BAB 50

3.9K 110 11
                                    

Aku tak tahu samada keputusan yang aku buat ini betul ataupun tidak. Aku telah bersetuju untuk berjumpa dengan Feiqah di Taman Nova. Iya, semalaman aku berfikir. Hatiku berasa tak sedap. Rasa ada perkara akan berlaku. Hatiku membuak-buak ingin tahu. Apakah yang penting sangat sampai berkait hidup dan mati yang hendak di sampaikan oleh Feiqah?

Tatkala aku leka memerhati sekumpulan kanak-kanak bermain kejar-kejaran aku dikejutkan dengan suara Feiqah.

"Assalamualaikum." Feiqah muncul dengan senyuman tipis. Wajah Feiqah seperti kurang bermaya. Tampak raut wajah gelisahnya. Dia mengayakan jubah dan tudung labuh berwarna merah jambu. Cantik orangnya.

"Walaikumussalam." Sempat aku mengerling belakang Feiqah mana tahu dia membawa orang lain ke.

"Feiqah duduk sebelah Akak ya."

"Apa pulak mintak izin duduk ajelah. Bangku kan memang dicipta untuk di duduk kan?" Sempat aku berseloroh.

Feiqah terus duduk. Tiba-tiba dia menarik kedua tanganku lalu digenggam mesra. Air matanya mengalir tanpa diketahui sebabnya. Hati aku menjadi berdebar-debar.

"Akak nak tahu tak, Mama jadi sakit macam tu kenapa?" Feiqah berkata dalam nada lemah.

"Kenapa Feiqah?" Soalku.

"Mungkin ini balasan dari Tuhan untuk Mama. Kelmarin sebelum mama sakit. Feiqah balik rumah. Tak ada sesiapa dalam rumah kecuali Mama dan...."

"Dan siapa?"

"Kak Ratna. Mereka gaduh besar. Masa itu Feiqah sempat rekod suara. Mana tahu ada apa lagi plan yang diorang akan buat. Sampai satu masa Kak Ratna terlampau marah dia yang tolak mama jatuh dari tangga. Kak Ratna terus lari. Feiqah tak cakap dengan sesiapa pun lagi kecuali akak sorang aje." Luah hati Feiqah.

"Apa yang diorang gaduhkan tu? Kenapa Feiqah tak cakap dengan Kak Najla? Abang Faiq? Kenapa?"

"Akak dengar dulu rakaman suara ini." Feiqah mengeluarkan telefonnya lalu menghulurkan pada aku. Terdengar jelas suara Puan Maria sedang bergaduh dengan Ratna.

"Apa lagi yang aku nak buat supaya anak aku cintakan kau Ratna! Dah macam-macam aku buat untuk kau! Aku tolong kau tau tak! Sampai aku bersubahat dengan kau jumpa bomoh untuk pisahkan rumah tangga anak aku dengan perempuan tu." Jerit Puan Maria.

Aku terasa mahu gugur jantungku mendengarnya.

"Aku memang nak diorang bercerai! Macam mana perempuan tu boleh mengandung pulak patutnya anak tu mati tak adalah Faiq tu tergilakan si Sha tu balik!" Ratna tak kurang hebatnya menjawab.

"Manalah aku tau. Kau nak jumpa bomoh mana pulak? Nak buat anak aku benci dengan Sha tu balik? Tak payahlah, aku tengok macam tak jalan aje. Entah bomoh temberang mana kau jumpa. Dah puas kau santau buat anak aku tergilakan kau lepastu kau nak tambah lagi. Aku tak benarkan. Anak aku sakit kau tau tak!"

"Habis tu aku nak buat macam mana, santau tu jalan sekejap aje. Lepastu dia ingat balik bekas bini dia tu. Aku rasa pempoan tu punya saka lagi kuatlah. Aku tak kira samada kau benarkan ke tidak. Itu kau punya pasal aku nak hak aku!" Ratna menambah lagi.

"Aku sayang anak aku Ratna. Aku dah tak nak buat kerja terkutuk tu. Cukup-cukuplah anak aku menanggung sakit. Cukuplah kau dan aku plan fitnah Esha curang tu. Aku tak nak terlibat! Mati hidup balik pun aku tak nak buat!"

"Kau nak sangat ke mati? Meh sini bagi aku bunuh kau! Jangan sesekali cabar aku!" Ratna sudah mengamuk.

Rakaman suara sudah dimatikan.

"Masa ni Kak Ratna dah tolak mama kemudian jatuh dari tangga." Merembes-rembes air mata Feiqah.

"Kenapa Ratna buat macam tu pada Abang Faiq? Apa dosa dia?" Air mataku sudah tak terbendung. Ya Allah, apa aku buat ni. Kenapa sampai macam tu sekali menghukum Faiq selama ini.

Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now