BAB 20

4.4K 181 18
                                    

“Kau tak bersiap lagi? Kau tau tak pukul 12 nanti kau dah bersanding. Suami kau dah siap, Ryana dengan laki dia pun siap. Kau aje yang tak siap lagi ni kenapa?” soal Aqila selaku sepupu yang paling rapat denganku.

“Aku malulah nak bersanding, aku bukannya cantik sangat pun sampai nak kena bersanding bagai,” balasku.

“Hello, siapa yang cakap kau tak cantik tu? Boleh tak buang perasaan malu kau tu jauh-jauh hari ni hari bahagia kau. Tak apa masa kau bersanding suami kau ada aje dekat sebelah. Dia takkan pergi mana-mana. Mesti kau tak rasa malu kan? Sekarang kau ambik baju ni dan dipersilakan tukar.” Aqila memberikan aku baju sanding berwarna biru muda.

“Apa kata kau aje yang ganti tempat aku nak?”

“Kau gila ke Esha? Tak fasal-fasal aku kena makan penendang mak kau dan mak mertua kau, dah kau yang kahwin dengan laki kau mestilah kau yang kena bersanding dengan dia. Apahal aku pulak yang kena ganti? Kesian dekat tunang aku tu nanti,” bebel Aqila sambil bercekak pinggang.

“Aku gurau ajelah, takkanlah aku nak bagi perempuan lain bersanding dengan laki aku. Aku cincang sampai lumat baru tau.” Aku segera mengambil baju sanding itu dan menyuruh Aqila keluar dari bilik itu.

“Cepat sikit, jangan nak berangan pulak,” ujar Aqila sebelum keluar dari bilik.

“Lecehlah, nak pakai bersanding bagai. Kalau tak bersanding orang mengata pulak. Tak faham betullah aku.” Cepat-cepat aku menukar pakaian.

Usai menukar pakaian aku terus keluar daripada bilik. Belum sempat tiga langkah Mak Ngah tiba-tiba muncul di hadapanku. Dia memandang aku dari atas sampai bawah.

“Cantiknya!” puji Mak Ngah. Memang hari ni aku kenyang dengan pujian aje.

“Habis tu tadi masa nikah Esha tak cantik eh?”

“Cantik tapi sekarang ni lagi cantik! Esha boleh tak masuk dalam sekejap mak ngah nak tambahkan sikit apa kurang.”

“Maksud mak ngah? Mak ngah nak solek Esha lagi ke?”

“Iyalah, nak bagi lagi cantik!” ujar Mak Ngah. Hari ini muka aku juga telah menjadi eksperimen mak ngah. Mentang-mentang aku ni tak berapa cantik mak ngah solek aku sampai 11 inci ketebalannya. Nasib-nasib!

❁❁❁❁❁

Saat di pelamin ini perasaan aku menjadi bercampur antara malu dan geram. Malu kerana banyak mata yang memerhati terutama geng mak cik-makcik. Aku tahulah yang aku ni cantik akibat hasil solekan mak ngah tapi janganlah cemburu. Dalam masa yang sama aku geram dengan kawan-kawan yang pernah sekelas dengan aku dan Faiq. Seronok betul mereka dengan memberi usikkan nakal. Apa diorang ingat aku ni tunggul kayu ke apa tak ada perasaan?

Ini semua cadangan along nak sangat aku buat majlis resepsi dalam dewan. Kononnya tak nak bagi pengantin kepanasan. Along ni ambil berat betul dengan adiknya. Mak dulu elok aje bersanding tengahari buta dengan arwah ayah cuma bukan bawah panas terik dah tentulah bawah khemah.

“Termenung apa tu? Tak sabar tunggu waktu malam ke?” soal Aqila tanpa tengok orang kiri kanan dan dia juga telah mengejutkan aku dari lamunan. Nasib baiklah para tetamu yang dijemput semua sudah pulang memandang hari sudah lewat petang. Kalau orang dengar buat malu aje.

“Woi mulut kau!” Aku segera menekup mulut sekali dengan hidung Aqila.

“Lepas! Lepas!” Aqila sudah tak cukup nafas. Akhirnya aku melepaskannya.

“Kau ni mulut tu apahal tak ada insuran sangat? Tak lawak kau tau tak, ini kalau orang lain dengar macam mana? Ingat sikit kau tu perempuan,” omel aku masih tak berpuas hati.

“Jangan marah... aku gurau aje, Ryana mana?” Aqila tersengih-sengih sambil menayangkan sebaris giginya yang putih.

“Pengantin dah balik rumah, tinggal keluarga kita dengan keluarga Ryana aje dekat dewan ni. Kau pun satu tak reti nak balik ke? Tunggu apa lagi?” balasku sambil mencari-cari kelibat Faiq.

“Aku tolong kemas dewanlah, kau pun pengantin kan kenapa tak nak balik rehat macam mana malam nanti kau nak...” belum sempat Aqila menghabiskan kata-kata. Aku sudah mencubit lengannya.

“Aduh, aku belum habis cakap!” Aqila menepis tanganku.

“Nak apa?” soal aku sambil membulatkan mata.

“Iyalah macam mana malam nanti kau nak potong kek sama-sama.” Aqila memuncungkan bibir dan mengosok berkali-kali lengannya akibat penangan sepit ketam Aimara Qalesha.

“Nasib baik kau cakap potong kek kalau tak aku bagi cubitan lagi kuat dari ni. Kau nak?” Jeling aku.

“Nak gurau pun tak boleh, tadi aku nampak kau macam tercari-cari seorang. Kau cari laki kau ke?”

“Iyalah, takkanlah aku nak cari tunang kau pulak.”

“Dia ada dekat tempat kereta dengan seorang perempuan tadi bersembang, tapi cara laki kau bercakap dengan perempuan tu macam bukan saudara atau adik beradik dia. Nampak lain macam je.”

“Lain? Lain macam mana Qila?”

“Dia bercakap dengan perempuan tu macam...” Belum sempat Aqila menghabiskan ayatnya Faiq sudah datang dan memintas kata-kata Aqila.

“Macam apa Aqila? Sayang jom balik mak suruh,” ujar Faiq dan memandang ke arah aku.

“Jomlah balik, Qila aku balik dulu ya. Malam ni makan kek sama-sama tau.”

“Iyalah, jaga diri baik-baik. Selamat pengantin baru.” Aqila terus berlalu pergi dari situ.

“Boleh saya tau siapa perempuan yang bercakap dengan awak tadi?” soal aku sambil merenung mata milik Faiq. Bila dah halal aku renung mata Faiq sambil tembus pun aku dah tak peduli. Kalau dulu lainlah.

“Perempuan mana ni? Alah, tu kawan ajelah. Lupakan jomlah kita balik.” Entah kenapa jawapan yang diberikan oleh Faiq kurang memuaskan hati aku.

“Tak, tak nak saya nak tolong kemas dewan ni. Ini kan majlis kita.”

“Tak payahlah, kan mak dah suruh balik. Kita balik ajelah,” pujuk Faiq lagi.

“Iyalah.” Aku terus berjalan mendahului Faiq. Hati aku masih tertanya-tanya siapakah perempuan itu takkanlah itu bekas kekasih Faiq dan datang untuk membalas dendam kerana tak dapat kahwin dengan Faiq? Alamak klisenya kisah begini! Aku tak nak mahligai yang baru dibina ini hancur begitu saja.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now