Author's POV
"Sa—"
"Mama! Tengok ni!". Suara Miyun bergema dalam gedung itu. Terkejut Aejeung dengan Auntie Soon.
Baru sahaja Aejeung mahu pergi, Taehyung terlebih dahulu memotong.
"Biar aku yang pergi. Kau boraklah dulu dengan Auntie Soon"
"O-oh. Okay". Balas Aejeung singkat. Taehyung berjalan pergi ke tempat Miyun menjerit tadi.
"Mari ikut Auntie. Ada sesuatu yang Auntie nak tunjuk pada kamu". Bahu Aejeung ditepuk sekilas. Aejeung akur dan ikut langkah ahjumma itu.
Sambil berjalan , matanya melilau disegenap ruang dalam gedung itu. Melintasi barisan pelbagai jenis bunga yang harum baunya.
Dia mendongak ke atas. Bumbung gedung itu diperbuat daripada bahan lut sinar. Jadi cahaya matahari dapat terpancar menyinari bunga-bunga di dalam.
Tanpa sedar, Auntie Soon tersenyum melihat gelagat Aejeung yang seakan tenang memandang bunga-bunga yang ada.
Mereka berhenti dihadapan sebuah pintu. Ditepi pintu itu terhias bunga-bunga yang berwarna hitam dan sedikit yang berwarna merah.
"Pintu apa ni Auntie?". Soal Aejeung hairan. Auntie Soon memberikan senyuman sambil melihat pintu itu juga.
"Pintu ini ialah pintu yang membawa kepada satu dunia. Dunia di mana keharmonian tercipta selepas peperangan. Dunia yang penuh kisah dan lagenda menjadi memori pada masa sekarang. Yang menjadi khayalan manusia yang tidak mempercayainya.."
Dahi Aejeung berkerut tidak faham.
Dunia?
Dunia apa?
"Maksud...Auntie?".
Auntie Soon menggeleng.
"Lambat laun kamu akan tahu juga. Dan pintu ini menjadi jawapan kepada segala tanda tanya dalam minda kamu". Auntie Soon teruskan berjalan.
Aejeung masih pelik dengan apa yang dikatakan Auntie Soon. Pintu itu dipandang lama. Seakan ada Aura yang memanggilnya disebalik pintu berwarna hitam dihadapannya.
Seakan baru tersedar, dia terus berjalan mengikuti langkah Auntie Soon meninggalkan pintu itu dengan tanda tanya.
Pintu apa tu?
Dunia apa yang Auntie Soon maksudkan?
Sekuntum bunga merah pada pintu itu bertukar menjadi warna hitam. Lama-kelamaan, pintu itu hilang dari pandangan.
***
"Cantik kan bunga ni!". Miyun mencapai sekuntum bunga yang berwarna kuning dan ditunjukkan pada Taehyung.
Taehyung mengangkat kening.
"Jinjja?"
"Umph! Miyun pernah dengar, bunga yang berwarna kuning membawa tuah sebab dia melambangkan sesuatu yang harmoni". Terang Miyun bersungguh.
Taehyung bercangkung lalu sekuntum bunga dicapai.
"Kalau yang ini?". Soal Taehyung pada Miyun. Miyun yang elok-elok senyum, terus hilang senyuman bila tengok bunga yang dipegang Taehyung.
"Papa..suka bunga ini ke?".
Taehyung angguk. Ya lah, baginya not bad apa bunga itu. Hatinya terpahat pada warna bunga itu. Dari kecil, bunga itu yang menarik hatinya.
Bunga kegemaran dia.
"Hm, Miyun tak pasti betul atau tidak. Tapi warna bunga ni melambangkan malapetaka dan nasib malang dalam kehidupan seseorang—".
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Fanfic"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...