BAB 7

4.5K 229 5
                                    

"Assalamualaikum Biha, kenapa monyok macam ni?" soalku sebaik sahaja Nabihah datang mendekati aku. Dalam pada masa yang sama seorang lelaki yang sudah pasti iaitu adalah Faiq sedang tersengih macam kerang busuk. Dia kelihatan berpakaian biasa-biasa saja. Aik, Mamat ni tak pergi kerja ke?

Air mata Nabihah mulai bergenang tanpa diketahui sebabnya dan pak ciknya pula tak henti-henti mempamerkan senyuman. Ingat aku boleh cair ke dengan senyuman dia tu? Hello, Hilman aku jauh lebih kacak okey walaupun Hilman berkulit hitam manis. Apa dia ingat citarasa aku semuanya yang putih melepak ke apa?

"Biha, masuk dalam rumah dulu ya. Dalam ada Kak Ryana. Biha sayang Kak Ryana kan?" pujukku. Entah kenapa antara aku dengan Ryana, Nabihah lebih selesa dengan Ryana. Muka aku macam raksasa ke sampai Nabihah ni takut sangat dengan aku? Nabihah mulai mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Yang awak tersengih macam tak cukup zat ni kenapa? Ada masalah mental ke?" Geram pulak aku tengok dia ni.

"Aku senyum pun salah ke? Hei, senyum itu sedekah. Tak nampak ke aku tengah sedekah dekat kau ni."

"Senyuman pun nampak menyeramkan lebih baik tak payah," gumamku.

"Apa kau cakap? Senyuman aku ni menyeramkan? Cik Aimara Qalesha, adakah anda ada masalah mata? Aku ni kalau senyum semua wanita boleh cair ada faham." Faiq menjelingku.

"Semua wanita? Saya rasa awak salah ni, saya tak cair pun. Eh, Kak Kathy mari sinilah sekejap." Aku memanggil seorang wanita yang berusia hampir 50an yang kebetulan lalu di hadapan rumahku sedang mengayuh basikal, dia lebih selesa digelar Kak Kathy oleh seluruh penduduk perumahan di sini.

"Eh, Esha lama akak tak nampak hang! Hang pi mana?" soal Kak Kathy turun daripada basikal lalu menolak basikalnya ke arah kami berdua.

"Esha ada aje dekat sini kak, dah hampir dua minggu saya mengasuh anak orang. Kak Kathy, saya nak tanya satu soalan boleh?"

"Boleh aje, awat hang nak tanya apa? Sat, lelaki ni siapa? Helok sungguh, boleh jadi laki aku ni." balas Kak Kathy sambil memuji Faiq. Wajah Faiq telah berubah tatkala Kak Kathy menyatakan yang Faiq boleh menjadi suami buatnya.

"Helok ka? Kak Kathy, dia cakap senyuman dia boleh buat semua wanita cair tapi saya tak cairlah kak. Kak cair tak tengok senyuman dia?" Aku hanya mampu ketawa dalam hati. Kali ni memang seronok sangat bila dapat kena mamat Faiq ni. Apa dia ingat dia tu bagus sangat?

"Jujur dari hati Kak Kathy, kalau boleh sekarang juga akak nak buat jadi laki akak." Penjelasan jujur dari Kak Kathy membuatkan Faiq memberi reaksi bagai nak muntah. Amboi Faiq, gedik sangat kenapa? Kak Kathy ni janda meletop kut takkan tak nak?

"Tapi kak, saya tak boleh nak jadi suami akak sebab nanti buah hati saya kecewa." Faiq segera mencelah. Agaknya dia tak rela kut dirinya terus menerus dikenakan oleh aku.

"Awat tak habaq hang dah ada buah hati, beruntung buah hati hang dapat hang. Dahlah helok, comel pulak tu." Bibir Kak Kathy masih tak lekang dengan pujiannya kepada Faiq.

"Buah hati saya tu adalah pengasuh anak buah saya yang sekarang ni." Faiq segera mempamerkan sengihannya hingga menampakkan sebaris gigi yang putih.

"Baguslah, tu pun nak sibuk menggatal dekat sini lagi buat apa?" Gumamku meluat dengan Faiq. Eh, sekejap pengasuh anak buah dia? Aku ke? Bukan aku ke yang jaga anak buah dia?

"Esha, kenapa hang buat muka lagutu. Ada masalahnya ka?" tanya Kak Kathy.

Aku menjeling pada Faiq, sebelum dia datang sini dia ada terambil bahan terlarang ke apa? Sampai macam tu sekali dia nak kenakan aku balik.

"Eh, dah pukul berapa ni? Akak balik dululah ya, anak-anak akak tengah menunggu nasi lemak ni. Kang kebulur pulak anak aku tu. Harap aje ada anak dara tapi pemalas ya ampun terbongkang sampai pukul 11 pagi. Kalau dia dah kahwin nanti mesti dah kebulur anak dengan laki. Tak apalah akak minta diri dulu ya. Lama pulak kita bersembang ni kan. Bye, assalamualaikum." Kak Kathy mula meninggalkan perkarangan rumahku dengan basikal miliknya.

Aku memandang semula ke arah Faiq.
"Awak pun dah tak tahu jalan balik ke? Pergi baliklah."

"Menghalau nampak! Nak kena potong gaji ke apa?"

"Wahai Faiq Aiman tolonglah balik. Saya nak pergi pasar lepas ni, barang banyak dah habis. Kalau saya tak masak nanti saya dengan Nabihah pulak yang lapar. Sekarang boleh nampak jalan kan? Dipersilakan balik sekarang. Lagi satu, nanti kalau orang dekat sini nampak kita berdua bersembang macam ni habislah saya jadi mengumpat mak cik- mak cik dekat sini."

"Nak keluar ke? Aku boleh tolong hantarkan."

"Tak payah, saya boleh pergi sendiri."

"Nak pergi dengan apa? Kereta pun tak ada."

"Zaman sekarang dah canggih apa gunanya Grab? Sekarang pergilah balik. Saya dah menyampah sangat-sangat dengan awak." Salah Ryanalah ni pergi bagi Shakeel pinjam kereta semalam sampai sekarang tak pulangkan semula.

"Menyampah? Bukan muka ni ke yang awak suka tengok dulu sampai juling biji mata." Faiq mula mengungkit kisah lama.

"Dulu bukan sekarang, awak ingat saya ni akan suka pada seorang lelaki saja ke? Selagi awak bukan suami saya hati ni akan boleh berubah bila-bila masa saja. Sedangkan wajah awak pun boleh berubah apatah lagi hati saya ni. Dahlah, saya nak masuk ke dalam. Awak baliklah, nanti Kak Najla tau kita berdua macam ni silap-silap saya yang kena buang kerja." Aku segera mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Makin melayan perangai dia makin menyakitkan hati.

"Aku akan tetap kau tunggu di sini selagi kau tak setuju yang aku akan hantar kau ke pasar."

Aku menghela nafas yang panjang. Akhirnya aku terpaksa akur dengan kehendak dia. Kenapalah, dia boleh berubah sebegini? Kan bagus kalau aku dah tak pernah jumpa dia langsung!

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now