BBBM 1

9.8K 283 17
                                    

Bad boy Bad mafia 🔕

Aku memasuki kawasan Sekolah Menengah Tunku Shah . Sekolah yang aku duduki selama 5 Tahun termasuk tahun ini .

Kaki ku melangkah ke arah kelas 5 SainsI , aku berminat nak jadi doktor . Sama macam abang aku yang dah tamatkan pengajiannya di PASUM .

" Hello chikichiki boom ! " aku menoleh ke arah suara yang selalu memanggil aku dengan nama-nama pelik .

" Kau ni memang eh ? asal jumpa aku nama-nama pelik kau bagi " Tangan aku naik menggengam penumbuk . Alah acah-acah je nak pukul dia ni . Sebenarnya sayang .

" Ampun tuanku sembah patik harap diampun , Patik Dahlia mikayla yang cantik lagi suci ingin memohon maaf " Berdekah-dekah aku ketawa mendengar ucapan maaf Dahlia .

Yup , Dia .. Dahlia Mikayla . Kawan aku sejak tingkatan dua . Its mean , kami dah kawan Tiga tahun . Harap persahabatan kami kekal .

Aku mengajak Dahlia ke kelas . Sambil itu , kami berborak-borak tentang cuti hujung minggu yang lepas .

" Eh Sarah , kau tahu tak ? sekolah kita ada budak-budak kongsi gelap . Dari macam-macam kumpulan " Tutur Dahlia tiba-tiba .

" Tahu , jumaat minggu lepas aku ada juga dengar pelajar kelas 5SasteraI cakap pasal tu . Tapi yang pasti , dorang ada sebut tentang dua kumpulan ni .. Erm .. Nexus Santiago dan Night Fury . " Ucap ku selamba . Memang tu lah yang aku dengar .

" Hah ! Kumpulan tu lah aku nak cerita .. Kau tahu tak , Aku baru tahu yang Panglima Tempur dorang rupa-rupanya sekolah kat sini . " Bersemangat Dahlia bercerita .

" Panglima tempur ? maksud kau , commander of war kumpulan tu ? " Soal ku . Pelik betullah kumpulan sekarang ni .

" Yup , Commander of war Nexus Santiago adalah Izz Ashraf . Commander of war Night fury pula .. " Ayat yang ingin disambung oleh Dahlia tergantung apabila ada pergaduhan dikelas 5BetaII iaitu kelas terakhir .

Dahlia pantas menarik tangan aku untuk melihat pergaduhan tu .

'Alahai minah ni , Takkan nak join sekaki gaduh dengan orang-orang tu . '

Nampaknya Ikhwan yang bertumbuk . Eh silap , kawan-kawan dia . Ikhwan tolong perhati je .

Makin lama , makin banyak pelajar yang kumpul kat sana . Dahlia kat sebelah aku , dah mula panik bila budak yang kena ' Pedajal ' tu hampir pengsan .

" Stop lah wei ! " Jerit Dahlia . Terkejut beruk aku dengar dia teriak . Masa yang sama , pengawas datang leraikan pergaduhan tu .

Aku nampak , Izz Ashraf dengan Ikhwan Naufal duk perhati aku dengan Dahlia dekat tepi dinding .

Ya lah , dorang perhati sebab Dahlia jerit tadi tu lah .

Bola mata aku bertembung dengan bola mata Ikhwan . Dengan gaya bad boynya , dia mengangkat keningnya sebelah kanan .

Tanda ' Apa tenung - tenung ? ' Aku just geleng kepala then bawa Dahlia masuk kelas kami balik .

Selepas Dahlia dah reda dari marah dia , terus mood dia berubah .

" Eh , kita masih kat group Night Fury kan tadi ? Hah aku nak bagitahu ni . Commander of war Night Fury adalah Ikhwan .. Ikhwan Naufal . Budak kelas akhir tu " Selamba saja Dahlia ni hina orang kelas akhir .

" Tapi betul lah dorang tu Mafia ? " Dahlia mengganguk .

" So , tugas dorang tu penggelapan dana , jual dadah , penipuan duit haram , judi and so on lah macam tu ? "

" Itu aku tak tahu lah babe , aku bukannya ahli kongsi gelap . " Dahlia hanya menjongketkan bahunya .

" Tak semestinya mafia ni , dorang buat semua tu . Kami dalam Setiap kumpulan , kami ada rules sendiri . " Aku dan Dahlia menoleh ke belakang .

Aiman , classmate kami .

" Macam mana kau tahu Man ? Then , what do you mean by ' kami ' " Soal aku . Takkan dia ni Mafia juga .

" Aku pun mafia juga . Sebab tu aku tahu . " Aku dengan Dahlia dah buat muka tekejut beruk .

Baru sahaja Aiman nak sambung kisah dia , Cikgu suraya dah masuk . Semua berterabur lari ke tempat masing-masing .








Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now