Sejak daripada tadi Nabihah masih tak berhenti daripada bermain dengan Ipad miliknya. Budak ni agak-agak kalau aku main mercun kemudian mercun tu meletup dia sedar tak?
"Esha, tak habis-habis lagi hang tenung muka budak tu? Nasib baik muka budak tu bukan kertas kalau tak dah lama tembus dek kerana renungan kau tu." Ryana menegurku.
"Taklah, aku tengok budak ni seronok sangat main Ipad. Kau tau tak apa yang terlintas dalam kepala otak aku? Aku rasa nak main mercun sebab nak bagi budak ni terkejut." Aku mula merancang idea jahat.
"Apa salahnya budak tu tengok Ipad? Bukannya hang punya pun tak faham betullah aku dengan hang ni. Positiflah sikit entah-entah dia menyampah dengan hang ke." Diakhir bicara terdengar seperti tawa kecil dari Ryana.
"Alah aku gurau aje, ingat aku ni teruk sangat ka sampai nak buat macam tu sekali? Ryana hang bila nak pi kerja aku pun dah meluat tengok muka hang dekat rumah ni."
"Hang halau aku? Kurang asam betul,tak apa aku memang dah nak pi pun. Betullah cakap si bapak saudara Nabihah tadi. Kalau melayan hang ni silap-silap boleh lambat orang masuk kerja." Ryana sudah keluar dari rumah dan memakai kasut.
"Sendiri yang tak pandai nak uruskan masa lepas tu nak salahkan orang!" Laung aku yang masih tak berpuas hati. Sedap mulut dia aje mengata aku yang menyebabkan dia lambat padahal diri dia sendiri yang kalau dapat bersembang tak ingat dunia.
"Nabihah lapar tak?" soal aku mencuba untuk jadi peramah. Bukan senang aku nak jadi peramah macam ni. Maklumlah selalunya orang yang tegur aku dulu baru aku berani nak keluar suara.
Nabihah langsung tak memberi sebarang respon. Malah matanya masih memandang tepat pada klip video kartun Upin & Upin yang masih bermain. Sedih pulak aku rasa, soalan aku langsung budak ni tak peduli. Pandang aku pun tak nak apatah lagi nak jawab soalan aku.
"Nabihah nak makan tak? Akak ada buat bihun goreng sikit nak tak?" Aku bertanya soalan sekali lagi. Nabihah hanya menggelengkan kepalanya.
"Lantak engkaulah Nabihah, aku nak kena basuh kain sekejap ni. Nabihah nampak macam dah tak nak bergerak langsung. Biarkan sekejap rasanya boleh kut." Aku segera berlalu pergi meninggalkan Nabihah yang masih leka dengan Ipad miliknya.
Selesai aku memasukkan pakaian kotor serta sabun ke dalam mesin basuh. Tiba-tiba terdengar seperti ada benda yang jatuh dan pecah. Aku segera berlari ke hadapan ternyata sebuah pasu telah pecah gara-gara Nabihah. Aku rasa bagai nak pitam mana taknya ini bukan pasu aku. Itu adalah pasu mak aku kalau dia tau dah pecah habislah aku kena ganyang dengan mak nanti.
"Nabihah apa yang kau dah buat? Ya Allah, apakah salah aku sampai pasu mak aku pecah. Mak... maafkan anakmu ini kerana tak jaga elok-elok pasu mak." Aku tak tahu sekarang ni nak menangis ke atau nak tersenyum. Aku terpaksa mengukirkan senyuman palsu.
Wajah Nabihah sudah berubah seperti ingin menangis. Oleh kerana itu, aku memaksa diri untuk memujuk Nabihah. Walaupun hakikatnya hati aku sakit. Nasib baik yang pecahkan pasu ini adalah Nabihah. Kalau Ryana dah lama aku humban dia dalam parit.
"Nabihah, dah jangan menangis. Akak tau yang Nabihah tak sengaja kan? Dah Akak maafkan." Aku segera memeluk Nabihah sebelum air matanya jatuh. Hati aku mudah tersentuh kalau melihat kanak-kanak menangis.
Akhirnya Nabihah tak jadi menangis. Baguslah kalau berhenti menangis. Aku pun bukannya pandai sangat nak memujuk sangat kanak-kanak. Aku menghela nafas panjang. Serpihan pasu itu aku kutip. Aku menyuruh dia masuk ke dalam rumah. Salah aku juga sebab terlupa nak kunci pintu. Nasib baik Nabihah hanya berada di situ sahaja. Kalaulah pagar dekat luar ni Ryana lupa nak kunci tadi lepas tu hilang anak orang tak ke naya aku nanti. Sabarlah wahai hati. Mak maafkan Esha sebab tak jaga pasu kesayangan mak tu.
❁❁❁❁❁
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...