Author's POV"Kenapa Miyun tak sekolah Mama?". Soal Miyun menghentikan Aejeung dari memotong apple untuknya.
"Miyun ingat lagi tak ahjussi yang teman Miyun waktu mama pergi toilet—"
"Ingat! Papa kan!"
Aejeung putarkan biji matanya ke atas.
"Mama dah bagitahu kan, dia bukan papa Miyun". Ujar Aejeung tegas dan kembali memotong buah ditangannya.
"Tapi Miyun nak dia jadi papa—"
"Miyun..". Suara Aejeung didalamkan memberi amaran kepada anak kecil itu.
"Miyun ada papa kook seorang je pun dah cukup sepatutnya. Berapa banyak ayah yang Miyun nak?". Soal Aejeung.
Miyun tundukkan kepalanya. Jarinya saling berlaga antara satu sama lain.
"Tapi... Miyun nak papa yang boleh teman Miyun setiap kali Miyun bosan. Papa Kook asyik keluar pergi kerja jadi—"
"Miyun. Mama tak suka Miyun cakap macam tu. Apa jadi kalau Papa Kook dengar? Mesti kecil hati dia kan?"
Miyun mengemam bibirnya.
"Miyun minta maaf..". Ujarnya perlahan. Mata dikelipkan beberapa kali. Aejeung mengeluh perlahan. Mata dipejam seketika.
Dia berhenti memotong apple dan pergi ke arah Miyun. Badannya direndahkan sedikit menyamakan tingginya lalu rambut budak perempuan itu diusap lembut.
Nafas berat dihela.
"Miyun-ah. Mama tak marah pun sayang. Cuma mama mohon jangan minta sesuatu yang mustahil mama boleh tunaikan okay?". Lembut Aejeung berbicara.
"Emm..". Miyun mengangguk kecil. Tapi wajahnya masih masam mencuka.
"Huhh, okay fine. Mama benarkan Miyun panggil dia papa. Dengan syarat!". Laju sahaja Aejeung memotong apabila Miyun mahu membuka mulut dek gembira.
"As long as you didn't across the line. Arraesso? ".
Miyun mengangguk laju sambil tersenyum lebar. Wah, gembira sungguh dengan apa yang dikatakan Aejeung.
Tok! Tok! Tok!
Aejeung mengangkat wajahnya. Pasti majikannya itu dah datang.
"Siapa tu Mama?"
Soalan Miyun diabaikan. Aejeung terus bangun dan berjalan ke pintu. Pintu dibuka. Aejeung memandang Taehyung atas bawah. Lelaki itu pula sedang membalas text di telefon.
Hanya T-shirt lengan pendek berwarna putih. Seluar jeans, dan topi berwarna putih.
Simple
"Eo? Papa buat apa kat sini?". Suara Miyun menyentakkan Taehyung. Lelaki itu terus alihkan pandangan daripada telefon. Wajah Miyun dipandang sekilas sebelum dia memandang Aejeung.
"Kenapa tak siap lagi?". Soalnya dengan kening diangkat.
"H-huh? O-ouh. Erm masuklah dulu. Tunggu dalam. Saya nak bersiap—". Pelawa Aejeung.
Pintu dibuka lebih besar seraya memberi laluan kepada Taehyung untuk masuk. Taehyung mengatur langkah ke sofa dipimpin Miyun.
"A-awak nak air? Dah breakfast?"
"Tak perlu. Kita breakfast sama-sama kat luar. Ppalli tukar baju".
Aejeung akur, terus mengatur langkah ke tingkat atas. Membiarkan Miyun bersama dengan Taehyung di ruang tamu.
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Fanfic"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...