Author's POV"Aku suruh kau curi duit dia je. Bukan cederakan dia. Bodoh!"
Bangg!!!
Darah pekat mengalir keluar dari kepala milik Oh Sehun. Tanpa sempat lelaki itu menjelaskan apa-apa, nyawanya sudah melayang. Kejam sekali orang ini.
"Bawak dia keluar!". Tengking Taehyung pada orang suruhannya. Mereka hanya akur dan menyeret mayat Sehun keluar dari bilik itu.
"Bodoh. Aku suruh lain, lain yang dibuat!". Makinya lagi. Uncle Lim yang berdiri di tepi sejak tadi hanya mendiamkan diri.
Drrttt drrtttt
Telefonnya berbunyi, pantas dia mengangkat setelah melihat nama pemanggil.
"Er... hello?"
Taehyung membetulkan tali lehernya yang senget tadi. Sapaan tersebut hanya dibalas dengan gumaman Taehyung.
"Ehem, Encik Taehyung kan? Saya tak salah nombor kan? Saya dapat nombor ni dari Sora, P.A lama Encik"
"Straight to the point. Ada apa call aku". Soal Taehyung terus. Nampak sangat yang dia tak mahu berbual lama dalam panggilan namun hatinya berkata sebaliknya.
"Em, sebenarnya saya cuma nak beritahu yang esok saya akan masuk kerja seperti biasa—"
"Jadi?". Tanpa sempat perempuan itu habis bercakap, Taehyung sudah memotong.
"Jadi... Encik marahkan saya ke sebab pagi tadi? Ye lah, saya jatuh lagi depan Encik macam orang tak cukup zat. dan mungkin dah langgar etika dan protokol sebagai P.A Encik yang Encik nyatakan sebelum ni. Saya cuma takut saya di denda lagi teruk dari sebelum ni. Encik maafkan saya eh? Saya betul-betul tak sengaja nak jatuh depan Encik tadi—"
Tanpa sedar, Taehyung tersenyum kecil. Yang hanya perasan perubahan itu Uncle Lim sahaja. Terkejut juga dia lihat Taehyung tersenyum walhal dia baru lepas membunuh orang.
Kebiasaannya dia akan minum alkohol untuk hilangkan stress. Ini bergayut di telefon pun sudah berkesan? Pelik!
"Hello, Encik?"
"Esok lambat satu minit aku denda". Lain ditanya, lain dijawab. Itulah Kim Taehyung.
"Baik Encik! Saya janji saya datang awal!". Kata Aejeung ceria.
"Okay lah. Bye Encik Taehyung, saya nak masuk tidur ni. Jalja, mimpi saya tau!"
Taehyung terkedu. Apa benda minah senget ni mengarut.
"Hm". Itu dibalas Taehyung sebelum mematikan panggilan. Uncle Lim disebelah terus dipandang. Tersengih-sengih lelaki itu.
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Fanfiction"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...