Bad boy Bad mafia 🔕
Ikhwan menendang-nendang batu kecil yang berada didepannya sambil menyandar pada Superbike miliknya .
Setelah beberapa ketika , dia mendengar bunyi tapak kasut milik gadis kegemarannya melangkah kearah dirinya .
Ikhwan memandang Qaisarah .
Gadis itu kelihatan begitu cantik . Knitwear berwarna hitam yang di' tuck-in pada seluar jeans denim's . Wajah yang hanya mengenakan makeup yang natural itu membuatkan Qaisarah tampak lebih menawan .
" Hai Ikh , sorry buat ikh lama tunggu .." Ucap gadis kegemarannya itu .
" It's okay , tak lama pun . Come , aku pakaikan kau helmet" Ikhwan menarik hujung lengan baju Qaisarah supaya lebih mendekatinya . Helmet itu disarungkan ke kepala Qaisarah .
" Kau ok ke kalau kita naik superbike aku ni je ?"
Soal Ikhwan kepada Qaisarah . Risau gadis itu tidak selesa ." It's ok , lagipun sarah tak pernah naik superbike ni . Nak juga ada pengalaman naik motor ." Ikhwan tersenyum mendengar kata-kata Qaisarah . Gadis itu bukan jenis yang memilih dan cerewet .
" Ok jom" Qaisarah memeluk pinggang Ikhwan apabila tubuhnya sudah duduk diatas superbike itu . Throttle motor itu dipulas dan membelah jalan .
Ikhwan dan Qaisarah melangkah masuk ke dalam AEON mall bersama-sama .
" How if , kita makan dulu lepas tu kita cari present untuk mama . Boleh ?" Soal Ikhwan pada Qaisarah .
" Boleh , lagipun saya tengah lapar ni , hehe" Sengih Qaisarah . Tadi pagi dia terlalu sibuk memilih pakaian untuk dipakai keluar bersama Ikhwan pada hari ini sehingga tidak sempat bersarapan .
Ikhwan menarik hujung lengan baju Qaisarah untuk meletakkan tangan Qaisarah pada bajunya supaya Qaisarah memegang hujung denim jacket miliknya .
" I can't hold your hand sebab kita belum halal so , halal jacket ?" Qaisarah ketawa mendengar kata-kata Ikhwan .
Apa dia fikir ni drama Sweet dreams perlu ada halal jacket bagai ?
Qaisarah hanya membiarkan Ikhwan dengan halal jacketnya . Namun , tetap juga Qaisarah memegang hujung denim jacket itu .
Ikhwan membawa Qaisarah ke restoran Hanamaru Udon . Restoran yang terkenal pada masa itu .
Tempat duduk yang paling hujung ditujui , restoran itu agak bising jadi mereka memilih tempat yang agak tertutp . .
Ikhwan menarik kerusi untuk Qaisarah agar kelihatan lebih romantik .
Setelah memesan makanan , Ikhwan memulakan bicaranya .
" Kau ada idea tak untuk present mama ? aku bingung . Tahun lepas dah belikan handbag untuk dia , takkan tahun ni nak beli benda yang sama juga . Help me please , babyyy " kata IKhwan sambill meleret . Sengaja matanya dikelip-kelipkan untuk memujuk Qaisarah supaya membantunya berfikir .
Muka Qaisarah merah kerana blushing dipanggil begitu oleh Ikhwan .
" Bagi saya , tak perlu lah awak beri dia hadiah yang mahal-mahal . Cukup lah hadiah yang boleh mama awak ingat hadiah tu sampai bila-bila" Jelas Qaisarah dengan lembut sambil memandang mata ikhwan .
YOU ARE READING
Bad Boy Bad Mafia
Teen Fiction+ Bad boy , Mafia , gangster , delinquent , troublemaker , legend skip class , legend fly . + He's also , pencuri hati first class , hot stuff sekolah , good singer , chocolate boy and milk delivery boy . Start : 19 NOV 20K8 End : ?♡ All right res...