Warn•14 : Encik Lif

2.1K 206 28
                                    


Author's POV

"Tepat pukul 10 nanti Encik akan ada meeting dengan client dari syarikat Avril Lavigne's Perfume. Pukul 1.30 pula Encik akan pergi melawat port baru di Salimon Boutique. Erm, itu sahaja untuk hari ini". Ujar Aejeung membaca segala isi didalam buku catatannya.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu". Aejeung menunduk hormat sebelum melangkah untuk keluar.

"Wait Aejeung". Panggilan Taehyung menghentikan langkahnya.

"Ya?"

Taehyung diam untuk beberapa saat. Nampak gaya macam tengah fikir sama ada nak cakap ataupun tidak. Aejeung mengangkat keningnya.

"Kau free tengahari nanti?". Soal Taehyung membuka mulut.

"Dae? Oh, tengahari ni, Tak rasanya... kenapa?"

Taehyung mengangguk.

"Kalau macam tu, nanti kau ikut aku pergi lunch dan lawat port baru tu"

Apa function dia tanya free ke tak. Dia tetap suruh ikut juga.

"Tapi Encik, Encik baru je bagi saya 29 draft untuk saya check grammatical error sebelum di print dan dihantar ke Avril Lavigne's Perfume esok-"

"No buts, sekarang ni siapa majikan? Aku ke kau?"

"Encik..". Aejeung mengemam bibir bawahnya. Aish! Kalau dia ikut, bilanya dia nak siapkan semua draft belambak tu??

"Good. Kau boleh keluar sekarang".

Aejeung sekadar menurut dan menapak keluar. Mejanya terus dituju lalu dia duduk diatas kerusi. Jam kecil diatas mejanya dikerling, sudah pukul 9:30 a.m. dan lagi setengah jam Taehyung akan ada meeting dengan clientnya.

Pendrive terus disambung pada komputernya lalu 29 draft tadi dibuka. Sekarang apa yang dia perlu buat, semak satu demi satu perkataan supaya tiada grammatical error bab kata Taehyung.

Dan dia perlu buat itu sepantas dan secekap mungkin.

Papp!

Dua buku fail besar diletakkan diatas meja. Aejeung mengangkat kepala melihat pemilik tangan yang meletakkan fail itu.

Lee Dayeon

"Newbie, ini kerja tambahan untuk kau. Siapkan semua benda ni dan minta tandatangan Taehyung. Dah siap, letak atas meja aku ok?"

Belum sempat Aejeung membuka mulut, Dayeon laju memotong.

"Oh ya! Kerja ni kena siap awal tau. Sebab pagi esok dah kena hantar ke bahagian pengurusan projek. So, wish u luck newbie". Dayeon tersenyum sinis sebelum beredar ke mejanya semula.

Aejeung terdiam tidak berkutik.

"Lahanat". Perkataan itu terkeluar dari mulutnya. Sememangnya dia tak percaya dengan apa yang baru dia dapat. Jadi Dayeon tu cuma makan gaji buta lar?

Fail tadi dikerling.

"Bapak... tebal siot". Dibelek-belek fail itu dengan pandangan tidak percaya.

"Jadinya, aku kena siapkan benda ni, dengan draft tadi tu? Pergh, fikir aku ni pakai otak bercip ke sia nak buat kerja banyak macam hanat. Nak esok pulak tu- huhh!". Fail tadi dihempas kuat dengan dadanya berombak.

Dia melirikkan mata memandang meja tempat Dayeon duduk. Perempuan itu sedang mengorat salah seorang staff lelaki yang agak tampan mukanya. Kalau tak silap, namanya Park Chanyeol.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now