BBBM 5

5.1K 243 14
                                    

Bad boy Bad mafia 🔕

Sengaja Qaisarah meminta turun dihadapan pintu pagar sekolah .

Farhan pula disuruh meletakkan keretanya didalam kawasan Student Parking dan dia menunggu dihadapan pagar sekolah .

Nasib baik belum ramai pelajar yang datang kesekolah masa itu .

" Dah , jom . Sarah hantarkan ke pejabat je kan ? " Farhan hanya menonong jalan tanpa membalas soalan Qaisarah .

" Farhan ! Ikut sini lah , itu jalan nak ke kantin " Dengan serta merta Farhan pusing ke kiri . Telingganya sudah merah , malu .

" Tu lah , orang nak tolong .. Dia pula tunjuk muka poyo , kan dah malu " Qaisarah masih lagi mentertawakan Farhan .

Sambil mereka berjalan ke pejabat sekolah , Farhan asyik dilirik oleh pelajar - pelajar perempuan disekolah itu . Senior mahupun junior , semua tak lepas pandang Farhan .

" Tak sangka , ramai peminat rupanya " Qaisarah mengusik Farhan sambil mengangkat-angkat keningnya .

" Eh , kau tak tahu ke ? aku lah yang paling famous dalam batch kita . Dah lah famous , handsome , pandai pula tu " Menyesal Qaisarah puji .

" Hm , masuk bakul angkat sendiri " Farhan tertawa mendengar sindiran Qaisarah . Begitu juga Qaisarah , mereka ketawa bersama-sama

" Ni ke pejabat ? " Soal Farhan ketika berdiri dihadapan sebuah pintu .

" Ha'ah , masuk je . Nak Sarah tunggu lagi ke ? " Farhan hanya mengangguk kemudian dia melangkah masuk .

Qaisarah membuka buku teks Addmathnya dan dibaca bab yang akan mereka pelajari pada hari itu .

Setelah beberapa minit Farhan keluar daripada pintu pejabat itu bersama sebuah Fail .

" Kelas aku 5 SainsI , sama dengan kau kan ? " Qaisarah mengangguk laju . Mereka mula menapak pergi ke kelas mereka .

Nampak nya kelas kosong lagi .

" Duduk belakang Sarahlah , belakang ni memang kosong . " Ucapan Qaisarah disambut laju dengan angukkan Farhan .

Beg berjenama Adidas milik Farhan diletakkan diatas kerusi . Mereka mula berbual-bual kosong sehingga kelas mereka hampir penuh dengan classmate mereka .

Ada yang menegur Farhan , ada pula yang buat tak tahu , ada juga yang hampir gila . Nak tahu siapa yang hampir gila ?

Dahlia Mikayla .

" Weii ! Serious lah dia Farhan ? Abang Tiri kau? " Nak je aku lempang mulut Dahlia ni .

" Kau boleh cakap perlahan sikit tak ? Farhan tak nak orang tahu yang kami ni adik beradik ! " Qaisarah menjegilkan matanya .

" Alah , Sorry lah Sarah . Aku janji aku tak bising-bising . Tapi serious dowh ! Abang kau sumpah hensem . " Dahlia bagaikan cair melihat Farhan .

" Mata warna hitam pekat , hidung mancung , bibir dia tunjuk dia tak merokok , bulu mata lebat , rambut hitam pekat , kening .. " Belum sempat Dahlia memuji Farhan dengan lebih lanjut .

Farhan sudah pusing menghadapnya . Jantung Dahlia seakan mahu pecah melihat senyuman yang diberikan oleh Farhan kepadanya .

Habis mukanya merah malu . Qaisarah yang berada disebelahnya hampir nak muntah nampak muka Dahlia merah malu .

Kalau lah Farhan tahu perangai tak semengah minah ni . Mahu dia lari 100 hektar dari Dahlia ni . Qaisarah gelak jahat dalam hati .

Kepalanya mengeluarkan tanduk , senyuman pula dihiasi dengan sinisan .

" Dahlia ! Kumbanggggg ! " Muka dahlia terkejut beruk mendengar jeritan Qaisarah

" MAKKKK !!! AMPUN KAN LIA !! MANA SARAH ? " Kedua buah belah kaki dibawa lompat ke atas meja nya .

Qaisarah gelak terbahak-bahak . " Wei , dah wei . a- aku HAHAHAHAHHA.. Aku tipu je la weiiii ! " Hujung tubir mata disapu . Perutnya pula ditekan-tekan .

Beruntung punya kawan . Nasib Dahlia pakai baju pj memandangkan hari ini mereka ada mata pelajaran pendidikan jasmani .

" Wei sumpah dowh ! Aku sumpah kau , jatuh turun tangga aku " Dahlia menahan malu apabila Farhan ketawa kecil melihat telatah Dahlia .

" Dahlia , Kumbang dah lari . Lebih baik kau turun sebelum ' Mak kumbang ' yang masuk .. Dia dah Otw tu " Kenyataan Ifran selaku ketua kelas disambut gelak tawa mereka semua . Mereka tahu Irfan memaksudkan Miss Lilly kerana wanita tua itu sering memakai baju yg berbentuk polkadot .

Dahlia terus menampar bahu Qaisaah sebaik sahaja dia turun daripada meja .

" Aku sumpah kau wei , jatuh tangga nanti " Dahlia memeluk tubuh seakan merajuk .

" Wei , jangan la merajuk .. Tak comel la macam ni " Qaisarah memeluk tubuh Dahlia dari tepi . Dahlia membalasnya juga . Aw ! So sweet !

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now