BAB 55

3.8K 107 7
                                    

Ku pandang hujung jariku yang kelihatan merah menyala kerana semalaman memakai inai asli yang digiling dengan gigih oleh Ryana. Tengah membebel masih laju tangannya mengiling inai. Dialah juga yang memetik daun inai. Gigih Ryana pulang ke kampung rumah maknya semata-mata nak inai asli.

"Kau pandang apa tu? Tak cukup ke inai yang aku giling tu? Nak aku lukis macam masa kau nikah dulu? Tapi taklah sehebat Kak Liya. Habis-habis pun aku lukis gambar itik kat tangan kau." Ryana memerli mengejutkanku dari lamunan panjang.

"Tak payah mengarutlah." Aku menjeling Ryana.

"Ryana, tolong cubit pipi aku boleh? Aku tak bermimpikan yang aku akan kahwin lagi."

Tanpa banyak kata Ryana menurut saja dan menarik pipiku. Macam balas dendam aje Ryana ni.

"Adoi, sakitlah!" Aku mengusap pipiku yang masih rasa sakit.

"Minta lagi benda merepek rasalah ni realiti bukan mimpi. Aku nak tau ni serius ke kau nak teruskan perkahwinan ni?" Soal Ryana lagi.

"Seriuslah ni, tak nampak ke semua orang ada kat sini. Hilman pun dah ada. Tunggu family Faiq dengan Ratna aje belum sampai lagi." Balasku bersahaja.

"Kau tak ingat ke permintaan arwah Feiqah? Feiqah tak nak Faiq kahwin dengan Ratna!"

Aku menghela nafas panjang. Berat rasanya.

"Sebab aku ingat permintaan arwah Feiqah aku teruskan semua ni. Aku dah susun atur cantik benda ini. Kita cuma teruskan saja. Aku yakin Faiq akan temui kebahagiaan dengan yang lain dan aku akan bahagia dengan Hilman."

"Apa yang kau plan Esha, betul ke kau dah tak cintakan Faiq?" Ryana mula menakungkan air matanya.

Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda iya. Iya aku dah tak cintakan Faiq. Aku yakin dengan keputusanku. Aku takkan menyesal dengan keputusan ini.

"Aku hormat pilihan kau Esha, semoga kau bahagia sahabat." Ryana memelukku dengan erat. Air mataku turut tumpah sekali.

Mak dan Ariz tak turut sekali menyaksikan pernikahanku dengan Hilman kerana Mak tak berapa sihat lalu ingin berehat di rumah bersama Ariz dan cucunya yang lain. Kak Seri juga tak turut serta. Yang ada cuma Along, Angah dan Sofea menemani.

Tak lama kemudian keluarga Faiq dan Ratna tiba di masjid ini. Mereka berdua bersepakat untuk dinikahkan di masjid. Aku ternampak wajah Faiq yang tak ceria. Nampak macam mati bini bukan nampak macam nak bernikah! Tapi dalam pada masa yang sama dia nampak segak berpakaian baju melayu berwarna biru muda sedondon dengan bakal isterinya Ratna.

Ratna hanya menjeling tajam ke arahku. Benci! Meluat! Kerja gila apalah yang Faiq buat ambil perempuan sewel ni buat bini. Ibu bapa Ratna pun sangat cantik dan segak walaupun masing-masing dah berumur. Ahli keluarga Faiq yang ada cuma Kak Najla dan Encik Nasir. Puan Maria? Entahlah mungkin dia tak ikut sebab masih sakit.

Masing-masing duduk bersimpuh lalu sibuk menandatangani borang apa yang patut. Hatiku semakin berdebar-debar sama seperti saatku dinikahkan dengan Faiq dahulu.

Setelah selesai Tok Kadi mula bersuara.

"Baiklah, antara anak berdua siapa nak bernikah dahulu?"

Aku nampak Faiq mendiamkan diri dan agak gugup.

Hilman mengangkat tangannya menandakan supaya dia yang mendahului. Apa lagi rasa makin nak meletup jantungku. Sebentar lagi aku akan memegang gelaran isteri sekali lagi kepada seorang lelaki.

"Okeylah datang sini duduk depan." Balas Tok Kadi.

Hilman bangun menuju ke Tok Kadi.

"Anak ni dah sedia ke?"

Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now