Aku mengambil angin petang dengan menikmati secawan teh o panas di kafe yang agak mewah. Ditemani Hilman yang sedang leka menulis sesuatu di dalam buku nota. Itu tak lain tak bukan mesti mencipta lirik lagu. Maklumlah hobi dia kan. Kalau tak, tak ada saja-saja ada syarikat rakaman beli lagu dia.
Ariz? Ariz masih bersama ayahnya. Aku malas nak cakap panjang cuma benarkan saja dia tatang Ariz sepuas-puasnya sebab Faiq akan pulang ke Kelantan jadi susah nak lepas rindu pada anaknya. Aku pun akan balik Kuantan. Eh, Kelantan dan Kuantan. Alah, satu nama negeri satu nama daerah apa nak heran nama aje dekat serupa.
"Sha." Panggil Hilman.
Aku tersentak.
"Kenapa?" Aku memandangnya.
"Sha, ingat tak Sha pernah cipta lirik lagu. Hilman dah settle masuk melodi. Ada buat rakaman suara sekali nanti Hilman forward kat Sha. Sha dengarlah. Semalam Hilman dah bagi Faiq dengar. Faiq dengar dia terus diam. Tapi dia suka lagu ini. Dia kata lagu ni macam kena dengan situasi dia. Hilman tak faham maksudnya." Hilman menggaru dahinya.
"Bagi Sha baca balik liriknya." Aku meminta buku nota itu untuk baca semula lirik yang pernah ku tulis.
Mengapa aku yang masih setia,
Sedangkan kau selalu menyakiti,
Mengapa aku masih menunggu,
Sedangkan aku sering terluka.Aku mengerutkan dahi. Biar betul aku pernah tulis begini.
Bukannya mudah untuk diriku
lupakan cinta ini,
Namun hati ini sering disakiti,
Pilu hatiku pilu bila ku lihat kau bersama dengannya,
Ku sedar diriku tak selayak kekasihmu.Entah kenapa lirik lagu ini membuatkan ku jadi sebak.
Ku persembahkan rintihan merinduku,
Cinta ini kau anggap permainan,
Hati yang dihancuri ini kau biarkan,
Kau tinggalkan aku sendirian yang masih
mengharap cinta yang tak pasti.Kini tinggal aku sendiri,
Aku terima segala ketentuan,
Cinta yang diharap kini tinggal kenangan,
Tinggallah aku sendiri membawa hati yang terluka.Air mataku mengalir. Ini bukan lirik lagu kepunyaanku. Aku ingat iya ini bukan aku punya. Aku selak kertas sebelah penulisnya adalah Faiq Aiman bertajuk Rintihan Merindu.
Tiba-tiba hati aku terdetik apakah maksud lagu ini? Kenapa Faiq? Dia tujukan lagu ini buat siapa? Entah-entah dia tuju kat aku sebab kes aku curang dulu? Cepat-cepatku kesat air mata. Kalau betul, amboi kecewa betul mamat ni. Aku yang kena campak dulu pun tak ada beria-ia kecewa macam itu.
"Kenapa Sha menangis? Cuba dengar Hilman nyanyikan lagu tu. Sambil hayati lagu tu." Suara Hilman menyedarkanku.
Aku membuka telefon lalu ingin memasang rakaman suara milik Hilman. Tiba-tiba telefon Hilman berbunyi. Hilman menjawab.
"Baiklah, nanti Hilman sampai." Hilman tergesa-gesa.
"Hilman nak cepat ni, tiba-tiba Kak Najla panggil. Nak ikut Hilman balik ke?" Soalnya.
Aku menggeleng.
"Pinjam buku ni sekejap ya. Baliklah homestay dulu mana tahu ada hal penting."
Hilman tersenyum.
"Jaga diri baik-baik tau."
Aku mengangguk lalu Hilman segera beredar dari situ.
Aku mula fokus kembali pada lagu yang bertajuk Rintihan Merindu ciptaan Faiq Aiman. Entah bila mamat ni cipta lagu tak taulah. Merdunya suara Hilman.
Ku hayati lagu itu. Asal lagu ni macam tertuju pada aku pulak. Aku menepis sejauh mungkin perasaan itu. Apa pulak dia nak kecewa. Aku yang kecewa. Dia pulak melebih sampai buat lagu macam ni.
Tiba-tiba muncul Faiq sedang mendukung Ariz duduk dihadapanku. Aku tergamam. Janji apa pulak tiba-tiba mamat ni muncul depan muka aku. Aku mengeluh lalu menutup rakaman suara itu.
"Sedap lagu tu?" Soal Faiq.
"Bolehlah, macam pasrah aje lagu ni. Siapa yang kau kecewa sangat ni?"
"Alah, lagu aje bukan bermaksud apa-apa pun. Lagipun lagu tu saya cipta masa zaman bujang dulu." Faiq seperti beriak wajah biasa.
"Kenapa tiba-tiba muncul jangan cakap kebetulan. Jawapan klise sangat." Aku mula mencebik bibir.
"Hilman suruh tengokkan. Dia takut apa-apa jadi pada awak. Kebetulan memang saya keluar dengan Ariz jalan-jalan jadi apa salahnya tengokkan ibu Ariz sekali. Sayang betul Hilman dengan awak kan."
"Tak payah tengok saya. Sebelum ni boleh aje saya jaga diri. Em, memang Hilman sayangkan saya sangat-sangat sebab tu dia selalu risau kalau saya pergi mana sorang-sorang." Balasku.
"Saya tak tahu macam mana nak berbaik dengan awak lagi Esha." Faiq mengeluh.
"Saya tak suruh berbaik pun."
"Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah minta maaf awak tak terima. Saya dah merayu apa lagi awak nak suruh saya buat. Saya bukannya mintak awak terima saya semula. Saya pun sedar diri dimana kedudukan saya selepas Hilman dah bertakhta dalam hati awak. Saya cuma nak kita berkawan demi Ariz. Susah sangat ke awak terima?"
"Ikutkan hati nak kawan pun dah tak sudi faham tak?"
"Saya cuma tak nak bermusuh dengan awak."
"Apa kata kau kahwin dengan Ratna je? Lepastu suruh dia beranak banyak-banyak. Hati kau pun senang sebab dapat tatap muka orang yang kau sayang."
"Senang aje kan awak cakap Esha. Tolong jangan cakap perkara macam tu depan anak." Tegas suara Faiq. Aku menjuihkan bibir.
"Okey, fine kita kawan." Aku mengalah.
"Terima kasih." Faiq mula mengukirkan senyuman nipis.
"Kenapa kau tangguh perkahwinan korang ya? Aku peliklah. Ratna tu bukan tak cantik. Cantik dari aku tapi tu lah..." Belum sempat habis menghabiskan kata Faiq segera mencelah.
"Saya ada hal dekat Kelantan. Lama jugak saya nak selesaikan. Alhamdulillah sekarang dah hampir selesai sebab tu saya tangguhkan dulu. Insya-Allah kalau jodoh kami masih kuat bersatulah kami nanti." Entah kenapa Faiq seolah terasa berat ingin menghabiskan ayatnya.
"Aku doakan supaya semua berjalan lancar. Untung Ariz dapat mama baru." Aku ketawa dibuat-buat untuk menceriakan suasana.
"Saya pun doakan awak supaya bahagia dengan Hilman. Saya harap dia takkan sia-siakan awak. Awak isteri yang baik. Rugi kalau dia lepaskan awak." Aku mengerutkaan dahi. Faiq memerli aku ke?
"Dia takkan sia-siakan saya Faiq. Dah lama saya kenal dia. Saya yakin dengan sepenuh hati." Aku sengaja ingin menyakiti hati dia. Ternyata wajah Faiq berubah menjadi sayu. Sedih mungkin? Entahlah.
"Jomlah balik, nanti dah nak masuk Maghrib. Tumpang saya. Awak adalah amanah saya dari Hilman untuk jaga awak."
"Okey." Aku mengemas barangku lalu bingkas bangun.
"Jalanlah dulu Faiq." Aku menyuruh dia jalan dulu. Faiq hanya akur. Kami melangkah pulang dalam keadaan bisu tanpa kata. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Nota kaki:-
Jangan tanya sis macam mana lirik lagu tu sebab saya tulis pun main bedal aje haha. Enjoy your reading Dear
and Stay tuned❤
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...