Warn•48 : Last Stage

1.4K 163 48
                                    

Author's POV

KABAAMMM!!!

Kuat, badan milik Taehyung terhempas ke dinding. Kesan retakan yang amat dalam menunjukkan betapa kuatnya serangan demon itu terhadap Taehyung.

"Itu sahaja yang kau ada Tuan Putera?? Inikah bakal Raja Vampire suatu hari nanti?? Sangat lemah"

Taehyung bangun, nafasnya turun naik laju dengan terdapat darah mengalir ditepi bibirnya. Satu badannya juga tidak terlepas dari tercedera.

"Tch". Sekali lagi Taehyung mara untuk berlawan. Segala tenaga dikerah sekuat yang boleh.

Sehingga satu masa, tiga bebola api yang sungguh besar seperti sebuah kereta muncul di atas langit.

Jungkook berlari mendapatkan Aejeung. Badan adiknya dipeluk erat.

"T-taehyung.."

BAAMM!! BAAMM!!! BAAMMM!!!!

Tiga serangan kuat itu membuatkan badan Taehyung melayang tergolek ke sebelah mereka. Aejeung menutup mata rapat.

"Taehyung!!!!"

Taehyung terbaring lemah. Dia sedar, namun tenaganya 99% habis. Buka mata pun dia tidak mampu.

"HAHAHAHAH tak sangka begitu mudah mahu tumpaskan kau"

Demon itu mengalihkan pandangannya pada Aejeung.

"Dan kau, aku akan hapuskan kau, generasi terakhir Angel"

Aejeung menolak kuat tangan Jungkook. Dia berlari ke arah Taehyung.

"Aejeung!". Jungkook turut sama mengejar dari belakang.

"Taehyung.. Taehyung, tolong sedar. Awak tak boleh mengalah sekarang. Kami semua perlukan awak"

Taehyung membuka matanya perlahan.

"Ae..jeung"

"Taehyung! S-syukur awak sedar"

"Aejeung, dia dah lemah, kita—". Sampuk Jungkook dibelakang.

"Bagitahu, macam mana nak bagi dia tenaga semula. Mesti ada caranya!"

"Ada.. tapi—"

"Apa? Bagitahu, aku sanggup lakukan apa saja, please Jungkook"

"K-kau perlu bagi separuh darah kau pada dia. Tapi terlalu bahaya Aejeung, berkemungkinan kau pula yang tak dapat hidup"

"Aku akan bagi". Tegas Aejeung seyakinnya.

"Tak! Aejeung, nyawa kau—"

"Aku tak kira! Diorang semua dah berkorban untuk aku! Aku juga mahu lakukan benda yang sama Jungkook!". Air mata Aejeung menitis, melihat Surin dan Jisoo sekilas.

Jungkook menunduk lemah. Mukanya diraup.

"Aku tak nak kehilangan adik aku pula Aejeung"

"Jungkook, percaya aku. Aku akan okay. Aku tak akan tinggalkan keluarga yang aku sayang,"

Jungkook menghela nafas berat.

"Baiklah"

Aejeung tersenyum kecil. Pandangannya kini beralih pada Taehyung. Kepala Taehyung diletakkan pada lehernya.

"Ambil darah saya Taehyung, awak perlukannya"

"T-tak Aejeung. Aku tak boleh—". Bisik Taehyung lemah.

"Ini permintaan terakhir saya Taehyung. Tolong, demi kita semua. Awak perlu lakukannya"

Taehyung diam seketika.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now