Aejeung's POVWow
Bangla cakap korea
Wow
Ok Aejeung serious.
"Maaf ye, tapi Encik ni siapa nak cakap pasal kematian saya? Malaikat maut?". Balas aku ditalian.
Tut.
Terus panggilan dimatikan dari pihak sana. Dahi aku berkerut, pelik dengan si penelefon yang tiba-tiba matikan panggilan ni. Salah nombor ke apa?
Eh tak mungkin lah. Kalau salah nombor mahunya tahu nama aku. Nama penuh pulak tu. Ke ni scammers? Jap, scammers mana yang cakap pasal kematian ni.
Aku bukan nak percaya. Tapi benda tu macam sesuatu yang firasat aku kata jangan main-main. Bermakna benda ini serius.
Patutke aku bagitahu Jungkook? Ah, nanti mesti dia tak percaya. Kata ada orang main-main je tu— aku sendiri yang kena pastikan benda ni betul ke tidak.
Tak apa, aku siasat sendiri.
***
Author's POV
" Buatkan hot chocolate. Jangan manis sangat "
Tit.
" Nae arra arra.. ". Aejeung terus bangun dari kerusinya. Dia melintas meja Dayeon dan lihat perempuan itu sedang tersengih-sengih melayan telefon.
Ee curi tulang.
Tapi dia kesah apa. Aejeung hanya biarkan dan terus pergi ke pantri. Gelas kaca dicapai dan serbuk coklat dimasukkan beberapa sudu.
Kali ni dia dah tak perlu risau lagi. Sebab Taehyung dah pernah puji air hot chocolate dia dekat apartment hari tu. Sedap katanya. Bangga Aejeung.
"Eh? You buat apa kat sini?". Aejeung menoleh kebelakang bersama hot chocolate yang sudah siap ditangan.
Irene.
"Tengah tunggu nak kelar leher kau—"
Terbuntang mata Irene.
"YOU—"
"Nampak air chocolate ni? Dah terang lagi bersuluh aku buat air ni. Nasib je aku tak simbah dekat kau. Huh—". Aejeung memutarkan matanya ke atas dan jalan melepasi Irene.
Irene memeluk tubuh dan ikut langkah Aejeung. Aejeung perasan, namun dia biarkan sahaja.
Sampai di depan personal office Taehyung, Aejeung berhenti. Dia berpaling pandang Irene.
"What?". Soal Irene selamba.
"Kau jangan nak masuk eh. Kau masuk, nanti jawab sendiri dengan Encik Taehyung".
Aejeung ketuk pintu dan masuk bersama hot chocolate nya.
"Ini.. airnya sudah siap—". Air diletakkan ke atas meja Taehyung. Lelaki itu tekun membuat kerjanya tidak mengendahkan air yang sudah ada diatas meja.
Aejeung membongkok sedikit dan berpaling untuk keluar.
"Nanti—"
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
أدب الهواة"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...