Selepas selesai mengemas pakaian aku terus merebahkan badan di atas katil. Letih dalam yang masa sama aku serabut. Serabut dengan kata-kata mama. Argh, biarlah apa nak jadi pun. Selagi aku boleh sabar. Aku akan cuba sabar, andai suatu masa nanti aku dah tak tahan mungkin aku akan lepaskan semua.
Mungkin? Siapa tahu kan.
“Penat sangat ke?” soal Faiq baru keluar dari bilik mandi lalu merapatkan dirinya denganku.
“Mestilah penat, ingat dekat ke rumah mak nak ke rumah mama ni?” Aku pejam mata serapat yang mungkin.
“Macamlah sayang yang bawak kereta, bie nak nak cakap sesuatu ni.”
“Apa dia?” balasku seolah langsung tak berminat. Apa lagilah yang nak dicakapkan.
“Tadi mama dengan papa ada bincang dengan bie, minggu depan lagi satu diorang nak buat majlis resepsi kita.”
Lantas aku mengerutkan dahi, dah kenapa pulak mama nak aku adakan majlis resepsi ni? Bukan ke benci sangat dengan aku. Oh lupa, nak tunjuk dia tu seorang mertua yang baiklah kiranya. Itu semua lakonan semata-mata.
Lepasni bolehlah mama ambik anugerah watak pelakon antagonis paling terbaik ya. Astagfirullah, apa aku cakap ni? Aduhai.
“Dah kenapa pulak diam ni. Macam mana sayang okey tak?”
Tanpa banyak soal aku hanya mengangguk sebagai tanda iya. Iyalah dah alang-alang baik sangat nak buat majlis resepsi aku dengan Faiq apa salahnya. Sekurang-kurang dia tak adalah kejam sangat dengan anaknya yang sorang ni.
“Sayang pergilah mandi nanti kita turun bawah ya sembang-sembang dengan mama, papa, ucu pun ada sekali tau.” Faiq mencubit manja pipiku. Eh, ambil kesempatan pulak nak cubit-cubit.
“Aduh sakitlah, malas nak mandi. Nak tidur.”
“Jangan nak mengada okey, sebelum bie cubit lagi kuat lebih baik pergi mandi sekarang. Ke nak buat macam drama melayu tu? Bie angkat sayang lepas tu kita mandi sama-sama nak?”
“Eh, jangan tak nak. Esha pandai mandi sendiri, bie boleh pergi turun bawah dulu.” Aku mula bangun dan mencapai tuala lalu terus berlari masuk ke dalam bilik mandi. Bukan boleh percaya si Faiq ni datang 'angin miang' dia jenuh aku nak melayan kang.
❁❁❁❁❁
Usai mandi rasa segar sedikit tubuhku namun rasa masih penat itu ada. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Faiq tadi yang menyuruh aku turun untuk berbual dengan keluarga mereka. Aku tahu Faiq buat semua ini supaya aku diterima dalam keluarga ini terutamanya mama yang sudah jelas mengaku bahawa dirinya membenciku.
Hampir dua tiga kali juga berfikir samada mahu turun atau tidak. Sedang otak ligat berfikir tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, ternyata panggilan itu adalah dari Ryana. Terus aku menjawab panggilan itu.
“Aik, ingatkan dah lupa dekat aku terus,” ujarku tanpa memberi peluang untuk dia bercakap.
“Assalamualaikum,” balas Ryana.
“Walaikumussalam, kenapa orang di sana call orang di sini?” Walaupun hati ini masih rasa resah tetapi setelah mendengar suara Ryana hati aku menjadi tenang seketika.
“Hang yang dah lupa kat aku, macam mana dah pindah rumah sendiri mesti syok kan dapat berbulan madu dengan hubby.” Kedengaran suara miang Ryana.
“Aku duduk sekali dengan mak mertua,” balasku dengan selamba. Entah kenapa Ryana yang terkejut melebih-lebih. Pekak ke apa?
“Apa pasai laki hang bawak hang tinggal dengan mak mertua! Akal laki hang taruk kat mana? Macam mana hang dengan mak dia okey dak? Dia nak terjadinya peperangan ke apa?” Ryana berkata seolah-olah tahu yang mama memang tak sukakan aku.
“Hang ni memang dah tau yang mama dia tak suka aku ke?”
“Err, taklah tapi hang pernah tengokkan drama-drama melayu sekarang macam mana. Sikit-sikit mak mertua jahat. Tu yang aku panas hati sikit ni, si Faiq tu takkanlah tak tau drama-drama zaman sekarang macam mana. Aku tak cakap yang mama dia jahat tapi dalam rumah tu macam-macam boleh jadi kut.” Adeh pedih telinga dengar budak ni membebel. Ingatkan bolehlah tenang sikit hati bila dia ni call rupanya menyakitkan telinga aku lagilah gamaknya.
“Entahlah, tapi aku okey je dengan mak mertua. Kau tak payahlah risau. Ni aku nak tanya kau ambil Qish kan?” Aku cepat-cepat menukar topik.
“Iyalah, dah hang yang tak mau kan. Akulah ambik siapa lagi nak ambil takkan la mak cik jual nasi lemak tu pulak nak ambik.” Balas Ryana yang masih 'berangin'.
“Aku nak bela boleh?”
“Tak boleh, laki aku punyalah sayang dengan dia, hang nak ambik pulak amboi.”
“Ryana, bolehlah aku tak dak siapa nak kawan ni.”
“Tak boleh!”
“Ryana, please.”
“Okey, fine! Aku bagi, kalaulah aku boleh duduk dengan hang kan best. Tapi tulah masing-masing dah kahwin kan.” Ryana seakan-akan mengeluh.
“Yang hang mengeluh ni pasaipa pulak?”
“Iyalah, dulukan kita serumah.”
“Tulah hang tak nak ambik aku jadi madu hang. Kalau tak boleh kita serumah sama-sama.” Aku bergurau dengan Ryana.
“Banyak cantik muka hang nak Shakeel pulak eh! Aku seliparkan muka hang sat lagi kang.” Aku tergelak kecil bukan selalu dapat usik Ryana.
“Nak jadi madu siapa?” soal Faiq tiba-tiba muncul. Aku terkaku seketika.
“Err dengan....”
“Patutlah tak nak turun bawah tengah sibuk dekat sini kan?” soal Faiq lagi seolah-olah memerli aku. Berdesing telinga aku dibuatnya, ini dikira sebagai kes menuduh ni. Bukannya sengaja tak nak turun tapi Ryana yang telefon aku. Salah ke aku nak jawab?
❁❁❁❁❁
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...