BAB 44

3.3K 111 24
                                    

Aku duduk sendiri berhampiran taman di homestay itu sambil menghirup udara segar malam. Otakku bercelaru. Sejak Faiq berjumpa dengan anakku asyik budak itu dikelek. Puas aku dirayu supaya mengizinkannya menjaga Ariz sebentar. Puas juga Faiq dimaki hamun aku namun tetap tak mengalah dalam memujukku. Akhirnya ku benarkan juga. Itulah dulu budak tu pandang sebelah mata pun tak nak. Bila dah tau perkara sebenar baru terhegeh-hegeh nak datang. Meluat!

"Sha termenung sampai mana tu? Ada sampai London tak?" Suara garau Hilman menyedarkan aku dari lamunan.

"Bukan London sampai Pluto tu Esha dah sampai tau," balasku sambil tertawa kecil.

"Esha dah kemas baju? Tadi kata nak balik."

Aku mengerutkan dahi.

"Tak payahlah, kita stay je lah sini." Aku mengambil keputusan tinggal disini semata-mata mahu melihat sejauh mana permainan mereka.

"Baguslah Alhamdullilah," balas Hilman ringkas.

"Apa yang bagus? Saya menyusahkan Hilman ke kalau buat keputusan nak balik?"

"Tak adalah, saya tak ada maksud apa-apa pun. Ariz mana?"

"Ariz dengan ayah dia. Sakit je hati tengok, tak boleh langsung nak berenggang dengan ayahnya. Sebab tu Sha bawak diri dekat sini." Terangku kepada Hilman. Kemudian Hilman mengangguk perlahan.

"Awak tak boleh pisahkan hubungan anak dengan ayah. Biarlah mereka. Jangan awak palitkan masalah awak sampai ke anak. Kasihan dia. Eh jomlah, diorang ada buat BBQ sekarang. Ada la jugak dengar suara Ariz galak benar bisingnya macamlah faham apa yang orang cakap. Mulut macam ayahnya masa kecik dulu." Dihujung-hujung Hilman perlahankan suaranya.

"Malaslah nak pergi. Ikutkan rasa hati nak tengok muka pun dah tak hingin! Geram, lama Sha tanggung sakit hati ni. Dikeji dan dicemuh sesuka hati. Tambah-tambah mama Faiq tu. Sha betul tak faham, kenapa diorang masih belum kahwin? Bukan dah suka sama suka ke? Kenapa tak kahwin je. Kalau kahwin dah tentu ada anak. Tak payahlah sibuk nak timang Ariz saja. Bertunang lama-lama buat apa. Itupun asyik menempel sebelah macam laki bini. Tak tahu halal haram."

"Aip, mulut Sha tu nak kena selotep ke? Eloklah dapat dosa mengumpat orang. Cubit pipi tu kang." Hilman terjegil mata sambil menyakatku.

"Okey, sorry."

"Marilah ikut, Hilman janji kalau diorang buat apa-apa. Hilman terus lempang je. Biar bersepai gigi diorang tu." Hilman bergurau.

"Eleh, macamlah kuat sangat Hilman tu. Saya tak naklah campur urusan keluarga awak. Saya bukan sebahagian dari keluarga awak. Saya datang pun sebagai orang luar. Saya letih nak tidur. Kalau diorang nak hantar Ariz, awak ajelah yang pegang dan hantar kat saya. Saya dah tak nak tengok muka diorang. Benci!"

"Terpulang awaklah, Hilman tak paksa. Kalau pasal Ariz biarlah saya jaga malam ni. Awak tidurlah."

"Bukan awak sebilik dengan Faiq ke?" Soalku sambil menjongketkan sebelah kening.

"Iyalah, apa salahnya kalau dua orang ayah jaga dia. Sha tak yakin ke kalau kami berdua jaga?"

"Bukan tak yakin. Tapi takut menyusahkan. Ariz kan lasak takut Hilman dan Faiq tak lena je tidur. Iyalah dah biasa hidup solo mestilah kekok nak jaga anak kan?"

"Memandai je mulut Sha ni. Hilman tak kira, malam ni Sha tidur sorang je. Kalau rasa takut Hilman boleh mintak Kak Najla teman."

Aku segera mencebik bibir. Tak mahulah duduk berdua dengan orang yang tak amanah. Senang-senang saja bocorkan rahsia yang lama ku simpan. Eh, senang cerita satu keluarga Faiq aku tak suka cuma sorang saja terkecuali iaitu Encik Nasir, bekas bapa mertuaku. Walau sepatah dia tak pernah menghinaku.

Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now