NOTA

2.2K 58 22
                                    

Bismillahirahmanirahim...
Dengan ini saya penulis Rintihan Melodi Rindu ingin mengatakan bahawa kisah perjalanan coretan Aimara Qalesha dan Faiq Aiman telah tamat.

Ini adalah karya keempat saya. Sejujurnya saya sayang nak habiskan cerita ini. Seronok mencoretkan kisah hidup Aimara Qalesha yang mempunyai ego tersendiri. Ketabahan watak Faiq Aiman dan watak-watak sampingan seperti Ryana, Shakeel, Hilman, Ratna, Feiqah dan lain-lain lagi.

Karya ini mengambil masa dua tahun untuk saya selesaikan. Sepatutnya kisah ini patut tamat tahun lepas tetapi kerana faktor kesibukkan saya dengan menumpukan pelajaran ketika SPM tahun lepas. Alhamdulillah segalanya berlalu. Keputusan yang saya dapat agak memuaskan. Sekarang saya pun tengah berkerja.

Karya keempat Rintihan Melodi Rindu saya selepas Dia Miss Tomboy! , Untuk Cinta dan Indahkah Cinta. Salah satu kelemahan saya dalam menulis cerita adalah. Saya selalu lupa plot. Itu sebab saya selalu lost. Kadang saya biarkan ia tergantung sepi. Sejujurnya saya masih tak percaya masih ada yang setia menanti pengakhiran cerita ini sedangkan kisah ini dah lama saya tinggalkan. Buat pembaca yang saya ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua siapalah saya di dunia Wattpad ini selama empat tahun. Saya bersyukur sehingga sekarang masih ada yang membaca karya saya.

Rintihan Melodi Rindu merupakan cabaran untuk saya menggunakan POV 1 iaitu hanya tertumpu satu pencerita iaitu Aimara Qalesha. Sedangkan karya saya sebelum ini menggunakan POV 3 iaitu boleh tahu mengenai sudut pandang watak lain. Alhamdulillah saya mampu melakukannya. Sebenarnya saya ingin mencabar diri menulis manuskrip menggunakan jalan cerita ini. Tapi bila saya fikir balik, saya rasa saya masih belum layak untuk capai tahap itu jadi saya persembahkan karya saya untuk tatapan pembaca yang disayangi.

Berkenaan sihir menyihir dalam karya saya ini. Ini merupakan pengalaman saya sendiri. Orang yang saya sayangi terkena dengan sihir dari orang yang busuk hati. Oleh kerana itu, kita kena jaga diri dan jaga tutur kata. Memang zaman semakin canggih tapi dengan seiring peredaran masa adakah pemikiran manusia juga ikut sama?

Sebelum berakhir saya ingin bertanya.
Apakah perasaan anda semasa membaca karya ini?

Best?

Bosan?

Klise?

Atau lain-lain?

Dalam 5 bintang berapa yang anda boleh beri.

Saya inginkan ulasan pembaca semua. Baik buruk saya terima. Tak semestinya kita mesti selesa dengan pujian saja kan? Saya terima dengan hati terbuka. Saya akan improve mana terkurang.

Berikan anda ulasan diruangan komen❤

Salam sayang.
Syafasuha.

Syafasuha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now