BAB 1

11.9K 367 26
                                    

Pening...

Pening kepalaku memikirkan tentang nasib yang menimpa. Semua yang berlaku adalah berpunca dari Ryana kawanku yang terlalu sukakan Shakeel.

Ryana menyuruh aku melekatkan sekeping nota pada meja milik Shakeel tapi disebabkan aku jenis pelupa, aku sudah melekatkan nota itu pada meja Faiq sahabat baik Shakeel. Mesti ada yang tertanya-tanya siapa Shakeel ni. Namanya adalah Shakeel Iman, seorang lelaki sudah tentu yang mempunyai rupa paras yang elok dan tampan membuatkan ramai wanita mahu menjadikannya sebagai teman hidup kecuali aku. Aku seorang saja yang dalam sekolah ini tak tertarik dengan Shakeel cuma... ada seorang lelaki yang telah berjaya mencuri hati aku.

Kecil... kecil dah gatal. Kalau mak tahu mesti kena cubit.

Pen biru yang aku pegang diketuk ke dahi berkali-kali, alah bukannya sakit pun. Hati aku lagi sakit bila memikirkan nasib. Bagaimanalah boleh kantoi bahawa aku yang melekatkan sekeping nota kecil itu. Dalam nota itu terkandung sebuah ayat keramat yang cukup memalukan bagi aku, walaupun bukan aku pengirim nota kecil itu.

Senyummu semanis madu,
Ingin aku ungkapkan I Love You,
Semoga kita nanti bersatu,
Di dalam ijab kabulmu.

RS

Di bawah sekali sudah tentulah tertulis RS kerana nama pemiliknya Ryana Shafirah bukannya Aimara Qalesha. Tapi... kenapa semua mesti tuduh aku yang sukakan Faiq. Ya, aku mengaku. Aku sudah lama sukakan Faiq tapi aku takkan sesekali malukan diri sendiri dengan meletakkan pantun semanis gula dekat meja lelaki macam yang Ryana buat.

Sungguh malu aku saat ini. Ryana memanggil aku untuk memujuk. “Maafkan aku weh Esha. Aku tak tau pulak jadi macam ni.” Tangan Ryana menyentuh lembut bahuku.

Kepala hotak hang maaf, malu aku kena ejek dengan Faiq tadi. Macam aku ni terhegeh-hegeh sangat nakkan dia.

“Esha, respon please. Aku takutlah kalau hang diam macam ni. Macam aku ni bercakap dengan tunggul aje.”

“Ryana, hang tau dak. Aku ni malu, bukan malu sikit weh. Malu banyak sampai tak tertanggung. Rasa macam diri ni perempuan gedik. Mak aku tak pernah ajaq aku jadi gedik tau dak.“ Tiba-tiba aku rasa sebak. Air mata sudah mulai menakung di tubir mata.

Ryana terdiam malu. Salah aku juga yang buta sangat pergi letak nota itu pada meja Faiq buat apa? Sekarang tanggunglah rasa malu sepuas-puasnya. Menangislah! Sementara tak ada sesiapa dalam kelas.

“Maafkan aku Esha, aku janji akan bersihkan nama hang seperti pencuci baju jenama Boom. Sumpah! Aku tak suka tengok kawan aku menangis laguni.”

Aku tersenyum. Dah kenapa pulak kaitkan pencuci baju jenama Boom ni? Ada saja akal Ryana mahu membuatkan aku tersenyum.

“Yeay, Aimara Qalesha dah tersenyum. Maknanya hang dah maafkan akukan? Macam inilah kawan aku suka tersenyum, suka ketawa, kelakar dan comel.” Ryana sengaja memuji aku. Macam aku tak kenal dia, kaki bodek dan kaki pujuk memang Ryana nombor satu. Siapa pun tak boleh lawan.

Aku mengelap sisa air mata yang tumpah tadi dengan hujung kain tudung. Malunya menangis depan orang. Jujur inilah kali pertama aku menangis depan kawan aku sendiri. Selalunya, aku menangis sorok-sorok tapi kali ini berlainan. Aku kalah dan tak boleh tahan air mata. Ini semuanya Ryana punya fasal. Nak aje aku cucuk lubang hidung dia dengan pen biru yang ada dekat tangan ni.

“Memandangkan, Ratu Ryana sudah berjaya memujuk Esha. Aku nak hang ikut aku jumpa Faiq Aiman a.k.a mamat perasan tu. Aku nak bersihkan nama hang, hari ini jugak. Aku tak nak ada salah faham sampai semua orang dok pandang serong dekat hang.” Aku tersalah dengar ke? Ryana baru mengelarkan dirinya Ratu Ryana.

Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now