BBBM 20

3.8K 209 10
                                    

Bad boy bad mafia 🔕

Qaisarah menyusun buku-bukunya yang berterabur diatas meja . Loceng sekolah yang menandakan tamat sesi persekolahan itu membuatkan para pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas .

" Dahlia .. em , kau balik dulu lah . Aku kena stay sekolah " Tutur Qaisarah tergagap-gagap sambil menggaru keningnya .

" Eh , kenapa pula ? Hari ini kan khamis , kita mana ada kelas tambahan " Jawab Dahlia pelik bersama kerutan didahi . Qaisarah pula sudah bingung ingin menerangkan keadaan pada Dahlia .

" Erm , aku kena ajar seseorang . Atas arahan Cikgu Haris . " Qaisarah memandang wajah Dahlia yang berkerut seribu . Minah ni , selagi kau tak terangkan dengan terperinci , selagi tu lah dia soal siasat kau .

" - Aish , Ok ok , aku bagitau kau . Cikgu Haris suruh aku tolong Ikhwan dalam pelajaran untuk SPM nanti " Tersengih-sengih Qaisarah memandang Dahlia .

" Hm , ok la kalau macam tu . Tapi , take care tau . Ikhwan tu , muka je kacak tapi badboy . " Sejurus itu , Dahlia melangkah meninggalkan Qaisarah didalam kelas . Qaisarah yang terpana seketika itu kembali menyambung mengemas barangnya .

Kaki dibawa turun untuk ke pondok berhadapan dengan bengkel kemahiran hidup .
Sambil-sambil menunggu Ikhwan , Qaisarah mengeluarkan buku karangan bahasa melayunya . Satu persatu perenggan disiapkan sambil menyanyi lagu Without me .

Tiba-tiba , Qaisarah merasa buku karangannya menjadi gelap oleh bayang-bayang . Cepat-cepat dia mendongak . Ikhwan ..

" Kerusi ni dah ada orang punya ke ? " Soalnya selamba . Qaisarah hanya menayangkan muka blur kepada Ikhwan .

" Ha'ah , kerusi ni Naufal punya . Nak suruh Ikhwan bagitau Naufal yang ni kerusi dia " Ujar Qaisarah sambil tersengih-sengih macam kerang busuk .

" Ceh , nampaknya kau dah pandai main-main kan aku " Ikhwan meletakkan beg sekolahnya pada hujung kerusi itu dan duduk dibahagian tengah .

" Alah , nak gurau sikit pun takkan tak boleh ? " Soal Qaisarah sambil menyusun bukunya yang berterabur atas meja .

" Gurau macam tu boleh . Asalkan , kau jangan main-main kan hati aku . Ehem " Pada hujung kata , Ikhwan memperlahankan suaranya lalu berdeham .

" Dah , buat kerja sekolah yang cikgu bagi tu " Ikhwan hanya menjongketkan bahunya lalu mengeluarkan buku lukisan kejuruteraan miliknya .

Satu persatu kerja pada buku lukisan kejuruteraan itu disiapkan .

Qaisarah meneguk air yang berada didalam botolnya yang mempunyai gambar panda itu . Sambil-sambil itu , Qaisarah curi-curi melihat Ikhwan .

Pandai pula mamat ni buat kerja dia sendiri . Ingatkan tahu nak buat kes je .

' Lah , kidal rupanya mamat ni ' Ikhwan yang menulis menggunakan tangan kiri bersama jam G-Shock di tangan itu dipandang lama .

" Sarah , kau .. Dah ada boyfriend ? " Qaisarah yang mendengar soalan maut Ikhwan yang masih menunduk itu terus terpana . Boyfriend?

" Kenapa tanya soalan macam tu ? " Qaisarah masih lagi terkejut . Botol air yang sudah ditutup itu dipeluk .

" Tak , aku takut nanti boyfriend kau pecahkan muka aku sebab cara kau tenung aku tadi lain macam " Jawapan maut Ikhwan membuatkan Qaisarah tersedak ketika menelan air liur .

" Erm , sorry " Pohon Qaisarah . Cepat-cepat dia menyambung kerja rumah karangannya itu .

" It's ok . Kalau kau tak ada boyfriend , aku tak kesah kau nak tenung aku macam tu . Lagipun aku suka " Ucap Ikhwan selamba sambil menulis .

Sekali lagi Qaisarah tersedak oleh air liurnya .

Selesai sahaja mengemas buku-bukunya , Qaisarah berdiri sambil menyandang beg galasnya .

Ikhwan yang sudah berada diluar tapak pondok itu didekati . Jejaka itu hanya menayangkan sebuah senyuman tipis bersama lesung pipit dipipi .

" Siapa ambil kau lepas ni ? Farhan ? " soal Ikhwan sambil memandang Qaisarah .

" Erm , tak . Sarah suruh abang je ambil . Lagipun , abang saya dah offer tadi pagi kata nak ambil saya " Ujar Qaisarah menjawab soalan .

" Kalau macam tu , kau tumpang motor aku je la . Aku hantar kau terus ke rumah " Kata Ikhwan sambil mempelawa Qaisarah menunggang motorsikal harley davidson nya .

Tergamam Qaisarah seketika . Tunggang ? Motorsikal ? Dengan dia ?

Qaisarah tahu . Walaupun dia jahil agama kerana tidak menutup auratnya dengan sempurna . Solat pula tidak mengikut waktu atapun solat ketika dia ingat sahaja . Tapi , Qaisarah tahu batasnya yang perlu dijaga antara lelaki dan perempuan .

" Erm , tak apalah Ikh . Saya tunggu abang je , lagipun .. " Belum sempat Qaisarah ingin menyambung ayatnya , Ikhwan sudah memotong percakapan mereka .

" Lah , takpelah . Biar aku yang hantar kau sekali " Potong Ikhwan .

" Erm . Bukan macam tu . Saya tak biasa naik motor dengan lelaki . Lagipun , kita perlu jaga batas kan ?" Ayat Qaisarah membuatkan Ikhwan tersentap .

" Erm , er .. ehem . o-ok la kalau macam tu . Aku gerak dulu . Take care , bye . " Tergagap-gagap Ikhwan menjawab .

Seusai berkata , Ikhwan berlalu kearah parking untuk pelajar . Qaisarah hanya menghantar pemergian Ikhwan bersama pandangan dan senyuman manis dibibir .

Bunyi hon kereta menghentikan lamunan Qaisarah . Pintu kereta Mercedes Benz dibuka dan kaki dibawa melangkah masuk .

•••

Qaisarah melangkah masuk kedalam cafe milik mamanya selepas dihantar oleh abangnya tadi .

" Khadijah , mama mana ? " soal Qaisarah pada Pembantu cafe mamanya yang memakai tudung berwarna ungu itu .

" Rasanya dia ada dekat office dibelakang . Sarah pergilah , tadi mama Sarah kata nak jumpa Sarah " Qaisarah melangkah masuk ke dalam office mamanya untuk berbincang tentang menu baru yang ingin dimasukkan kedalam menu cafe mereka .

Pintu bilik diketuk sebelum memulas tombol pintu . Kelihatan wanita muda yang sedang kemas bertudung senada dengan bajunya yang berwarna lilac .

" Erm , assalammualaikum mama . Sarah datang nak bincang dengan mama " Humaira yang sedang menunduk itu mula mendongak melihat anak bongsunya itu .

" Waalaikumsalam , hah Sarah . Baguslah kamu datang . Mama nak bincang sesuatu dengan kamu "

" Bincang apa ma ? " Qaisarah menarik kerusi yang berada dihadapan meja kerja ibunya itu .

" I want you to stop teaching him "

" Hah ? "

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now