Warn•4 : Air coklat lejen

2.3K 242 119
                                    


Author's POV

"Masuk office aku sekarang"

Titt..

Aejeung mengerutkan dahinya. Dia baru sahaja keluar dari office Taehyung beberapa minit yang lepas. Sekarang dipanggil lagi.

Nak tak nak dia gagahkan juga untuk bangun. Mejanya yang terletak dihadapan office Taehyung memudahkannya kalau disuruh masuk bila-bila masa.

Tok! Tok!

"Masuk"

Aejeung masuk ke dalam office Taehyung. Lelaki itu sedang menaip sesuatu di komputer.

"Encik nak apa?"

Dah macam pelayan pun ada Aejeung ni. Taehyung langsung tidak memandang Aejeung membuatkan perempuan itu seperti ingin keluar dari office semula.

"Buatkan aku air"

Aejeung kembali memandang Taehyung.

"Air? Air apa?"

"Hot chocolate. Aku tak nak terlalu tawar dan tak terlalu manis. Aku bagi kau 2 minit"

"Tapi Encik, mana cukup—"

"Dari sekarang".

Mata Aejeung membulat. Terkocoh-kocoh dia keluar dari office Taehyung pergi ke pantri.

"Hot chocolate? Aku mana reti buat. Nak call Jungkook? Ahh tak cukup masa!". Pantas dia mencapai mug yang ada di rak. Serbuk coklat diletakkan 3 sudu besar. Susu disukat ikut suka hati. Tak lupa 5 sudu gula dimasukkan. Air suam dituang ¾ dari mug. Kacau kacau kacau—

"OK DAH SIAP". Dengan segera dia pergi ke office Taehyung semula. Pekerja-pekerja disitu sudah melihat dia dengan pandangan pelik. Ada juga yang bergosip.

Tok! Tok!

Pintu dibuka lalu dia menapak masuk. Hot chocolate tadi diletakkan ke atas meja Taehyung. Tanpa menunggu, Taehyung mencapai mug tersebut sambil matanya tak lepas menghadap skrin komputer.

"Pffffttttt!!".

Aejeung memejamkan matanya. Terasa ada cecair hangat yang mengalir dimukanya. Bau seperti hot chocolate.

"Yah kau nak bunuh aku ke apa! Sejak bila hot chocolate rasa masin!". Taehyung mengelap mulutnya.

"Ma-masin?". Aejeung mencapai mug itu lalu hot chocolate tersebut diteguk.

"Pffttttt!!". Kalini Taehyung pula menjadi mangsa semburan air tak berapa suci Aejeung.

"BAPAK MASIN".

Taehyung merengus geram.

Aejeung memandang mug itu dan Taehyung silih berganti.

"Takkan lah..."

Dia letak garam?

"PARK AEJEUNG! KAU KELUAR DARI OFFICE AKU SEKARANG!".

"Ma-maafkan saya Encik. Saya tak sengaja". Aejeung mengelap mukanya yang ada hot chocolate tadi lalu muka Taehyung pula dilapnya. Tangannya laju ditepis.

"AKU KATA KELUAR!". Terhinjut bahu Aejeung apabila suara Taehyung naik seoktaf. Mata Aejeung bergetar. Terasa jiwa perempuannya dirabak.

"M-maafkan saya... Jeongmal... Saya betul-betul tak s-sengaja". Aejeung menunduk 90° sebelum badannya tegak semula. Jelas terlihat air matanya mengalir. Terus dia keluar dari office Taehyung.

"Tch, menyusahkan". Taehyung mengambil kain didalam laci lalu mukanya dilap. Wajah Aejeung tiba-tiba masuk ke dalam mindanya.

"Dia.. menangis?"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now