Warn•60 : She's mine

1.2K 142 62
                                    

Author's POV

"Sayang, bangun". Lembut saja suara itu. Bak angin lalu yang mendayu…

Ecehhhh

"Kenapa mama? bukan Miyun cuti ke harini?". Ujar anak kecil itu, mengosok kedua belah matanya.

"Ya memanglah cuti. Cuma hari ni mama nak pergi bercuti—"

"Bercuti?!". Mata Miyun segar serta merta. Aejeung sekadar mengangguk.

"Dekat mana mama? Miyun tak sabar ni"

"Rahsia~ Miyun bersiap je dulu okay?"

"Okayy!!"

Miyun terus turun dari katilnya, berlari ke bilik air. Aejeung tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.

"Sora,  bawa dia keluar"

"Awak... halau saya?"

Senyuman Aejeung hilang. Dilihat telefonnya. Satu pun mesej dari Taehyung tiada. Call apatah lagi.

Mungkin Taehyung memang mahu akhirkan hubungan mereka.

Wanita itu bangun dan beredar.

***

"Dia ni dah kenapa?"

Surin menoleh ke arah Kangju. Cermin matanya ditolak naik atas batang hidung. Tangannya memeluk tubuh.

"Menurut apa yang Surin lihat, dia dah terkena ‘sakit cinta’". Tubuh Taehyung yang terbaring lemah dilihat kembali.

Lesu,  bibir pucat. Selimut tebal dipakai menutup satu badan. Sekali pandang macam orang kena demam kritikal.

"Sakit cinta?"

Surin mengangguk.

"Sekarang dah seminggu dia tak berjumpa dengan Aejeung.Vampire, tak boleh berjauhan dalam masa yang aaaagak lama dengan Soulmatenya. Lagipun darah Aejeung ada dalam badan dia. Ini bermakna—"

"Bermakna..?"

"Dia perlukan darah Aejeung untuk sembuh"

Suasana sunyi seketika.

"A-aejeung..". Taehyung mengeluh. Tangannya meraba sekeliling sehingga tersentuh dengan tangan Kangju. Terus Kangju menjauhkan dirinya.

"Ini dah parah"

Surin tergelak kecil melihat muka Kangju yang cuak.

"Tak ada cara lain ke?"

"Hmm, cara lain.. ada. Tapi Surin takut dia pulak berubah"

"Berubah macam mana?". Soal Kangju.

"Pertama, daripada seorang yang dingin.. dia akan menjadi lebih dingin. Angin dia berubah kepada angin monsun timur laut. Bahaya tu. Kedua, dia akan jadi ‘obses’ dengan Aejeung. 24 jam berkepit tak berenggang. Dan yang terakhir.. lebih bahaya bila—"

Kangju mengangkat keningnya menunggu Surin untuk menyambung ayat.

"Dia mudah terangsang"

***

"Ah-a-aau-auuu ssakitt halmeonii—". Terjengket-jengket Jungkook apabila telinganya ditarik keatas. Daripada warna putih, kini kulitnya bertukar merah.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now