Warn•10 : Gelaran

2.1K 223 29
                                    

Aku baik harini hahah

Aejeung's POV

Sekarang ini aku berada di dalam kereta mewah milik Encik Taehyung dan aku ambil keputusan untuk diamkan diri sahaja.

Dia yang tawarkan untuk hantar aku pulang ke rumah. Lagipun hari sudah nak masuk senja. Walaupun aku patut rasa malu tapi sepatutnya malu itu ada batas. Aku lebih pentingkan keselamatan aku.

"Em... Encik?". Aku memandang dia yang fokus pada pemanduan. Lengan kemejanya disinsing paras siku. Dia hanya memandu dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang gear.

Tipulah kalau aku kata dia tak handsome sekarang ni. Hati aku pun rasa macam nak meletup. Tergugat iman aku.

"Aku tak suka orang yang cakap tergantung". Tegurannya menyentakkan aku. Oh tuhan, kenapalah aku bodoh sangat pergi tenung dia.

Aku berdehem kecil sambil pandang semula ke hadapan.

"Maafkan saya, saya rasa saya dah banyak menyusahkan Encik"

Aku teringat kata-kata Jungkook semalam sejurus selepas pulang dari tempat kerja.

"Aku tak tahu perangai kau kat tempat kerja selama ni macam mana. Tapi aku nak kau berubah. Jadi seorang yang menurut arahan. Cakap dengan majikan kau dengan sopan dan lemah lembut. Kalau boleh buat dia cair dengan kau. Kau berjaya buat dia jatuh hati dengan kau, aku akan belikan kau apa sahaja yang kau nak"

Dia gila apa? Belum sempat dia nak cair sebab aku, aku sendiri dah cair sebab dia. Walau apapun, Jungkook suruh aku mencuba. Aku tak tahu apa motif dia tapi aku hanya menurut. Aku tahu, lambat laun aku akan tahu juga.

"Sedar pulak kau memang selalu menyusahkan aku"

Dugggg!

Ingatkan lelaki ni nak kata yang dia tak kisah. Lagipun aku ni pekerja dia. Tapi lain pulak dia jawab.

Selepas itu aku ambil keputusan untuk diamkan diri. Lebih baik berdiam dari berdebat dengan dia aku yang kalah.

Ye dok?

"Kau lapar tak?"

Aku salah dengar ke? Dia ajak aku makan lah kan? Betul tak? Patut ke aku fikir dulu restoran mana yang sesuai? Agaknya restoran yang baru buka depan mall tu sedap tak makanannya?

"Saya tak kisah. Kalau Encik nak bawa saya makan pun apa salahnya". Kata aku.

"Siapa cakap aku nak bawa kau makan"

Dugggg!!

Aku kena lagi. Pipi aku dah naik merah sebab malu. Tahu tak sekarang ni aku betul-betul rasa macam orang bodoh.

"Habistu? Encik tanya saya buat apa?"

"Saja"

Aku merengus geram. Terus aku alihkan pandangan ke luar. Menyampah tiba-tiba.

"Aejeung"

"............."

"Aejeung"

"............."

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now