BAB 59

4K 98 4
                                    

Setelah aku membaca ayat suci Al-Quran Surah Yasin. Aku tenung kubur itu dengan hati yang sayu. Aku pandang kubur milik arwah Hilman. Inilah lelaki yang ku harapkan menjadi suamiku yang terakhir tetapi takdir telah memisahkan kami cuma cepat atau lambat kami akan berpisah juga. Begitu jua dengan Faiq. Selama manapun kami bersama akhirnya kami harus berpisah juga walau apa jua keadaan.

Aku mula teringatkan arwah Ratna. Dialah punca segala-galanya. Ratna jadi begitu kerana terlalu mengikut nafsu. Apa pun yang jadi pada aku tetap berdoa semoga urusannya dipermudahkan di sana. Tuhan yang lebih berhak menghukum dia.

Feiqah, dialah yang menerangkan segala-galanya. Siapa sangka Feiqah juga merupakan watak penting dalam kisah hidupku. Jika arwah Feiqah tak menerangkannya. Sampai bila-bila pun aku tidak tahu apa perkara yang berlaku sebenarnya. Terlalu banyak buruk sangka ku terhadap Feiqah tapi dia tak pernah mengalah memohon kemaafan malah dia begitu sayangkan mama sampai sanggup melutut memohon keampunan dariku. Begitu besar nilai kasih sayang itu.

Aku pandang tanah kubur yang masih merah itu bersebelahan dengan kubur arwah Hilman. Aku tak menyangka dia akan pergi dengan cara ini. Aku takkan putus mendoakannya agar tenang di sana. Aku bangun lalu melangkah meninggalkan tanah perkuburan.

Masuk saja ke dalam perut kereta. Tiba-tiba aku teringatkan lagu yang pernah Hilman nyanyikan dan lagu itu dicipta oleh Faiq. Aku buka dari dalam telefon. Sayu hatiku mendengar. Makin lama makin tak tertanggung rasa sedih ini. Makin berjuraian air mataku. Aku hentikan lagu itu. Aku kesat air mata lalu meneruskan perjalanan ke destinasi.

******

"Shakeel, macam mana dengan Faiq." Soalku sambil memandang sekeliling. Mana tahu kut ada Ryana. Aku juga yang dimarahi nanti. Aku tahu Ryana begitu marahkan aku ikutkan dia memang tak benarkan aku berjumpa dengan Faiq tapi apalah haknya untuk menghalang.

"Alhamdulillah, selepas Faiq dah lepas tahap kritikal. Keadaan dia makin stabil. Doktor pun dah pindah masuk wad biasa. Terima kasih Esha, sebab selamatkan Faiq. Dia kekurangan banyak darah masa tu pulak hospital tak cukup bekalan darah. Nasib baik kau sudi membantu walaupun kawan aku dah tak ada hubungan dengan kau." Sayu Shakeel berkata. Aku tahu Shakeel pun turut terasa dengan perbuatanku.

"Aku buat sebab aku masih sayangkan dia. Kebetulan jenis darah aku serasi." Walau berat untuk ku katakan tapi itu kenyataannya.

"Aku faham." Balas Shakeel ringkas.

Shakeel memandang sekitar di ruang menunggu hanya terdapat dalam empat orang saja termasuk kami berdua.Aku terdengar Shakeel berkata lagi.

"Kesian arwah Pak Salim, meninggal dunia masa nak pergi hospital. Sempat pula Faiq tumpangkan Pak Salim. Tiba-tiba pulak ada pemandu mabuk yang gila pergi langgar diorang. Pemandu mabuk tu cedera ringan. Faiq pulak yang teruk lagi sedih Pak Salim niatnya nak tengok anaknya sakit tapi dia yang pergi." Shakeel menangis simpati dengan nasib arwah Pak Salim. Itulah pengorbanan seorang bapa. Tenanglah Pak Salim di sana. Syurga buatmu wahai seorang bapa.

"Aku tak sangka yang Pak Salim ada sekali dengan Faiq. Tadi sebelum aku bertolak sini aku ziarah kubur arwah Hilman kebetulan bersebelahan dengan kubur arwah Pak Salim. Kita doakan sama-sama agar Pak Salim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman." Aku berkata lagi.

"Insya-Allah, kau nak jumpa dengan Faiq ke?" Soal Shakeel dengan suara yang dilembutkan. Iya, Shakeel ni lembut orangnya. Beruntung Ryana memiliki lelaki ini seorang yang amat menjaga tutur katanya.

Aku hanya mengangguk sebagai tanda iya sambil memaniskan senyuman.

"Masuklah, aku tahu selama ni kau cintakan Faiq tapi kerana ego. Ego itu akhirnya yang menghukum diri sendiri. Syukurlah Tuhan masih beri peluang untuk betulkan kesilapan masing-masing." Lembut Shakeel menuturkan.

Aku hanya mengangguk faham.

"Aku masuk dulu ya." Kataku kepada Faiq lalu pintu wad itu ku tolak.

Ku lihat tubuh kaku milik Faiq. Ku tenung wajah pucat lelaki itu masih kelihatan tampan walaupun sakit. Ketampanan itu telah diwarisi oleh anak bujangnya Ariz Aqeel.

Aku mendekati katil itu lalu duduk bersebelahan katil itu. Dia masih tak sedarkan diri. Ikutkan hati mahu saja tubuh itu ke peluk dan dahi itu ku cium sepuasnya. Tapi itu membatasiku. Kami tak ada ikatan yang sah. Aku mula berbisik perlahan pada telinganya.

"Assalamualaikum Faiq, ini saya Aimara Qalesha. Saya nak awak kuat. Lawan sakit awak. Saya dan anak kita perlukan awak. Arwah Hilman kata awak saja yang berhak jadi ayah untuk anak kita. Saya pun sama. Saya tak nak lelaki lain jadi ayah untuk anak saya. Saya cuma nak Faiq Aiman jadi suami saya yang sah dan saya nak Faiq Aiman jadi ayah untuk anak kita. Saya tetap cintakan awak. Kan saya dah cakap, awak cinta pertama saya.

Awak ingat masa kejadian nota lekat tu. Saya akui bukan saya yang tulis tapi hati saya berkata benar tentang isi nota itu. Saya tak pernah menyesal mencintai awak. Awaklah lelaki yang selayaknya bahagia bersama dengan saya. Saya tahu ego saya membunuh segala-galanya. Menghukum awak tanpa simpati. Sehingga sejauh ini kita diuji tapi cinta awak buat saya tak pernah padam.

Saya akui pernah rasa kesal sebab hamilkan zuriat awak tapi lepas saya lahirkan Ariz. Rasa benci itu hilang, yang ada sinar kebahagiaan. Anaklah penguat saya untuk terus hidup. Saya cemburu dengan Ryana kerana hidupnya bahagia dengan Shakeel. Saya tertanya kenapa awak berubah mendadak seperti itu. Saya terlalu tertekan tapi masa itu Hilman tempat saya meluahkan perasaan saya. Sedangkan awak, awak pendam sakit itu seorang diri.

Awak disantau arwah Ratna, awak tersepit antara keputusan mama dan saya. Awak merana dipaksa berkahwin dengan Ratna. Tiga tahun awak menanggung derita tapi sedetik pun cinta awak tak beralih buat saya Faiq. Selepas kita berjumpa saya hukum awak macam ni. Saya sakitkan hati awak. Saya tahu jiwa awak terluka parah kerana keputusan saya berkahwin dengan arwah Hilman. Awak hampir mati ditikam semata-mata selamatkan nyawa saya. Awak kehilangan adik awak Feiqah. Adik yang selama ni menjadi peneman awak. Terlalu berat beban yang awak tanggung Faiq.

Saya rasa kesal sebab tak bagi awak peluang. Kehadiran saya di sini saya nak awak kuat. Kalau awak boleh kuat sebelum ini. Saya nak awak kuat sekali lagi tolonglah demi anak kita. Saya nak awak bangun. Saya janji saya akan kahwin dengan awak. Saya dan Ariz akan tunggu awak sampai awak membuka mata. Faiq Aiman hanyalah tercipta untuk Aimara Qalesha. Tolonglah demi Ariz Aqeel." Selesai aku meluahkan segala yang terbuku di hati. Aku nampak jari telunjuk milik Faiq bergerak. Perlahan-lahan Faiq membuka matanya. Dia pandang wajahku dengan pandangan sayu.

Dalam hatiku tak putus-putus mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Faiq telah sedar. Bahagia yang tak terucap. Lantas aku memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Faiq.

 Lantas aku memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Faiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now