"Assalamualaikum, Faiq apa khabar sekarang." Ramah Along menyapa Faiq yang baru berdiri di hadapan pintu.
"Along ni, diorang belum sempat tarik nafas lagi nampak-nampak aje bagi salam tanya khabar apalah Along ni." Bebelku sambil bercekak pinggang. Kedudukanku berada di belakang Along.
"Walaikumussalam, sihat Alhamdulillah. Kalau tak sihat tak sampai rumah Along ni." Mesra Faiq membalas.
"Shakeel dengan Yana pun ada. Eh budak kecik si Raysha ni pun ada." Kak Seri yang baru melintas pun menegur mereka.
"Eh masuklah, Hilman ada dekat dalam tu tengah main dengan Ariz. Kami sibuk sikit kat dapur nak masak ni. Maklumlah, Along happy. Kak Seri mengandung lagi. Kembar pulak tu." Sempat aku memerli Along yang tersengih-sengih sendiri.
Mereka yang baru masuk dan terus duduk di ruang tamu. Riuh mulut Ariz bercakap dalam bahasanya sendiri. Datang pulak anak dara Ryana makin riuh rumah dengan suara budak-budak. Qayyum dan adiknya Qaseh iaitu anak Along pun turut bising sekali. Sayang sekali Angah tak ada di sini kerana tinggal di Johor sana atas urusan kerja. Kalau tidak mungkin hari ini lengkap sekeluarga berkumpul. Mesti lagi riuh.
"Syukur Alhamdulilah, murah rezeki along anak ramai. Akan datang kembar pulak tu." Ujar Shakeel sambil memandang anak mereka bermain bersama.
"Dulu pun Esha pregnant kembar tapi keguguran salah satu janinnya. Sekarang Kak Seri pulak. Jaga kandungan tu baik-baik. Esha dulu lasak sangat. Kemudian tambah pulak stress dulu. Itulah diri sendiri pun dah tak terjaga. Bayangkan Along, dulu masa belum tahu pregnant Esha pergi bantai naik basikal Pojie anak Kak Latifah. Saja nak round satu kampung." Aku pun turut bercerita rahsia yang lama ku simpan.
Hampir melopong mulut Kak Seri.
"Tak ada apa-apa jadi ke? Bahaya betul kalau jatuh masa tu macam mana." Kak Seri menyoal.
"Alah, Kak Seri tengoklah disebabkan perangai lasak Esha tu lah menurun ke Ariz. Tengoklah kadang-kadang jatuh mana ada menangis. Selamba aje gelak. Macam orang tak ada perasaan." Sempat aku mengerling kepada Ariz yang sedang gigih memanjat badan Qayyum.
"Kau, Esha nanti kau kahwin kembar berapa pulak kau nak bagi empat? lima?" Tiba-tiba Along bercakap soal anak.
Hampir tersedak aku. Ku memegang tekakku.
"Eii, apa Along ni orang tak kahwin lagilah buat apa nak sibuk! Malaslah layan Along ni. Baik orang tolong mak kat dapur."
Along dah ketawa terkekek. Seronoklah tu membahan orang. Tak malu ke Hilman, Faiq dan Shakeel ada disitu. Oleh kerana masih bersisa rasa geramku. Dari belakang aku mencuri cubit pinggang Along.
"Adoi! Ketam mana pulak ni!" Along mengaduh sambil memegang pinggangnya. Apa lagi makin pecah tawa masing-masing.
Lantas aku lari ke dapur. Ambik kau! Geram betullah dengan Along. Ada ke patut gurau macam tu.
******
Sedang sibuk menjamu selera. Tiba-tiba terdengar telefon seseorang berbunyi seperti panggilan masuk. Lantas Faiq bangun membasuh tangan. Kemudian dia menjauhkan diri daripada kami.
"Selama ni awak hilang pergi mana Ratna. Awak tahu tak yang mama saya jatuh sakit. Feiqah baru meninggal dunia. Kenapa saya langsung tak nampak kelibat awak lepas tu?" Soal Faiq dengan nada marah. Kami hanya berpura-pura tak dengar.
Aku mula dihimpit rasa bersalah. Kalaulah Faiq tahu bahawa Ratnalah punca Puan Maria jatuh sakit. Kalau tak kerana perempuan tikus itu menolak Puan Maria mesti takkan jadi apa-apa. Mungkin ini juga balasan buat Puan Maria. Selepas saja sakit Puan Maria sudah sedar kesilapannya. Sejauh mana keikhlasannya memohon maaf itu aku tak dapat nak menilai kerana itu lahir dari hatinya.
Usai bersembang panjang Faiq datang semula ke meja makan lalu menyambung makan sambil tersenyum tipis. Nampak wajahnya muram.
"Sha... Faiq nanti esok ada perkara yang aku nak bincangkan." Tiba-tiba Hilman bersuara.
"Ada apa Hilman?" Aku mengerutkan kening kehairanan.
"Kenapa ya? Aku risau aku tak sempat. Tadi Ratna dah call aku ajak beli barang kahwin. Iyalah lagi seminggu baru kelam kabut nak cari barang. Biasalah perempuan cerewet sikit nak beli barang. Untung dulu bekas isteri aku tak banyak songeh. Aku ambil itu dia okey. Aku ambil ni dia okey." Luah Faiq dengan ketawa dibuat-buat.
Makin senak dadaku dihimpit rasa bersalah. Jelas kelihatan lelaki ini masih mencintai aku.
"Kenapa dah nak kahwin baru buat persiapan? Kalau ikutkan kami semua dah siap tinggal nak dinikahkan aje." Hilman mencelah.
"Belum ada mood nak kahwin lagipun Ratna sibuk. Aku pun sibuk Hilman. Masing-masing ada hal sendiri." Faiq membalas.
"Memanglah tak ada mood, kenapa nak seksa diri kahwin dengan orang yang dah musnahkan hidup diri sendiri. Bukan ke itu dah macam sendiri masukkan diri ke dalam lubang buaya." Lancang aku mengutarakan soalan itu.
Yang lain sudah terbuntang mata mendengar soalanku kecuali Hilman.
"Ini semua tentang jodoh Esha." Balas Faiq dengan senyuman.
Bengang pulak aku mendengar jawapan dari Faiq. Memanglah jodoh! Tapi tak boleh ke sendiri fikir yang Ratna tu musnahkan hidup kau. Takkanlah nak berdiam diri. Yang Puan Maria pun, takkanlah tak boleh fikir yang Ratna ni bukan orang yang baik. Takkan nak teruskan jugak pernikahan diorang. Takkan tak membantah. Stress pulak aku dengan keluarga Faiq ni. Tak boleh jadi aku perlu bertindak secepat mungkin.
"Oh ya, aku ingat lusa ajelah kita jumpa Hilman. Aku rasa lusa aku tak sibuk." Kata Faiq sebelum meneguk segelas air sirap.
Hilman hanya mengangguk.
Lantas ku bangun dan membasuh tangan.
"Esha naik biliklah dulu. Pening kepala pulak." Aku bergegas ingin pergi belum sempat aku melangkah Along menegurku.
"Kak Seri yang pregnant kau pulak yang pening kenapa?" Along memerli sekali lagi. Lantas aku mencubit lengan Along kuat-kuat. Sempat lagi nak bergurau!
YOU ARE READING
Rintihan Melodi Rindu
RomanceSeteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta ke...