BAB 48

2.9K 88 7
                                    

Mataku melilau mencari pilihan baju yang sesuai untuk dipakai ketika majlis akad nikah aku dan Hilman nanti. Kak Syifa selaku pembantu butik pengantin itu menghulur kepadaku majalah pengantin yang mengayakan pelbagai rekaan busana.

"Qisha, carilah design mana yang berkenan dalam tu nanti cakap dengan akak. Akak nak tengok adik yang baru masuk tu sekejap." Kak Syifa mesra menyapaku dengan nama Qisha. Entahlah rasa comel pula nama Qisha itu.

Aku baru sedar yang Hilman leka menatap wajahku. Aku mengangkat sebelah kening.

"Hilman ada apa yang tak kena ke?" Soalku kehairanan.

"Tak ada apa. Kalau tengok dari muka Sha ni. Hilman suggest kita pilih warna putih nak tak?" Ujar Hilman dengan nada yang ceria.

Aku mengerutkan dahi.

"Tak naklah klise sangat sikit-sikit warna putih kononnya tanda cinta itu suci. Ambiklah warna lain."

"Alah, please Hilman teringin nak pakai baju putih." Rayu Hilman.

"Okey, kita ambiklah warna putih. Mengadalah Hilman ni." Aku mengalah saja.

Sambil aku menyelak satu persatu halaman majalah. Cantik! Desisku.

Aku mula teringatkan semula saat aku disatukan dengan Faiq. Saat itu yang ada dalam fikiran aku hanyalah agar semuanya cepat berakhir. Aku rasa macam baru semalam saja mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang ku cintai tapi semua itu telah berakhir yang tinggal hanya kenangan.

Benar, aku boleh memadam rasa cinta itu tapi aku tak boleh padam hakikat bahawa aku pernah mencintainya dan kenangan itu. Bukan aku tak cuba pertahankan mahligai itu tetapi mahligai itu telah roboh sendiri apabila hilangnya sebuah kepercayaan.

Mungkin ini adalah takdir buat kami berdua. Kami bersatu dan akhirnya kami berpisah dan ditemukan pasangan yang lebih baik. Ratna adakah pasangan terbaik? Entahlah, hanya Faiq sahaja yang boleh menilai Ratna kerana yang bakal hidup dengannya hingga akhir hayat adalah Faiq bukannya aku.

Sejak pulang dari Port Dickson aku mula asyik teringatkan Faiq. Pantas aku singkirkan perasaan itu. Lebih baik aku fokuskan kepada hubungan aku dan Hilman saja.

"Lamanya termenung. Suka sangat ke dengan design tu? Tak payah fikir panjang kalau berkenan ambil je. Hilman tak kesah. Kalau cantik di mata Sha. Cantik jugalah di mata Hilman." Suara Hilman menyedarkanku.

"Cantik tapi macam tak berkenanlah pulak." Pantas tanganku menyelak muka surat lain.

"Bingo! Ni cantik aku tunjukkan kepada Hilman."

"Cantik ke? Simple sangatlah. Sha suka yang simple je ke?" Soal Hilman yang macam tak berkenan dengan pilihan aku.

"Eh, tadi kemain cakap tak kesah sekarang lain pulak cakapnya."

"Baju kurung moden sahaja?"

Aku mengangguk perlahan.

"Kan simple tu? Cantik. Rimaslah nak pakai gaun benda entah tu. Sha ni dah jadi mak orang. Tak kuasalah nak pakai macam tu. Baik pakai macam ni. Sopan pun sopan. Sedap mata memandang." Aku menerangkan pada Hilman.

"Okeylah, kita ambil ajelah macam ni ye? Tak apa jangan bergaya sangat nanti Hilman cemburu tau kalau lelaki lain cuba nak tackle Sha. Kecuali Faiq, Hilman tak cemburu kalau dia dengan Sha."

Dah kenapa pulak tiba-tiba sebut nama Faiq pulak ni. Baru aku nak lupakan dia tadi. Memang tersedaklah mamat tu sebab asyik teringat dia aje.

"Kenapa tak cemburu? Kami bukan ada apa-apa ikatan pun."

"Sebab dia bakal suami Ratna."

"Memanglah tak cemburu kalau macam itu." Aku menggelengkan kepala.

"Sedar tak sedar lagi dua minggu kan kita akan jadi suami isteri? Tak sabarnya. Paling seronok dapat tengok Faiq kahwin sekali. Sha tahukan dia dah lama tunang. Sajalah tu gantung hubungan lama-lama dengan Ratna tu. Bila dia tahu kita nak kahwin dia pun nak kahwin. Macam manalah persiapan kahwin mereka kan." Galak pula Hilman bercerita tentang sepupunya. Kadang-kadang aku terfikir. Hilman ini tak ada perasaan ke? Iyalah, Faiq dah pernah rampas aku dari dia. Takkan tak ada sekelumit rasa marah pada Faiq? Ish, takkan aku nak menggalakkan dendam pulak. Lantak koranglah nak bermusuh ke nak berbaik ke.

"Kenapa Hilman ambil berat sangat dengan Faiq eh?" Soalku.

"Faiq tu Hilman dah anggap macam adik sendiri. Kami ni rapat dari kecik cuma sebelum mak ayah Hilman meninggal kami selalu jumpa main sama-sama tapi lepas mereka meninggal Hilman dah tak dapat nak bergaul dengan dia. Iyalah, Hilman faham masa tu Mak Lang tak suka dengan Hilman. Tapi sikit pun Hilman tak ambil hati. Walaupun Hilman tak tau apa sebab dia benci Hilman dulu. Hilman faham bukan senang kita nak puaskan hati orang kan? Mereka hidup senang sedangkan Hilman tinggal dengan atuk dengan nenek. Biarpun mereka tak senang tapi mereka pemurah dengan kasih sayang." Cerita Hilman membuatkanku menjadi sebak.

Agaknya ini sebab Puan Maria tak suka orang macam kami. Iyalah orang susah siapalah nak pandang. Mungkin selepas Hilman dah berjaya dengan kerjaya sendiri itu yang dapat membuka mata Puan Maria dan dapat menerima Hilman. Tak cukup pisahkan aku dengan anak dia. Ini nak pisahkan aku dengan Hilman pulak. Apa punya makcik lah dah tua-tua pun masih pandang darjat. Nasib baik masih bersisa rasa hormat kalau tak dah lama makan penampar sulung aku agaknya Puan Maria ni!

"Orang nak luah perasaan Sha terjuih bibir tu kenapa?" Hilman perasan aku menjuihkan bibir dah macam itik.

"Sha geramlah dengan mak lang Hilman tu. Sampai hati dia buat macam tu. Macam bagus sangat!" Gerutu aku yang masih geram.

"Tiba-tiba cakap pasal mak lang. Tersedak dia kang." Pecah tawa Hilman. Tiba-tiba telefon Hilman berbunyi.

"Faiq call." Hilman berkata lalu menjawabnya.

"Walaikumussalam, apa? Ya Allah, Insyallah kalau tak ada apa-apa aku dengan Sha on the way ke sana. Aku harap kau bersabar ya? Kau pun on the way KL ke atau dah lama sampai?"

"Iyalah, jaga diri baik-baik. Assalamualaikum." Hilman mematikan panggilannya.

"Kenapa?" Soalku yang dengan perasaan membuak-buak ingin tahu.

"Mak Lang jatuh tangga katanya terseliuh. Dah dimasukkan ke hospital. Feiqah yang hantar. Harap-harap tak ada apa-apa yang terjadilah. Kesian, Faiq tak lama lagi majlis nikah nak berlangsung. Semoga Mak Lang cepat sihat. Sha, kita settle cepat baju ni kemudian terus balik rumah kemas baju. Esok pagi kita on the way sana. Okey?"

Aku mengangguk faham. Baru saja tadi bercakap mengenai Puan Maria. Tiba-tiba saja dikejutkan dengan berita dia dimasukkan ke Hospital.

"Faiq macam mana?" Soalku.

Hilman terdiam seketika. Tiba-tiba aku rasa menyesal pula bertanya soalan itu. Terus berubah muka Hilman, cemburu mungkin.

"Faiq dah lama ada disana sebab tu Feiqah dapat hantar mak lang. Dah jom." Balas Hilman lalu menuju ke arah Kak Syifa. Aku tanya pasal Faiq pun bukan sebab risaukan dia tapi sebab nak tahu aje dia ada dimana. Kalau Faiq ada disitu maka Ratna pun adalah di situ. Aku cukup menyampah tengok muka Ratna itu. Gedik! Iyalah mak belangkas mestilah nak menempel dengan bapak belangkas!

 Gedik! Iyalah mak belangkas mestilah nak menempel dengan bapak belangkas!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now