Aku terdengar pintu di ketuk kuat rasa bagai nak tercabut pintu itu. Diiringi dengan suara memberi salam. Aku yang sedang bertelekung selepas selesai menunaikan solat maghrib pergi membuka pintu.
"Ya Allah, kau kenapa Ryana? Ketuk pintu rumah aku macam nak roboh. Kau bukan tak tau rumah aku ni rumah papan. Kang roboh naya aje." Bebelku panjang lebar.
"Roboh aku boleh ganti! Esha kau dengar apa aku nak cakap ni!" Baru aku sedar air mata Ryana sudah bergenang.
"Kau kenapa menangis ni? Gaduh dengan Shakeel ke?" Soalku yang kehairanan.
"Faiq...." Berat Ryana nak melepaskan kata.
"Kenapa dengan dia?" Hatiku rasa berdebar pula.
"Dia accident masa nak balik tadi. Ya Allah, dia tengah kritikal Esha. Aku tak nak Faiq tinggalkan kita. Dia kawan kita." Seusai Ryana berkata. Lemah lututku membuatkan ku jatuh terduduk.
Ya Allah, Faiq. Takkan dia nak tinggalkan kami? Apa yang aku buat ni.
"Shakeel mana?" Soalku.
"Shakeel tengah bersiap. Dia tengah sedih tu sampai meraung sebab dengar Faiq dah kritikal. Kak Najla kata mungkin dah tak ada harapan." Tersedu-sedu Ryana berkata.
Makin kuat tangisanku. Aku meraung sepuas-puasnya. Mak dan Sofea datang mendekatiku yang sudah jatuh terduduk.
"Kalau Shakeel jadi kawan pun sedih habis aku bekas isteri dia Ryana. Aku dah hidup dengan dia. Dia tak boleh pergi. Ariz masih perlukan dia sebagai ayah." Lencun telekungku dengan air mata.
"Kenapa dengan Faiq ni Yana?" Soal Mak sambil memimpin Ariz. Patutlah Ariz dari tadi meragam rupanya ada yang berlaku.
"Faiq accident Mak. Dia tengah kritikal. Mak, Esha masih cintakan Faiq. Mak jom kita pergi tengok Faiq. Esha nak minta ampun dengan dia. Esha banyak dosa dengan dia. Esha salah. Esha takut bawa dosa ini sampai mati. Esha terlampau ego."
Mak setelah mendengar turut menangis sama. Faiq dulu kan menantu lelaki kesayangan Mak dulu.
"Ryana aku nak jumpa Faiq. Aku sayangkan dia lagi. Kalau kahwin pun aku sanggup. Aku tak nak kehilangan dia Ryana." Aku memegang tangan Ryana.
"Dah tak ada guna Esha, kau hanya akan jumpa jasad yang kaku aje lepas ni. Tak ada guna. Masa Tuhan bagi kau peluang untuk berbaik dengan dia. Ada kau gunakan? Lebih baik, kita doakan semua berjalan dengan baik. Kalau umur masih panjang kau masih dapat jumpa tapi kalau sebaliknya. Kau doalah untuk dia supaya tenang di sana. Itu juga yang kau nak selama ini. Sekarang Tuhan dah tunaikan. Bukan hilang pada mata kau tapi lenyap terus dari muka bumi ni. Aku harap lepas ni kau bahagia." Kata-kata Ryana membuatkan hatiku bagai dicincang selumat-lumatnya. Akhirnya kata-kataku memakan diri.
"Ryana, aku tak berniat macam tu! Aku nak minta ampun dengan dia! Aku berdosa." Rayuku dengan Ryana.
Tiba-tiba Ryana menerima panggilan telefon. Ryana mula menjawab.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Iyalah, nanti Ryana cakap dengan Esha." Selepas talian dimatikan.
Makin kuat tangisanku. Lelaki itu, Faiq dah tinggalkan aku dengan cara begini Ya Allah. Tanpa sempat aku meminta maaf kepadanya. Mak dan Sofea sudah turut menangis setelah mendengar ucapan dari Ryana. Kesal, kesal yang teramat sangat. Inilah kekesalan yang akan ku bawa sampai mati. Faiq, mungkin tak bertemu kebahagiaannya di sini tetapi dia menemui kebahagiaannya di sana. Aku tenung wajah Ariz yang mirip sekali dengan Faiq. Aku terus memeluk dan mencium sepuas-puasnya. Inilah satu-satunya harta yang tak ternilai Faiq tinggalkan buat aku. Maafkan ibu nak, kerana ego, ibu dah kehilangan lelaki yang tulus mencintai ibu setelah berbagai ujian yang datang melanda.
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...