BBBM 15

4K 215 10
                                    

Bad boy bad mafia 🔕

Ikhwan jalan menuju ke arah Dahlia yang sedang makan seorang diri dibawah khemah rumah sukannya . Acaranya akan bermula pada jam 10 pagi , lagi setengah jam .

" Mana Sarah ? Dia datang tak Sukan sekolah hari ni ? " Soal Ikhwan lalu duduk disebelah Dahlia . Rambut yang berjuntai didahinya disisir ke belakang .

" Aku pun tak tahu , mungkin datang , mungkin tak " Ikhwan mengeluh perlahan mendengar balasan Dahlia . Nampaknya Qaisarah masih belum sembuh dari sakitnya . Kelmarin semasa dia hantar gadis itu kerumahnya pun , demam gadis itu masih belum kebah .

" Takpelah , aku gerak dulu " Ikhwan melangkah pergi meninggalkan Dahlia . Dahlia hanya memandang sepi kelibat Ikhwan . Sebenarnya dia pelik , Ikhwan ada hati pada Qaisarah atau sekadar menggunakan gadis itu untuk membalas dendam ?

Dahlia menjongket bahunya sendiri , makanan yang ada dihadapannya dihabiskan .

Ikhwan membuka Aplikasi Whatsappnya , nombor telefone Qaisarah yang diberi oleh Tarmizi , rakan sekelas Qaisarah itu dipandang .

Nama milik Qaisarah ditekan . Last seen , 00:12 semalam . Ikhwan mengeluh perlahan .

+Sarah , kau dah ok ? Acara aku nak start sekejap lagi . Aku nak kau support aku , tapi tak apalah . Just wish me luck , Get well soon Nur Qaisarah Hawa .

Ikhwan menutup aplikasi whatsappnya , telefone itu dimasukkan kedalam pocket seluar , Baseball cap yang berada ditangannya disarungkan ke kepala . Dia perasan , ramai mata yang memandangnya . Minat kot ? Ikhwan gelak sendiri .

Silly Ikhwan !

" Diminta , semua peserta dibawah lapanbelas bersedia dibawah kem pendaftaran untuk acara pecut 100m " Ikhwan yang mendengar penguguman itu terus melangkah kearah Danial , dia dan Danial akan mewakili rumah sukan mereka bagi acara itu memandang Izz tidak dapat menyertai acara kerana bahunya masih belum sembuh dari luka nya .

Selesai sahaja mengesahkan pendaftaran , mereka diminta untuk bersedia didalam track . Ikhwan memanas-manaskan badannya sambil mata berwarna biru keabuan miliknya melilau ke arah astaka mencari seseorang .

Mata Ikhwan menangkap kelibat gadis yang melambai-lambai kearahnya .

Qaisarah !

Qaisarah duduk disebelah kerusi Izz yang berbalut dari bahu hingga ke pergelangan tangan itu . Baseball cap milik Qaisarah tidak dapat menyembunyikan wajah mulus Qaisarah walaupun gadis itu kelihatan pucat .

She's adorable !

" She's beautiful, right ? " Ikhwan menoleh kearah lorong yang berada disebelah kirinya . Tengku Aiy's Rayyan .

Ikhwan hanya menayangkan poker face . Malas hendak melayan lelaki itu .
" Kau kalah , Qaisarah aku punya . Trust me " Rayyan menghiasi wajahnya dengan senyuman yang sukar ditafsir .

" Get ready " Jerit guru yang bertugas selaku pengadil yang berada ditepi track itu .

" On your mark "
"Get set"
"GO!"

Rayyan pecut pada awal larian , Ikhwan yang melihat itu hanya tersenyum . Kedengaran pelajar-pelajar yang berada di astaka itu bersorak kuat .

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now