Author's POV
"—Seperti yang saya beritahu, dia sekarang hanya perlukan rehat dan jangan bagi dia makan makanan yang berkolestrol tinggi. Pastikan dia makan ubat mengikut masa".
"Dae, kamsahamnida, Kang Uisa". Jisoo menunduk sedikit sebelum doktor muda itu berlalu pergi.
Jisoo mendekati katil Taehyung. Lelaki itu sudah membuka mata tetapi dia tak bergerak langsung. Hanya termenung.
"Oppa, gwaenchana-yo?". Tangan Taehyung disentuh lembut. Perlahan-lahan anak mata Taehyung bergerak pada Jisoo.
"Ji-soo..?"
Jisoo angguk.
"Kenapa aku dalam.. ni?".
"Oppa tak ingat? Oppa accident semalam. Kena langgar kereta". Terang Jisoo. Taehyung hanya diam tak menjawab. Matanya teralih pula pada Aejeung.
"Tak silap aku, hari sebelum orang aku curi duit yang Aejeung nak tebus".
Tiba-tiba sahaja suara Taehyung muncul dibenak fikiran Aejeung. Apa yang didengar tempoh hari, cukup buat hati dia sakit. Jadi selama ni, majikan dia yang ambil duitnya.
Tak sangka begitu terdesaknya Taehyung mahu ambil dia sebagai personal assistant.
"Kak Aejeung??"
"A-ah, nae?". Aejeung terhenti dari lamunannya.
"Marilah ke sini". Ajak Jisoo namun pantas Aejeung menggeleng.
"Akak rasa akak perlu balik sekarang. Jisoo tak kisah kan?". Soal Aejeung serba salah. Sebenarnya dia cuma nak larikan diri dari Taehyung buat sementara waktu.
"Eo, tak— tak kisah pun. Akak balik lah. Lagipun oppa dah sedar. Soo boleh jaga dia..".
Aejeung angguk.
"Kalau macam tu, akak pergi dulu—"
"Ah dae". Jisoo berjalan bersama Aejeung sehingga keluar wad. Jisoo tersenyum.
"Terima kasih kak, sebab sudi teman Soo semalam. Ah dan, tolong sampaikan ni pada.. Kak Jieun, boleh..?". Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari beg tangannya.
"Eh boleh-boleh. Tak ada masalah". Kotak kecil tersebut dicapai dan dimasukkan dalam beg tangannya.
"Kalau boleh Soo nak jumpa akak lagi. Bila akak free?". Soal Jisoo.
"Hm, rasanya ahad akak free kot. Sebab ahad akak cuti kerja. Miyun pun tak sekolah. Soo call lah akak nanti, bagitahu kalau nak jumpa—"
Jisoo angguk faham.
"Akak pergi dulu". Aejeung senyum dan melangkah pergi. Sempat matanya mengerling dalam wad. Ternyata Taehyung juga sedang memandang tepat padanya.
"Jumpa lagi—"
***
(Keesokan hari)
Jungkook's POV
"Papa Kook!".
Aku pandang sekilas Miyun yang sedang bermain dengan anak patungnya disebelah. Mata aku kembali menumpu pada jalan raya.
"Ya?"
"Betul ke papa.. accident..? ".
Agak tersentak juga aku dengan soalannya. Entah macam mana dia tahu.
"Siapa bagitahu Miyun?". Tanya aku laju.
Aku perasan dia gigit bibir.
"Kalau Miyun nak lawat papa.. boleh?". Soalnya perlahan.
YOU ARE READING
[C] Warning | Kim Taehyung
Фанфик"Aku dah warning kau awal-awal. Jangan salahkan aku kalau kau yang tersilap langkah" 🐾 "K-kenapa.. bibir Encik berdarah?" 🐾 "Aku nak buat perjanjian lah senang. Kau bagi aku perempuan tu and then kau dapat empayar besar aku. Amacam? 🐾 "Encik, ken...