BBBM 19

3.6K 197 3
                                    

Bad boy bad mafia 🔕

+ I can be so good like you want . But , i can so bad like you did'nt expect .

Ikhwan mengetuk kasar pintu apartmen milik Night Fury . " Oi , siapa di dalam . Buka la woii ! "

Kedengaran bunyi kunci dipusing . Tombol pintu pula ditarik dari dalam . Ikhwan memerhati Danial yang messy dan mamai itu .

" Bukan kau ada kunci rumah ke ? Tak payah lah ketuk sampai nak roboh pintu ni " Danial merengus kasar apabila dia dipaksa membuka pintu . Walhal , mereka yang lain masih sedar ataupun masih bangun .

" Kunci tu tinggal dirumah papa aku . Kau suruh Izz jumpa aku di Gazebo . Sekarang juga " Ikhwan terus melangkah ke arah Gazebo yang terletak ditepi rumah itu .

Tidak lama kemudian . Izz Ashraf menapak kearah Ikhwan . Lelaki itu tampak santai dengan baju jersey bersama seluar sukan paras lutut .

" Aku nak bincang dengan kau ni " Izz menaikkan keningnya sebelah . Pelik , kerana Ikhwan tidak pernah seserius ini .

" Apa hal ? Serius semacam je . Kau takutkan aku " Izz mengambil tempat disofa yang berada dihadapan Ikhwan .

" Kau tolong jaga Night Fury untuk aku . Aku tak dapat nak libatkan diri buat masa ni . Demi keselamatan Fury's . " Izz sudah melopong . Apa kes ni ?

" Kau ceritakan pada aku . Dari Alif sampai Ya . Dari A sampai Z . " Izz sudah berubah ke mood serius .

Ikhwan menceritakan segalanya pada Izz . Izz pula mendengar dengan tekun .

" And one more thing . I want to take care of Qaisarah . Can you ? " Izz mengeluh berat . Bukan apa , dia juga merasa bebanan juga berasa kasihan dengan masalah yang dihadapi Ikhwan .

" Kau betul-betul sayang dia ke ? Sampai kau sanggup nak lawan papa kau dan sampai kau sanggup pindah ke Rome semula ? " Soal Izz Ashraf .

Ikhwan diam seketika . Kedengaran dia mengeluh kasar .

" Sebab aku sayang dia lah , aku sanggup buat semua ni . Habis semester , aku akan pergi jauh dari dia . Pergi jauh dari Fury's .
Kalau dah ditakdirkan kami berjodoh . Aku pasti , lima ke tujuh tahun akan datang . Kami pasti akan berjumpa semula . " Ikhwan tersenyum hambar .

Rasa susah pula untuk dia melepaskan Qaisarah , melepaskan Night Fury .

Melepaskanmu , bukan mudah bagiku tuk melalui semua ini ..

Izz menepuk bahu Ikhwan .

" Kau jangan risau , bro . Aku akan tolong kau jaga dia dan juga Night Fury . "

°°°

Pintu kelas 5SainsI diketuk oleh seorang pelajar tingkatan 4 .

" Assalammualaikum cikgu . Maaf menganggu , Cikgu Haris nak berjumpa dengan Nur Qaisarah Hawa . " Dahlia yang mendengar itu juga sama terkejut .

" Weyh , kau pukul anak orang ke ? Atau kau ponteng kelas ?" Qaisarah yang dipanggil , Dahlia pula yang bagaikan ribut .

" Kau fikir aku gila sangat ke weyh ?" Qaisarah membuka speknya dan diletakkan diatas meja .

Setelah mendapat keizinan daripada guru bahasa inggeris itu . Qaisarah melangkah kearah bilik disiplin yang berada diblok akademik .

Qaisarah sempat berdoa sebelum memulas tombol pintu bilik tersebut , Kot-kot cikgu Haris mengamuk .

" Assalammualaikum Cikgu . Cikgu panggil saya ?" Soal Qaisarah sambil melihat Guru disiplin itu yang sedang menulis sesuatu pada bukunya .

" Waalaikumsalam . Hah , mari sini Qaisarah . Cikgu nak bincangkan sesuatu dengan kamu ni " Qaisarah duduk dikerusi yang disediakan dihadapan meja segi empat itu .

" Kamu tahukan , kamu antara pelajar harapan straight A spm sekolah kita ? " Qaisarah mengangguk . Pelik dia dengan cikgu ini . Dia tahulah dia pintar , tapi masalahnya , kenapa dia ?

" Cikgu nak minta tolong kamu bantu seorang kawan kamu ni , supaya kamu sama-sama berjaya dalam Spm " Cikgu Haris menunjukkan riak wajah yang serius .

" Siapa cikgu ? kenapa tak minta tolong dengan Tasrif ? Dia kan top 1 student sekolah kita . " Soal Qaisarah bersama kerutan dikeningnya .

" Tasrif dah ada pelajar yang dia ajar , pelajar tingkatan 5 juga . "

" - Cikgu nak kamu bantu pelajar yang bernama Ikhwan Naufal " Sambung Guru disiplin itu .

Qaisarah menjadi terkejut . Tergamam juga kerana pelajar itu adalah Ikhwan .. Duke Ikhwan Naufal Hildebrand .

" Cikgu harap sangat kamu dapat bantu dia , kerana ibu bapa Ikhwan juga telah bersetuju dengan cadangan cikgu . "

" Baiklah cikgu , nanti saya akan bantu dia . Cikgu tolong bagitahu dia , besok saya akan mula untuk bantu dia " Cikgu Haris mengangguk setuju .

" Terima kasih Qaisarah , cikgu hargai usaha kamu untuk bantu dia " Qaisarah mengukir senyuman manis pada guru disiplin itu .

Sekarang dalam fikirannya , Ikhwan ? Sudahlah mereka tidak bertegur sejak beberapa minggu ini . Aduh !

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now