuan Malik yang merayu nak buat perjumpaan dekat sini, aku pun tak ingin hendak layan orang tak guna macam kau inilah, Tengku Ahmad Mannan! Batin Arra Soffiya menjerit geram.

" Tuan Puteri, Tuan Malik dan Johan! Saya rasa ada baiknya, jika semua orang ikut Tuanku balik ke istana sekarang. Jangan risau, saya okay!., " beritahu Arra Soffiya sopan. Puteri Anita memandang sekilas wajah abang sepupunya, sebelum pandangannya beralih semula pada Arra Soffiya. Kemudian puteri diraja itu mengangguk setuju, bersama senyuman nipis terukir dibibir.

Arra Soffiya duduk bergoyang kaki keseorangan di pondok Nek Nab. Yang lain sudah menghilang, sedang mengemas beg masing-masing barangkali di dalam rumah. Nak tahu apa yang Tengku Ahmad Mannan sedang buat dalam keretanya? Kerjanya dari tadi asyik belek jam di tangan, mengetuk-ngetuk stereng kereta, lepas itu buat jelingan tidak puas hati ke arah Arra Soffiya. Entah apalah yang dia tidak puas hati sangat dengan gadis itu.

Dia ini jeling-jeling aku. Kau tunggu situ, kau tunggu! Jerit hati Arra Soffiya geram. Kakinya laju melangkah mendekati Tengku Ahmad Mannan yang sudah mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Tidak menyempat hendak cepat pulang, lelaki itu telah memutuskan dia sendiri yang akan pandu keretanya balik ke istana.

Lena TerindahWhere stories live. Discover now