BBBM 24

1.9K 190 20
                                    

Bad Boy Bad Mafia 🔕

Qaisarah turun bersama dress lengan panjang dan menutupi pergelangan kaki berwarna putih , tudung shawl pemberian Ikhwan dililit kemas kebelakang  . Qusairy yang baru sahaja ingin naik ke biliknya terkaku melihat Qaisarah turun .

" Kau nak pergi mana lawa-lawa ni dik ?" Soal Qusairy bersama cawan ditangannnya .

" Birthday party mama Ikhwan" jawab Qaisarah ringkas . Malas hendak melayan abangnya itu , makin lama dia berdiri disana , makin banyak soalan yang akan diajukan .

" Nanti tolong bagitau mama , sarah nak gerak dah" Tangan abangnya dicapai dan cium . Kakinya melangkah ke arah pintu  .

Apabila Qaisarah membuka pintunya , kelihatan wajah kacak Ikhwan yang memakai kot berwarna putih bersama seluar yang mengikut bentuk kaki tetapi tidak terlalu ketat . Rambutnya pula kelihatan seperti curly hair taper fade .

Urh ! Kacaknya Ikhwan .

" You look so handsome" ucap Qaisarah , tidak henti matanya memandang Ikhwan .

" Thank you , you look cute too" Jawab Ikhwan sambil tersengih . Jujur dia katakan bahawa Qaisarah nampak lain pada malam itu , dia nampak matang dan cantik .

" Alah .. comel je ? cantik tak ?" soal Qaisarah sambil memuncungkan mulutnya . Matanya pula dikerdip-kerdipkan .

" HAHA , you look beautiful lah sayang" Jawab Ikhwan ikhlas . Memerah pipi Qaisarah dipanggil begitu .

" More beautiful bila kau pakai tudung" Ikhwan membuat mata 'love struck' .

Ikhwan membuka pintu kereta untuk Qaisarah . Yala , takkan nak bawa gadis kegemarannya itu
naik motor . Habis terbang dress Qaisarah nanti .

Setelah menutup pintu Qaisarah , Ikhwan bergerak ke arah tempat duduk pemandu dan mula bergerak ke rumah agam kedua ibu bapanya .

" Are you ready sayang ?" Soal Ikhwan sambil menoleh ke arah Qaisarah yang memeluk lengannya itu . Sungguh ! Gadis itu sungguh cantik !

" ya , saya dah sedia" jawab Qaisarah . Walaupun dia sedikit malu apabila Ikhwan memanggilnya dengan perkataan sayang .

Pintu rumah agam 3 tingkat itu dibuka oleh pengawal yang berada dipintu itu . Apabila pintu dibuka , bunyi suara-suara manusia yang ada didalam rumah agam itu kedengaran .

Bertambah kuat pelukan dilengan Ikhwan . Serta merta lelaki itu menoleh .

" Chill okay ? Kau akan selesa disini , kau ikut je aku" Kesian gadis itu , mungkin kerana takut dengan family Ikhwan . Lengan Qaisarah yang memeluk lengannya itu diusap perlahan , menenangkan gadis itu .

Mereka melangkah perlahan ke arah depan . Ikhwan membawa Qaisarah pergi ke tempat mama dan papanya serta beberapa lagi keluarga sebelah mamanya .

" Hai mama , happy birthday to you ." Ucap Ikhwan sambil mencium kedua buah pipi ibunya . Seraya itu menyalam kesemua manusia yang berada disekeliling mamanya .

" erm hai aunt , selamat ulang tahun" Ucap Qaisarah takut . Namun , tubuhnya ditarik erat didalam pelukan ibu Ikhwan .

" Terima kasih , kamu mesti Qaisarah kan ? Ikhwan cakap tadi nak bawa kawan dia datang" Girang wanita itu berkata . Nampak comel saja mama Ikhwan .

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now