BAB 47

2.9K 96 16
                                    

Selepas menempuh beberapa jam perjalanan pulang akhirnya aku dan Hilman selamat sampai ke rumah masing-masing. Letih tak terucap. Selepas masuk ke dalam rumah aku terus merebahkan badan di sofa. Ariz ku berikannya mainan dan biarkan dia main di atas permaidani bulus empuk itu.

Dalam masa yang sama aku perhatikannya bermain. Teringat sewaktu sebelum Faiq ingin berangkat pulang. Tak puas-puas dia mencium pipi gebu Ariz. Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada Faiq. Hati aku masih berbelah bagi untuk berbaik dengan Faiq. Kalau tak kerana mulut Puan Maria dan Ratna mungkin dah lama kami berbaik. Dalam masa yang sama aku perlu menjaga hati Hilman. Banyak budi yang dia telah lakukan pada aku dan anakku.

"Ariz, harap-harap ayah selamat sampai sana ya dengan mak su." Ujarku pada Ariz walaupun dia masih belum faham.

Aku mendail nombor telefon milik Ryana. Sudah lama tak mendengar khabar darinya. Tak lama kemudian, terdengar suara Ryana menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Ryana, kau apa khabar sihat?" Soalku dengan mesra.

"Walaikumussalam, Alhamdulillah sihat. Kau mesti bahagia kan iyalah sebab Hilman dah lamar kau jadi isteri." Dingin suara Ryana kedengaran.

"Macam mana kau tahu ni?"

"Tak payah tahulah, aku betul-betul terkilan cara kau layan Faiq. Kenapa kau buat dia macam tu? Aku tahu dia salah tapi perlu ke kau rendahkan dia sampai macam tu sekali?" Ryana seolah-olah marah padaku.

Aku memicit kepalaku.

"Apa maksud kau ni Ryana? Aku rendahkan Faiq? Kau merepek apa ni. Kau tahukan macam mana dia buat aku dulu. Kau tahu macam mana dia hina aku dulu. Lepas tu, kau nak aku buat apa? Jumpa dia kemudian junjung tapak kaki dia? Maafkan segala perbuatan dia? Ni tak lain tak bukan mesti Kak Najla yang cerita kan? Aku tak faham kenapa semua benda Kak Najla nak cerita pada kau. Nampak pada mata kau semuanya aku yang jahat!"

"Aku tak sangka kau boleh jadi sebiadap itu Esha. Esha yang aku kenal adalah seorang yang sopan santun. Hormat orang. Mana hilangnya rasa hormat kau Esha. Aku tahu Faiq salah tapi dia dah sedar kesalahannya. Aku faham kalau kau tak boleh maafkan dia tapi jangan buat dia jadi musuh kau. Ingatlah anak tu sikit." Berdesing aku mendengar bebelan Ryana.

"Kau cakap senang. Kau tak ada di tempat aku. Kalau kau rasa nak bercakap pasal ni lagi okey fine! Kau tak perlu hubungi aku lagi. Aku rimas kau tahu."

"Aku minta maaf. Aku emosi Esha, bila Kak Najla cerita macam tu. Kau tak boleh marahkan dia sampai macam tu sekali. Dia tak salah." Suara Ryana kembali mengendur.

"Kalau dia tak salah habis siapa? Aku ke? Dahlah malaslah nak cakap dengan kau. Aku telefon kau nak menanya khabar. Kau tak habis-habis bercakap pasal Kak Najla lepas tu Faiq. Tolonglah Ryana. Aku penat Ryana, bye Assalamualaikum." Segeraku matikan talian.

Aku mengeluh. Sedih, aku tak faham kenapa Ryana marahkan aku sangat kerana Faiq. Aku dah cuba untuk maafkannya secara perlahan dan terima dia sebagai seorang kawan tapi aku tetap tak boleh lupakannya. Kemudian, aku pula yang dipersalahkan kerana tak hormatkan Faiq. Aku tertekan, bukan semudah itu aku nak maafkan segala kesalahannya dalam satu detik.

Saat ini wajah Faiq terbayang-bayang dalam fikiran. Aku akui dia masih lelaki yang baik. Mungkin dia tersalah langkah kerana hasutan daripada mamanya juga. Entahlah, buat masa ini itu yang dapat ku simpulkan. Dia anak yang taat pada ibu bapa. Tak mustahil juga dia lepaskan aku atas sebab itu.

Aku pernah berfikir untuk memberi lelaki bernama Faiq ini ruang agar kami dapat berbaik semula tapi tak semudah itu. Semakin aku mahu lupakan semakin lama semakin ligat berputar kejadian itu dikepalaku seolah rakaman video.

Aku hanya mampu berdoa agar semuanya kembali terlerai seperti biasa dan aku harap semua perkara yang menjadi tanda tanya dalam fikiran aku bakal terjawab. Aku pun ingin bahagia seperti pasangan yang lain. Aku harap perkahwinan aku dengan Hilman yang bakal dibina akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. Begitu juga Faiq, semoga mahligai bahagia yang dia bina bersama Ratna akan kekal utuh itu doaku. Tak salah pun untuk aku doakan buat bekas suamiku juga supaya dapat kecapi kebahagiaan bersama pasangan masing-masing.

 Tak salah pun untuk aku doakan buat bekas suamiku juga supaya dapat kecapi kebahagiaan bersama pasangan masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rintihan Melodi RinduWhere stories live. Discover now