Author's POVSuasana di kediaman Kim pada malam itu sungguh hening dan sepi. Hanya bunyi sudu dan garfu yang berlaga pada pinggan sahaja kedengaran.
"Taehyung". Panggil Tuan Kim seraya memandang anak lelakinya itu. Namun apa yang dia dapat hanyalah palau dan palau.
"Oppa, appa panggil tu". Peha Taehyung dicubit sekilas oleh adik perempuannya, Kim Jisoo. Nak tak nak, dia terpaksa juga pandang appanya.
"Mwo?"
Tuan Kim menggelengkan kepalanya.
"Cakaplah sesuatu pada bakal isteri kamu ni. Berkenalan ke apa". Ujar Tuan Kim sambil memandang perempuan yang duduk bertentangan dengan Taehyung.
Taehyung memandang Bae Joohyun atau lebih senang, Irene dengan mata dinginnya. Nak cakap dengan dia? Please lah, tak berminat.
"Aku tak nak kahwin dengan kau". Itu yang terpacul keluar dari mulut Taehyung. Muka Irene memerah dek malu, sedih dan marah.
"Kim Taehyung! Kamu sedar tak kamu cakap apa!". Tuan Kim meninggikan suaranya.
"Aku cakap aku tak nak kahwin dengan dia. Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?
Kau gunakan aku untuk dapatkan harta, kenapa tak kau je yang kahwin dengan perempuan ni. Kau kan suka layan perempuan-""KIM TAEHYUNG!". Tuan Kim menghentak meja tapi Taehyung hanya buat selamba. Sudu diletakkan diatas pinggan lalu dia bangun. Jisoo hanya perhatikan tingkah laku abangnya. Irene pula sudah tertunduk.
"Kim Taehyung, appa tak habis lagi cakap dengan kamu!"
"Aku tak ada mood nak cakap dengan kau". Taehyung terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Tuan Kim merengus geram sambil menggeleng beberapa kali.
"Maafkan uncle ya Irene. Taehyung memang macam tu, keras kepala sikit. Kan Jisoo?".
Jisoo hanya diam tidak mahu mengiyakan. Lantak kau nak cakap apa, aku tak nak support.
"Takpelah uncle, Irene tak kisah. Lama-lama dia okay lah tu. Saya pun dah lambat ni. Saya balik dulu ya?". Irene mengukir senyuman manis di depan Tuan Kim dan Jisoo. Jisoo hanya balas dengan jelingan.
Fake
"Baiklah. Nanti uncle try pujuk Taehyung untuk kahwin dengan kamu. Uncle janji". Tuan Kim membalas senyuman Irene. Irene mengangguk laju dengan janji Tuan Kim.
Jisoo bangun dari kerusi lalu naik ke atas. Menyampah pulak duduk situ lama-lama.
"Saya balik dulu"
***
Kreak....
Pintu bilik Taehyung dibuka. Jisoo berjalan ke arah Taehyung yang sedang duduk meraup muka di birai katil lalu melabuhkan punggungnya disisi abangnya.
"Oppa..". Panggil Jisoo menyentakkan lamunan Taehyung.
Taehyung memandang Jisoo yang sedang pegang bahunya.
"Oppa okay?". Soalan Jisoo hanya dibalas dengan anggukan kecil.
"Jisoo minta maaf sebab tak dapat buat apa-apa. Bukannya Jisoo setuju oppa dikahwinkan dengan perempuan tu. Kalau ikutkan Jisoo nak je bantah. Tapi Jisoo tak mampu". Ujar Jisoo perlahan.
Taehyung tersenyum nipis.
"Gwaenchana. Aku faham. Aku tak kisah, bukan salah kau pun. Kau tak ada kena mengena dalam hal ni. Orang tua tu je yang menyemak-"
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...