Author's POV
Jisoo berhenti secara tiba-tiba apabila ada seorang gadis muncul dihadapannya. Dahinya berkerut. Mana tidaknya, sekarang dia berada dihadapan hutan mahu pulang semula ke dunia sebenar. Tiba-tiba saja gadis itu ada dihadapannya.
"Hannah..". Sebut Jisoo perlahan.
Hannah, dayang Istana yang cukup dikenali dengan kecantikannya. Namun dayang itu merupakan seorang yang pendiam. Agak susah dia mahu membuka mulut.
"Apa awak buat dekat sini?"
"Tuan Puteri mahu pulang ke sana?". Soal Hannah laju.
"Eo? Hm..". Jawab Jisoo dengan anggukan kecil.
"S-saya ada sesuatu mahu sampaikan pada Tuan Puteri..".
Jisoo mengangkat kening tanda menyuruh gadis itu meneruskan ayatnya.
"Sa—". Belum sempat Hannah meneruskan kata-katanya, sudah ada satu busur panjang yang menembus pada badannya.
Jisoo yang terkejut terus menyambut badan Hannah yang mahu rebah. Matanya bertukar warna mahu mencari arah datangnya busur itu.
Matanya tertumpu pada satu figura yang sedang melarikan diri di dalam hutan. Baru sahaja dia mahu mengejar tapi cepat ditahan Hannah.
"P-puteri.."
"Hannah, kita kena ke Istana sekarang. Keadaan awak teruk ni—"
Hannah menggeleng. Tekaknya terasa perit apabila termuntah darah dari mulutnya.
"Cataóla dalam bahaya. Mereka sudah kembali, m-membawa dendam beribu tahun yang lalu. Puteri harus cari keturunan Permaisuri Yaa'lina—"
"Keturunan? Tapi kenapa?". Soal Jisoo cemas.
"D-dia dan Putera harus bersama menentang mereka. S-sekali keturunan Permaisuri itu dibunuh, Cataóla akan jadi milik mereka.."
"H-hannah.. tapi saya tak tahu siapa—"
"P-puteri Ebina.. itu nama panggilannya di sini. Dia tinggal di dunia sana dengan nama lain. Cari permata yang bersama dengan dia, dan sa—"
Mata Hannah perlahan-lahan terkatup rapat. Jisoo memejamkan matanya, berasa pilu dengan situasi dihadapinya.
Tangannya naik memegang busur yang masih terpacak di badan Hannah. Busur tersebut digenggam kuat sehingga menjadi abu hitam yang berterbangan.
Kelopak matanya dibuka sehingga mata merahnya kelihatan.
"Cataóla tak akan jatuh dalam tangan sesiapa—"
***
Fail-fail dikemas selepas komputer ditutup. Aejeung pastikan sekali lagi kira-kira ada benda penting yang tertinggal.
Tiada.
Dengar mejanya diketuk, Aejeung mengangkat wajah. Jieun sudah berdiri dihadapan mejanya bersama kunci kereta di tangan.
"Free tak? Kalau free akak nak ajak dinner sekali..". Pelawa Jieun sambil kunci ditangannya digoyang kiri kanan.
"Ouh, kejap. Saya try call abang saya dulu—". Telefon dikeluarkan dari handbag lalu nombor Jungkook didail.
"Hello, ha pe kau nak"
"Kau dekat rumah ke kat kedai lagi?"
"Rumah ler. Dah tadi kau suruh aku amik Miyun kat taska"
"Eh haah. Btw, kawan sekerja aku ajak dinner. So aku balik lambat hari ni. Kalau kau nak makan, dalam peti sejuk ada lauk semalam. Panaskan je—"
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Fiksi Penggemar"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...