"Barang dah kemas ke belum?" soal Ryana.
"Dahlah, jomlah bertolak," balasku sambil menarik beg bagasi.
"Aku tunggu Shakeel dengan Faiq, diorang follow kita nanti dari belakang," ujar Ryana kemudian dia menjawab panggilan dari seseorang. Ryana tak cakap pun aku dah tau, siapa lagi kalau bukan tunang kesayangannya itu.
"Iyalah." Aku melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Mataku meliar memandang keadaan rumah sewa ini. Nampaknya, aku dan Ryana bakal mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami akan tinggal dengan suami sendiri. Walaupun baru sekejap aku tinggal di sini namun hatiku begitu berat untuk meninggalkan rumah ini. Ryana kata rumah ini akan disewa oleh Nurul yang merupakan rakan sekelas kami dulu.
"Termenung apa lagi tu? Dahlah jom keluar nak kunci pintu dengan pagar ni." Suara Ryana mengejutkan aku dari lamunan. Lekas aku bangun dan menarik beg bagasi keluar dari rumah. Ryana terus mengunci pintu.
Sempat mataku memandang ke luar pagar terdapat sebuah kereta. Kereta itu milik Faiq, aku dengan Ryana tumpang dia ke balik kampung?
"Kenapa hang ni termenung aje banyak." Ryana menolak bahuku.
"Apa kau ni? Taklah, kita tumpang diorang ke?"
"Tak, pakai kereta akulah. Aku yang bawa kereta okey." Ryana membuka bonet kereta dan memasukkan begnya ke dalam. Kemudian, Ryana memberi isyarat supaya aku menyerahkan beg milik aku pula untuk dimasukkan. Selesai memasukkan beg ke dalam bonet, kereta milik Ryana bergerak keluar dari perkarangan rumah lalu dia keluar semula dan mengunci pagar. Selepas selesai mengunci pagar. Kereta Ryana terus meninggalkan perkarangan rumah. Tak lama kemudian, kereta milik Faiq hanya mengekori daripada belakang.
"Aku sebenarnya malas nak balik kampung," ujarku setelah lama membisu. Ryana pun satu pasanglah radio sunyi kut.
"Sebab apa?" Ryana mula mengerutkan dahinya.
"Iyalah, selalunya aku balik kampung sebab aku memang aku nak balik. Tapi kali ni aku balik kampung sebab aku nak kahwin. Hang faham dak perasaan aku?"
"Tak faham, tapi kalau hang tak balik kampung hang nak kahwin kat mana? London? Australia? Thailand? Indonesia? Korea? Hello hang masih ada keluarga tau tak." Omel Ryana.
"Apa yang hang merepek gila. Aku tak cakap pun yang aku nak kahwin dekat negara orang. Aku cakap tentang perasaan, hang tau dak perasaan macam mana aku masa nak menikah nanti. Malulah, mesti Along, Angah dan Adik akan mengusik." Aku mula memeluk tubuh.
"Cakap tu lain kali biar jelas. Along dengan Angah hang dah kahwin kan. Apa susah hang usik la depa balik. Alahai, tu pun nak kena ajaq ka." Ryana sudah muncung sedepa.
"Tak ada kerja aku nak pi mengusik orang balik. Ryana, aku sampai sekarang tak percaya yang aku akan kahwin dengan Faiq. Kadang-kadang aku tampar pipi sendiri sebab nak sedarkan sama ada ini mimpi atau tidak."
"Itulah namanya jodoh, hang gaduh dengan dia dulu sampai bermusuhan. Tengok siapa yang jadi laki hang."
"Tapi, aku rasa peliklah. Macam mana dia boleh suka aku. Hang tak rasa pelik ka? Iyalah tiba-tiba aje kut. Aku rasa macam tempoh perkenalan ni terlalu singkat. Faiq yang dulu aku kenal cukup menyakitkan hati. Ikut rasa hati macam nak lempang aje bila tengok perangai dia dulu."
"Entahlah aku tak tau, tapi aku percaya dia kahwin dengan hang ikhlas. Tak ada sebab lain. Andai kata Faiq persiakan hang. Hang cakap aje dengan aku. Aku akan pastikan dia takkan selamat. Biarpun apa yang terjadi."
"Eleh, contohlah kalau Shakeel mempertahankan Faiq. Kawan baik katakan. Mesti kau tak sanggup kan nak tolong aku."
"Kalaulah Shakeel macam tu dengan dia dan Faiq sekali aku sekeh. Apa dia ingat Ryana Shafirah ni penakut ke? Demi sahabat aku sanggup. Kita kan dah janji nak hidup bahagia sama-sama. Kalau hang ada masalah bermakna aku pun akan rasa. Segalanya kita akan berkongsi. Kecuali suami, aku tak rela kongsi suami."
"Ada ke patut cakap macam tu, habis tu Faiq tu aku nak campak mana. Kalau iyapun, tak naklah aku berkongsi suami dengan kau. Shakeel jadi suami aku? Mengarut, aku dah anggap dia macam sahabat aku kut."
"Alhamdullilah, kau aku tak peduli sebab Faiq dah nak jadi laki kau. Kalau perempuan lain aku peduli, kalau mana-mana perempuan lain ada niat nak jadikan Shakeel sebagai laki dia mohon jumpa ketua gangster ni dulu. Bagi aku 'basuh otak' dia cukup-cukup."
"Garangnya kau, aku yakin sangat-sangat yang Shakeel setia orangnya. Tapi yang aku risaukan Faiq, aku takutlah kalau dia berpaling hati. Iyalah, aku ni bukannya cantik sangat pun. Biasa-biasa aje."
"Kan aku dah cakap, kalaulah si Faiq tu mempersiakan Aimara Qalesha. Aku takkan biarkan dia selamat. Biarlah apa nak jadi sekalipun. Buat masa ni aku yakin dan apa yang aku nampak sekarang Faiq tu akan terus mencintai kau sampai bila-bila. Sudahlah jangan risau, doakan aje baik-baik."
"Aku pun harap macam tu," balasku lalu Ryana terdiam dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemanduan. Tidak lama kemudian aku terlena akibat kebosanan.
❁❁❁❁❁
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...