Lebih kurang dalam pukul dua malam aku tersedar dari tidur. Niat untuk membasahi tekak yang kering tapi apa yang mengejutkan aku Faiq tidur dalam keadaan memeluk erat tubuhku. Aku sampai tak boleh nak bergerak, erat betul pelukan dia. Eleh, tadi merajuk sangat ni tidur nak pulak peluk aku. Kenapa tak peluk je telefon tu?
Perasaan aku tatkala ini sukar untuk digambarkan. Buat pertama kalinya aku dipeluk oleh seorang lelaki selain arwah ayahku. Ya Allah rindunya aku pada arwah ayahku. Ayah, Esha dah selamat jadi isteri orang. Walaupun bukan Ayah yang menjadi wali tapi Along ada. Hati aku tak kuat apabila mengimbas kembali kenangan sewaktu kami lengkap sekeluarga dahulu. Pagi-pagi ni dah rasa sebak. Rasa haus pun dah hilang.
Air mata yang jatuh mengalir aku seka dan terus membalas pelukan Faiq. Faiq, awaklah antara lelaki yang amat saya sayangi selepas arwah ayah dan along. Tolong jangan sia-siakan saya dalam hidup awak.
❁❁❁❁❁
"Bangunlah dah subuh ni, jom solat sama-sama." Faiq mengoncang bahuku.
Mataku masih rasa berat, mahu tak mahu aku kena akur nanti dia lagi marah macam mana? Aku juga yang kena pujuk. Takkanlah perempuan lain pula nak tolong pujukkan meh sini aku karate dia dulu.
Usai solat subuh bersama-sama. Aku terus mencapai telefon dan membuka aplikasi whatsapp. Banyak betul mesej masuk, semuanya mengucapkan selamat pengantin baru pada aku. Tiba-tiba sebuah mesej dari Ryana masuk. Aku segera mengerutkan dahi. Dah kenapa pulak dia mesej aku subuh macam ni?
'Assalamualaikum, jumpa aku sat kat kedai kopi Pak Meon. Aku ada benda nak cakap dengan hang ni. Amaran jangan banyak tanya!'
Dah kenapa pulak minah ni? Apa pulak aku nak keluar pagi-pagi macam ni. Nanti Faiq tanya macam mana? Aduh Ryana ni masalah betullah, dah berjiran pun nak ajak aku jumpa kat kedai Pak Meon tu apahal? Jauh kut.
'Walaikumussalam, hang dah kenapa? Jumpa ajelah aku dekat pangkin rumah depan tu. Malaslah aku nak pergi kedai Pak Meon. Ajaklah Shakeel si hubby hang tu.'
Mengarut aje si minah ni. Aku menggelengkan kepala sambil tersengih sendirian.
"Tersengih-sengih tu kenapa? Bermesej dengan Hilman ke?" Duga Faiq tiba-tiba.
"Mana adalah, ini Ryana. Takkan dengan Ryana pun abang nak cemburu? Cukup-cukuplah merajuk tu. Esha dengan Hilman memang tak ada apa-apa. Kalau betullah Esha ni ada hubungan dengan Hilman. Esha takkan terima pinangan abang tau. Kalau abang rasa nak merajuk. Teruskanlah." Oleh kerana hati aku tak dapat menahan rasa geram akhirnya terhambur juga kata-kata yang disimpan dalam hati dari malam tadi.
"Okey, abang minta maaf. Abang tau abang ikutkan perasaan sangat. Maaf okey." Entah mengapa Faiq akhirnya mengalah juga.
"Maaf? Maaf takkan diterima selagi abang tak percayakan Esha ni. Percayalah yang Esha bila dah jatuh cinta dengan seorang lelaki, Esha akan setia sampai bila-bila."
"Okey, abang percayakan Sayang."
"Esha harap, apa yang abang cakap tu bukan dari mulut saja tapi datang dari hati. Esha tak pandailah nak pujuk orang, bercinta pun Esha tak pernah macam mana Esha nak pujuk abang? Sebelum terlupa, maaf takkan diterima selagi abang belum belanja Esha makan."
"Iyalah abang betul-betul percayakan Sayang. Demi kemaafan dari Sayang, Abang akan belanja makan. Tak pedulilah makan apa pun abang belanja okey. Janji Sayang maafkan abang."
Tiba-tiba telefonku berbunyi tanda panggilan masuk. Nak apalah si Ryana ngok ngek ni telefon aku. Aku baru nak manja-manja dengan suami kut. Kacau daun betul minah ni.
"Assalamualaikum, hang nak apa lagi?"
"Tolonglah aku nak jumpa kau sekarang! Aku ada hal penting nak cakap dengan hang. Tolonglah aku ada dekat depan rumah hang sekarang. Takkanlah dekat depan rumah ni pun hang malas nak keluaq? Baik hang keluaq sebelum aku tibai pungkoq hang." Ryana siap bagi amaran, ala takutnya.
"Iyalah nanti aku keluarlah. Tak reti bersabar langsung. Okey bye." Aku mengecilkan mata lalu mematikan panggilan. Sabarlah dapat kawan macam ni. Rasa nak hempuk aje dengan bantal busuk aku tu.
"Ryana ajak keluar ke?" soal Faiq sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Aku hanya membalas dengan anggukkan saja.
"Tapi, dia ajak jumpa depan rumah aje. Esha keluar jumpa dia sekejap aje okey. Abang pergilah keluar bersembang dengan along ke angah ke dengan mak pun boleh. Tapi... dengan Aqila sepupu Esha tu tak boleh faham?" Sebelum apa-apa terjadi lebih baik aku bagi peringatan. Bukan tak percaya dengan sepupu dan suami sendiri. Tapi itulah aku kadang-kadang suka fikir bukan-bukan. Sebelum terjadi perselisihan faham lebih baik aku ingatkan awal-awal.
"Sayang ni dengan sepupu sendiri pun nak cemburu ke?" Faiq menggelengkan kepalanya.
"Cemburu tanda cinta okey, ingat tu." Aku terus mencapai tudung sarung lalu keluar daripada kamar tidur.
❁❁❁❁❁
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...