Bad boy bad mafia 🔕
Farhan melangkah ke arah Ikhwan yang sedang melepak bersama Izz ditangga naik Tingkatan 3 .
Ikhwan yang tersedar akan kehadirannya itu terus memandang tajam .
" Kau nak apa ? " Soal Ikhwan spontan . Hatinya masih sakit kerana Farhan melaporkan Night Fury ke pihak polis .
" Aku datang bukan sebab nak jumpa kau . Aku cuma nak sampaikan pesanan Qaisarah . Dia terpilih bagi wakil pelajar sains untuk pergi sekolah sains . So dia tak suruh kau stay petang untuk satu minggu ni . " Sejurus itu Farhan melangkah pergi bersama tangannya dipoket seluar sekolah .
Ikhwan masih lagi menghadam kata-kata Farhan yang bercakap kalah-kalah rapping .
" Minah lopak tu jadi pelajar wakil sains , so satu minggu ni dia takde di sekolah ni . Dia tak suruh kau stay petang dah " Izz yang seakan faham dengan muka ' Bodoh-bodoh' Ikhwan itu menerangkan dengan lebih jelas .
" Ouh , okay . " Balas Ikhwan kembali . Terpaksa lah dia menahan rindu pada gadis kegemarannya itu . Haih !
" Kau masih sayang dia ?" Soal Izz setelah mendiamkan diri beberapa seketika .
" Haih . Izz , aku dah berapa kali kata . She's my first and my last . Aku sayang dia sampai nak menjauh dari dia buat aku tak boleh bernafas . Dada aku sesak , sakit , perit !
- tapi bila fikirkan semula . Aku terpaksa buat semua benda tu untuk selamatkan dia , selamatkan Night Fury . Kau tahu kan papa aku macam mana ? Dia lebih licik dari musuh kita Izz sehingga aku tak mampu nak buat apa-apa " Buat pertama kalinya Izz nampak Ikhwan begitu sakit .
" Weyh , Jom . Kita fly " Ikhwan tertawa sebentar kerana mendengar kata-kata Izz yang membawanya ponteng itu .
" Aku on " Mereka berdua jalan beriringan ke kelas untuk mengambil beg sekolah mereka .
Ikhwan mengerling jam ditangannya . Baru menunjukkan jam 10.46 pagi . Tersenyum sinis Ikhwan buat seketika apabila teringat akan wajah gadis kegemarannya itu . Wajah manis gadis kegemarannya itu sering menyapa Ikhwan .
Mereka melangkah ke arah kelas mereka . Dengan ketiadaan guru mata pelajaran itu memudahkan mereka untuk 'Fly'
Thaqif selaku ketua kelas itu baru saja mengumumkan bahawa ada mesyuarat antara guru-guru membuat senyuman jahat muncul diwajah kacak Izz dan Ikhwan .
Bag yang berada diatas kerusi sekolah itu disandang . Pintu belakang menjadi destinasi untuk keluar kelas .
Apabila lalu saja dikelas 5 SainsI , Ikhwan menoleh kearah meja Qaisarah yang kosong itu . Nampaknya gadis kegemarannya itu bakal mendapat A+ dalam mata pelajaran Bio dan chemistry nya .
Gadis itu sangat rajin belajar subject itu kerana katanya , subject itu adalah subject kegemarannya .
Ikhwan mengeleng kepalanya , kalau berterusan dia membayangkan wajah Qaisarah saja , memang dinding pun akan dilanggarnya .
Pintu belakang sekolah yang berkunci itu dipanjat dengan mudah oleh Izz setelah membaling begnya ke luar kawasan sekolah .
Ikhwan membaling beg sekolahnya kepada Izz yang sudah selamat diluar dan memanjat pintu sekolah itu . Motor Harley Davidson milik mereka berdua yang terparking elok dibelakang sekolah itu dipandu laju menuju ke pusat snooker .
Hari ini , kita enjoy !
••••
Selesai sahaja sesi ponteng bersama Izz , Ikhwan segera balik ke apartment milik Night fury untuk menukar bajunya .Ikhwan melangkah masuk ke dalam cafe milik keluarga Qaisarah . Kot - kot la gadis kegemarannya itu ada disitu .
' Rindu nak mampus dah ni ' gumamnya sendiri .
Matanya meliar disekeliling cafe . Hanya kelibat pekerja-pekerja di cafe itu saja kelihatan . Ikhwan mengambil tempat dipenjuru cafe .
Baru saja dia melabuhkan punggung di kerusi itu , Ikhwan didatangi seorang gadis .
" Welcome to our cafe . Oder ? " Soal pekerja cafe yang bernama Siti Khadijah itu .
" Huh , Oder ? " Soal Ikhwan kembali . Mungkin kecewa barangkali kerana bukan gadis kegemarannya yang datang kepadanya .
" Ya encik . Oder . Do you want to oder ? " Terlepas ketawa Khadijah sebentar melihat jejaka itu . Bukan dia tidak tahu siapa lelaki ini . Kalau dia tidak silap , lelaki ini lah yang Qaisarah ajar .
" Erm , Green Tea Crème Frappuccino® Blended Crème , Please ? " Selesai saja Khadijah mengambil oder Ikhwan , dia melangkah pergi ke kaunter .
Tetapi , baru saja ingin melangkah Ikhwan memanggilnya kembali .
" Erm .. erm " Ragu-ragu dia ingin menyoal . Takut dicop busy body pula .
" Kenapa ? Ada nak tambah apa-apa oder , encik ? " Soal Gadis itu pada Ikhwan .
" Erm bukan . Eh , takpelah . Itu saja , terima kasih " Ikhwan mengeluh perlahan . Tidak keruan jadinya dia apabila sehari tidak melihat Gadis kegemarannya itu .
" Do you looking for Qaisarah ? " soal Khadijah pada Ikhwan .
" Hah ? " Terkedu Ikhwan seketika lalu dia mengangguk .
" Mungkin petang ni dia balik . So don't worry , dia akan terus ke sini petang ni untuk kerja shift malam . So you can meet her tonight . " Seusai itu , Khadijah menghadiahkan senyuman kepada Ikhwan dan berlalu pergi .
Ikhwan memerhati bayangan Khadijah yang sudah berlalu pergi bersama odernya itu .
' Shift malam . Should i do it toninght ? ' soalnya sendiri .
YOU ARE READING
Bad Boy Bad Mafia
Teen Fiction+ Bad boy , Mafia , gangster , delinquent , troublemaker , legend skip class , legend fly . + He's also , pencuri hati first class , hot stuff sekolah , good singer , chocolate boy and milk delivery boy . Start : 19 NOV 20K8 End : ?♡ All right res...