Bad boy bad mafia 🔕
" Apa lagi masalah kamu kali ini Ikhwan ? I've told you right ? Don't make me come to your school ! " Illhiam Hildebrand merengus kuat apabila dia mendapat panggilan telefone dari Sekolah Menengah Tunku Shah mengatakan bahawa ingin berbincang tentang masalah Ikhwan .
" Mana lah Ikhwan tahu " Balas Ikhwan selamba sambil memasukkan tangannya kedalam poket seluar sekolahnya . Puan Serrah hanya menggeleng kepalanya melihat kedua lelaki kesayangan nya itu .
Setelah dijemput masuk kedalam bilik unit disiplin . Cikgu Haris selaku ketua guru disiplin menjemput Ikhwan bersama papa dan mamanya duduk .
" Maaf kerana menganggu masa tuan dan puan yang sangat terhad . Saya memanggil Tuan Illhiam dan Puan Serrah kerana ingin membincangkan keputusan semester 1 Ikhwan " Papa Ikhwan hanya menjeling Ikhwan tajam .
Kertas yang dihulurkan oleh Cikgu Haris disambut dan dibaca .
" Seperti yang Tuan nampak . Keputusan Ikhwan adalah yang paling teruk dalam tingkatan . Dia mendapat nombor yang terakhir dalam tingkatan iaitu 264/264 . " Puan Serrah menjeling ke arah Ikhwan yang sedang duduk menyandar dan santai di atas sofa itu . Wanita itu hanya menggelengkan kepalanya .
" Apa yang kamu buat Ikhwan ? Papa hantar kamu ke sekolah bukan untuk main-main " Keras intonasi Illhiam berkata .
Namun , Ikhwan hanya menjongket bahu dan menolak pipinya dari dalam mulut menggunakan lidahnya tanda malas hendak menjawab .
" Ini yang saya hendak bincangkan dengan Tuan dan Puan . Saya nak cadangkan pada Tuan dan Puan supaya Ikhwan belajar pada setiap petang dengan pelajar terbaik dalam sekolah ini . Kalau hendak menyuruh Ikhwan ke tuisyen luar , nampaknya dia akan melencong ke tempat lain " Ikhwan hanya ketawa kecil mendengar kata-kata cikgu nya yang seakan menyindirnya itu .
" Pelajar terbaik ? Siapa cikgu ? " Soal Ikhwan kepada Ketua guru disiplin itu bersama kerutan dikeningnya . Pelajar terbaik , siapa ? Kalau pelajar terbaik , mesti dapat ranking top 3 dalam tingkatan kan ?
" Nur Qaisarah Hawa "
•••
Ikhwan melangkah naik ke biliknya yang disediakan didalam rumah papanya itu . Nampaknya , telinganya akan dicuci dengan sabun dynamo malam ini .
Butang baju kemeja sekolah itu dibiarkan semua terbuka dan berlapiskan kemeja hitam yang kosong didalam .
Laci yang berada ditepi katil itu dibuka . Gambar polaroidnya bersama Sarah ditenung . Sungguh dia merindukan adiknya yang comot itu .
Ikhwan mengeluarkan Iphone nya dari poket seluar . Nama Sarah dicari didalam contact list . Lalu butang berwarna biru untuk menelefone itu ditekan .
Selepas sahaja panggilan operator untuk antarabangsa dilepasi . Ikhwan dapat mendengar suara Sarah .
-Hye brother ! I miss you so much !
+Hye my comot . I miss you too . How was your day ?
- Like usually . Bosan memanjang . Bila abang nak balik sini ? Sarah rindu abang
+Habis final semester , abang akan balik sana . Mungkin stay sana terus
-Wah ! mesti seronok . Boleh la abang bawa Sarah pergi vacation . Eh , nanti sarah call semula . My teacher dah masuk . Bye abang ! I love you !
YOU ARE READING
Bad Boy Bad Mafia
Teen Fiction+ Bad boy , Mafia , gangster , delinquent , troublemaker , legend skip class , legend fly . + He's also , pencuri hati first class , hot stuff sekolah , good singer , chocolate boy and milk delivery boy . Start : 19 NOV 20K8 End : ?♡ All right res...