Author's POV
Brek kereta ditarik. Tidak menunggu masa lama, Aejeung dan Taehyung turun dari kereta. Terlihat Surin yang sedang menyidai baju di luar rumah.
"Surin unnie..". Aejeung berjalan ke arah Surin lalu tubuh kecil wanita itu dipeluk. Tangisan dihamburkan.
"Eo.. Aejeung-ie.! Waerae??". Soal Surin, menjatuhkan boxer Kangju yang mahu disidainya.
"Miyun..".
Riak Surin terkejut apabila ternampak Taehyung, namun cepat dikawalnya. Taehyung sendiri tidak kenal dengan Surin, Jisoo yang suruh bawa Aejeung ke situ.
Surin sekadar menunduk hormat dan meleraikan pelukan Aejeung.
"Kenapa dengan Miyun?".
Aejeung menggeleng, air matanya diseka.
"Dia diculik. Unnie, tolong Aejeung cari dia..". Rayu Aejeung. Surin mengangguk faham.
"Tuann!!". Panggil Surin dari luar rumah. Tidak lama, muncul Kangju di pintu dengan wajah tertanya-tanya.
"Miyun kena culik. Jom cari dia". Kata Surin cukup untuk didengarinya. Kangju sememangnya sudah mengetahui perkara itu kerana diberitahu Surin sejak awal lagi.
"Tapi macam mana?"
Itu yang sedang difikirkan Surin sejak tadi. Cara untuk selamatkan Miyun.
Perlu ke dia beritahu Aejeung tentang kewujudan puaknya? Bagaimana nak selamatkan Miyun tanpa beritahu Aejeung rahsia mereka?
Buntu
***
"Jieun unnie.. k-kenapa ikat Jungkook?". Soal Jisoo, pada masa yang sama masih terkejut dengan keadaan Jungkook yang serupa tebusan.
"Oh? Nak jawapan ke? Kejap unnie fikir. Em suka hati unnie lah. Jisoo kenapa nak sibuk hal unnie. Dah pergi balik!". Halau Jieun kasar.
Jisoo pandang Jungkook dengan pandangan gusar.
"Unnie.. lepaskan dia"
Jieun tergelak sinis.
"Soo mengarut apa? Unnie tahulah apa yang unnie buat. Jangan sibuk boleh tak? Pergi balik-"
"Sirheo. Selagi unnie tak lepaskan dia, selagi tu Soo tak pergi". Jisoo melangkah masuk lebih dalam, berhadapan dengan Jieun. Jungkook sudah menggeleng lemah.
"Degilnya Soo sekarang. Kenapa eh? Sebab lelaki ni? Hey perempuan, dengar sini. Dia ni akan berkahwin dengan aku tak lama lagi. Adik dia sendiri yang perkenankan dia dekat aku. Kau? Boleh berambus!"
Perkataan 'perkahwinan' buatkan Jisoo terkedu namun niatnya sekarang hanya untuk selamatkan Jungkook.
"Itu bukan masalah Soo sekarang. Kenapa unnie buat macam ni? Apa salah dia? Dan unnie... kenapa nak bunuh Tae oppa sekali. Kenapa unnie berubah..?"
Jieun tersenyum.
"Oh kau dah tahu? Good. Ya, aku memang berubah. Aku yang langgar Taehyung. Dulu kita memang rapat macam keluarga kandung. Aku sayang kau, kau sayang aku. Tapi sekarang tak. Nak tahu sebabnya?"
Jisoo terdiam. Matanya mula bertakung air. Tidak sangka, Jieun yang sudah dianggap seperti kakak kandung, berubah sepenuhnya.
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Hayran Kurgu"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...