BBBM 17

3.6K 201 4
                                    

Bad boy bad mafia 🔕

Habis saja mata pelajaran Kimia , semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pergi ke kantin . Dahlia sudah ke kantin sendiri memandangkan Qaisarah bawa bekal .

Qaisarah membuka bekalnya . spaghetti carbonara didalam bekal itu dipandang penuh berselera . Ni , semua masakan abang Qusairy . Confirm sedap !

Spaghetti carbonara itu dicucuk menggunakan garfu dan dipusingkan mengikut bentuk garfu itu . Setelah itu , spaghetti itu dimasukkan kedalam mulutnya .

Setelah memakan beberapa suap , mata Qaisarah yang meliar ke arah luar itu menangkap kelibat Ikhwan yang lalu dihadapan kelasnya .

Namun , Ikhwan hanya memandangnya sekilas dan meneruskan perjalanannya .

' Aik ? dah kenapa Ikhwan tu ?'

Spaghetti yang dimasukkan kedalam mulutnya itu serasa tawar , pahit . Bekal itu ditutup semula menggunakan penutupnya . Semuanya , Tawar ..

•••

Ikhwan berjalan sendirian di koridor kelas . Malas hendak menyertai Izz ke kantin . Tiada selera .

Pelbagai benda yang bermain dibenak fikirannya sekarang ini . Apabila berada dihujung koridor dan betul-betul dihadapan kelas Qaisarah . Dia menoleh seketika .

Gadis kesayangannya itu sedang bersendirian didalam kelas sambil memakan bekalnya . Apabila Qaisarah menoleh , dengan segera Ikhwan berlalu pergi .

Kalau bukan sebab amaran yang diberikan kepadanya , sudah lama dia pergi menemani Qaisarah yang sendirian didalam kelasnya .
.

Ikhwan melangkah masuk kedalam Rumah agam 5 tingkat milik keluarga Illhiam Hildebrand . Pengawal yang berada dipintu itu membukakan pintu untuknya .

Mamanya yang berada didalam taman bunga itu dituju . Wanita yang cantik itu sibuk menggubah bunganya .

" Ma , Ikh datang ni " Sejurus itu , tangan tua itu disalam dan dicium lemhut . Seterusnya , pipi wanita itu pula dicium kiri dan kanan .

" Lama Ikhwan tak jenguk mama disini . Ikhwan tahu tak yang mama rindu Ikh ? " Ikhwan menarik mamanya diarah gazebo yang berada bersebelahan dengan taman bunga mamanya .

" Ikh sibuk , Ma . Bukan Ikh taknak jenguk mama . Tapi Ikh malas nak jumpa papa . Macamlah mama tak tahu perangai papa tu . Setiap kali Ikh datang sini , benda yang sama saja papa kata . Ikh bosan nak dengar ma , asyik nak suruh Ikh pindah ke rome je " Ikhwan mencicip Hot chocolate yang sedia ada didalam teko kecil itu lalu mencicipnya .

Belum sempat Puan Serrah ingin membalas , perbualan mereka diganggu oleh pembantu rumah mereka.

" Maaf puan . Tapi tuan panggil Ikhwan untuk pergi ke pejabatnya . " Ikhwan yang mendengar itu menggusutkan rambutnya . Stress !

" Ikh naik dulu ma . " Ikhwan melangkah naik setelah menghabiskan hot chocolate . Lif yang berada ditepi tangga itu ditekan untuk naik . Setelah itu , nombor-nombor kecil yang berada ditepi kotak lif itu ditekan . Angka tiga ditekan . Lif itu perlahan-lahan naik .

Bad Boy Bad MafiaWhere stories live. Discover now