Warn•50 : Wake up

1.5K 180 42
                                    

Author's POV

Suasana ketika itu hanya mendung, seakan faham isi hati manusia yang jelasnya sedang bersedih. Taehyung meletakkan tongkatnya ke tepi lalu dia duduk melutut disitu.

Wajahnya didongak memandang bingkai gambar adiknya yang sedang tersenyum. Matanya bergetar menahan air mata lelakinya dari jatuh.

Mengimbas kembali detik mereka bersama, membesar dari kecil. Penyesalannya ketika lebih memilih perempuan lain berbanding adik kandungnya sendiri. Betapa kuatnya gadis itu.

Taehyung menunduk. Seketika dapat didengari esakkan kecilnya. Manusia yang berada disitu hanya memandangnya sayu.

Tuan Kim? Dia turut ada disitu. Walaupun mukanya agak bersahaja namun jauh didalam hatinya, masih terdapat rasa kasih sebagai seorang ayah walaupun dia cuma ayah tiri pada adik beradik itu.

Taehyung terus menerus mengesak tangisi pemergian adiknya. Air matanya diseka. Dia bangun kembali selepas memberi penghormatan terakhir buat adik kesayangannya.

Salah satu ahli keluarga yang dia rapat dan sangat sayangi.

"Maafkan aku tak dapat jadi abang yang baik dan lindungi kau dengan nyawa aku. Aku minta maaf"

Taehyung ketepi memberi laluan kepada orang lain untuk turut memberi penghormatan.

Kini giliran Jungkook dan Surin.

Mereka duduk melutut, seketika memandang bingkai gambar itu. Jungkook menghela nafas berat sebelum buat apa yang patut.

"Lepas semua benda ni selesai saya janji akan tolong awak baiki semula kedai ni. Jangan risau, saya pun ada bakat dalam menghias kedai. Kedai ni akan jadi kedai paling indah sampai bila-bila"

Jungkook memejam matanya rapat, suara Jisoo mula berlegar dalam kepalanya.

Janji...

Kalaulah aku diberi peluang untuk perbaiki semua ini, aku tak akan lepaskan kau Jisoo. Tak akan. Aku janji akan lindungi kau walaupun terpaksa korbankan nyawa aku,

"Jungkook..". Merasakan seseorang memegang bahunya, Jungkook mengangkat kepalanya. Memandang Surin yang tersenyum nipis.

Jungkook cuma mengeluh perlahan. Dia kembali memandang bingkai Jisoo sebelum bangun dan beredar dari situ. Memberi peluang kepada orang lain.

Pastikan, awak tepati janji awak itu, Jeon Jungkook.

***

Surin mula duduk disofa apabila kakinya mulai lenguh. Memerhati Taehyung yang duduk disebelah katil Aejeung, termenung jauh.

Entah apa yang difikirkan lelaki itu pun dia tidak tahu.

Taehyung pula mengalihkan pandangannya pada wajah Aejeung yang pucat. Teringat detik yang dia menyedut darah Aejeung secara berlebihan.

Dalam mindanya tidak habis menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia fikir waras ketika itu. Kalaulah dia cukup kuat untuk lindungi mereka,

Saya cintakan awak!

Taehyung terkedu seketika. Ya, kata-kata itu yang bangkitkan dia dari mimpi paling ngeri dia pernah alami.

Dimana ketika dia remaja, hidupnya porak peranda selepas ibu bapanya bergaduh atas sebab yang dia sendiri tak tahu. Bukan berseorangan, cuma dia murung sahaja.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now