"Assalamualaikum hai, sedih nampak. Dengar cerita ada pasu pecah semalam." Faiq menegurku dengan nada yang seakan-akan menyindir. Mestilah aku sedih semalam aku telefon mak, habis telinga aku kena tadah bebelan mak.
"Walaikumussalam, iya nampak sedih sangat ke? Lagipun tengoklah anak saudara siapa yang buat kan?" Aku mengetap bibir. Nabihah yang berada di sebelahku segera berlari anak ke arah bapa saudaranya.
"Menyesal ke jaga Nabihah? Kalau tak suka tak apa kami boleh cari pengasuh yang lain." Faiq tersenyum sinis memandangku.
"Menyesal tu taklah cuma sedih aje. Boleh saya tau kita pernah berkenalan ke?" soal aku semakin pelik dengan cara layanan lelaki itu terhadap aku. Gaya bercakap macam dah lama kenal dengan aku tapi dia ni siapa eh?
"Kenapa tanya macam tu?" Wajah Faiq serta merta berubah.
"Semalam kawan saya Ryana banyak bercerita tentang awak macam dah kenal lama sebab semua kawan Ryana saya kenal kecuali awak. Awak siapa ya?"
"Dah dua hari kita berjumpa kau tak kenal aku siapa lagi?" Faiq mengangkat jari telunjuknya lalu menunjukkan ke arah dirinya sendiri.
"Serius saya langsung tak kenal mana-mana lelaki bernama Faiq kecuali..." Aku jeda seketika. Cuba untuk mengingati semula.
"Kecuali siapa?" Faiq mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum nakal ke arah aku. Kacak pulak bila tengok dia senyum macam tu alahai!
"Kecuali anak saya," balasku sambil membalas kembali senyumannya.
"Anak? Bila kahwin? Aku tak tahu pun." Berkerut-kerut terus wajah Faiq. Mungkin kehairanan kut bila dia dapat tahu yang aku dah berumah tangga?
"No, awak salah faham. Nama anak angkat saya Faiq. Saya belum kahwin lagi. Siapalah yang nak kahwin dengan saya, lagipun saya belum bersedia lagi nak jadi isteri orang." Dah agak mesti dia terkejut bila aku cakap yang aku dah ada anak.
"Oh iya ke, semalam anak saudara aku dah pecahkan pasu kau kan? Hari ini aku bayarkan untuk ganti rugi." Faiq mengeluarkan sebuah sampul berwarna coklat dari poket seluarnya dan menghulurkan ke arah aku. Menyempat pulak dia nak tukar topik!
Pada mulanya aku agak malu untuk menyambut sampul tersebut namun demi menjaga hati majikan kenalah ambil betul tak? Ewah, dah sedap anak saudara kau jahanamkan pasu mak aku takkan tak nak ganti? Terima kasih kerana sanggup membayar ganti rugi. Sampul itu buka untuk melihat berapa isinya.
Ini kalau Ryana tengok perangai aku buka sampul duit depan orang mesti dah lama aku kena luku dengan dia.
"Untuk pengetahuan kau, duit tu aku memang bagi lebih sikit. Bukan apa bolehlah kau beli pasu banyak sikit lepas tu boleh hadiahkan dekat jiran sini sikit dengan dekat jiran kampung sikit ya tak?"Aku hampir melopongkan mulut. Alah bukan banyak sangat pun dia bagi sampai aku nak kena belikan pasu untuk jiran. Menyampah pulak aku dengan dia ni.
"Kalau nak tunggu saya hadiahkan pasu dekat jiran sini sampailah jiran dekat kampung sana. Tunggulah saya kahwin dengan jutawan tu pun kalau ada yang naklah. Masa tu saya nak hadiahkan banyak pasu dekat satu kampung baru best." Betullah Ryana kata. Aku kalau bersembang kucing pun boleh terbang.
"Muka macam kau yakin ke boleh tawan hati jutawan? Jangan jadi bini nombor dua sudahlah."
"Amboi mulut. Apa ingat saya ni dah terdesak sangat ke nak berlaki? Saya tak suka bermadu, kalau laki orang lagilah saya tak hingin." Sedap mulut dia aje nak mengata aku. Aku cilikan mulut baru tau.
Tiba-tiba terdengar bunyi seperti ada orang yang berdehem. Siapa lagi kalau bukan Ryana. Dah kenapa pulak hari ini Ryana balik kerja naik grab? Pagi tadi nampak si Shakeel tu datang rumah ambil dia untuk bawa pergi kerja.
"Rancak bersembang. Dulu tak suka sangat, sekarang nampak macam rapat aje. Ada apa-apa ke?" Ryana menyindir sambil membuat wajah selamba.
"Dulu? Hello Ryana, aku baru kenal dia semalam kut. By the way, awal balik Ryana. Hang nak keluar dating dengan Shakeel ke?"
"Nak tukar topik nampak. Dah boss balik awal aku pun baliklah awal. Lagi satu, ingat muka aku tak ada kerja ke asyik nak keluar dengan dia aje." Ryana mencebikkan bibirnya.
"Cara bercakap macam marah aje, baru lepas gaduh dengan Shakeel ke?" aku cuba untuk meneka. Cara bercakap macam merajuk aje si Ryana ni.
"Biasalah, pasangan bercinta. Hang tak pernah bercinta apa tau?" Ryana segera melangkah masuk ke dalam rumah dengan gaya menghentakkan kakinya.
"Seriuslah kau tak pernah bercinta?" soal Faiq setelah berdiam diri untuk seketika. Alamak! Dia dengar ke Ryana cakap tadi?
"Iya, alah bukannya penting pun bercinta ni kan? Kalau boleh saya nak ada suami terus. Tak nak bercinta dulu nanti tak best."
"Baguslah, sekurang-kurangnya kau pandai jaga diri untuk bakal suami kau nantikan? Okeylah aku balik dulu. Biha, mari balik." Faiq segera mendukung tubuh kecil itu lalu dibawa masuk ke dalam perut kereta.
Sekejap sahaja kereta milik Faiq sudah hilang dari pandangan.Walaupun aku tak berapa nak kenal dengan dia tapi aku rasa macam seronok pulak bila dapat bersembang dengan dia. Lagipun dia tu memamg agak kacak. Aip, jangan Aimara Qalesha. Jangan mudah jatuh cinta dengan lelaki okey! Lagipun kau tak kenal lelaki tu sepenuhnya.
❁❁❁❁❁
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...