Warn•38 : Eodi?

1.5K 183 8
                                    

Author's POV

"Err...". Aejeung ke belakang apabila Taehyung semakin dekat dengan wajahnya.

"S-saya...". Mata Aejeung melirik kiri kanan berharap sesuatu dapat potong line aktiviti mereka ketika itu. Ah tolong lah sesiapa terpijak tahi kucing ke hape!

"Cakap, no excuse—"

"Err... No excuse..??"

"Tak lawak Aejeung". Aejeung menelan liur apabila lihat Taehyung yang semakin dekat dengannya bersama wajah serius di muka. Ah tak boleh jadi ni—

"Belakang awak ada a-anjing!". Kata Aejeung sambil lihat melepasi bahu Taehyung. Yang ada hanyalah seorang lelaki yang duduk bermain telefon.

Namun hampa, Taehyung sedikit pun tidak memberi reaksi.

"Aku ke.. Namjoon yang paling menarik hati kau? Sebab aku tak suka tengok kau dengan dia—"

"S-saya tak faham maksud awak sebenarnya. Paling menarik hati..? . Saya rasa, dua-dua okay. Maksud saya.. em tak ada beza antara awak dan dia kalau saya pandang dari sudut... itu.."

Taehyung menjungkit kening.

"'itu' tu apa?"

"Err.. 'itu' tu... Itu lah. Benda tu"

"'benda tu' tu benda apa?"

Aejeung mengemam bibir. Dia undur setapak kebelakang, buatkan Taehyung kembali berdiri seperti biasa. Namun tangan mereka masih berpegangan.

"Awak saja nak kenakan saya an? Sekarang jawab, kenapa awak tak suka tengok saya dengan Encik Namjoon??". Balas Aejeung menukar topik. Wajah tidak puas hati ditayang.

"Sebab aku tak suka"

"Aw—"

Tangan Aejeung ditarik serta merta buatkan wajah mereka hanya beberapa inci.

"Kau, aku punya seorang sahaja"

***

Aejeung melangkah masuk ke dalam rumah. Kepalanya diteleng ke kiri dan kanan menghasilkan bunyi menandakan lehernya sudah lenguh teramat.

"Kau dari mana?". Sedar dengan suara teguran, Aejeung membuka mata yang tadinya terpejam.

"Err... hospital..?". Jawab Aejeung teragak-agak. Jungkook mendekati Aejeung. Lengan adiknya itu ditarik ke ruang tamu. Bahu Aejeung ditolak agar dia duduk diatas sofa.

Aejeung pula sudah berkerut pelik.

"Kau kenapa ni?"

Jungkook lihat kiri kanan dan ikut duduk disebelah adiknya. Tingkap dan pintu rumah sekali lagi dijenguk beberapa kali. Aejeung sekadar memerhati tingkah laku Jungkook yang pelik.

"Ka—"

"Shhhh!". Jungkook meletakkan jari pada bibir Aejeung. Terdiam wanita itu.

Setelah memastikan semuanya selamat, Jungkook kembali menatap Aejeung. Aejeung mengangkat kedua keningnya.

"Mulai hari ni, aku tak benarkan kau balik lambat. Mulai hari ini! Ingat!"

"Tapi kenapa?"

"Aku ada sebab tersendiri. Dan kau sebagai adik yang taat kepada abangnya harus ikut cakap aku. Mula pukul 8.30 aku akan kunci pintu, tingkap, bumbung—"

"Wait what? Apa benda ni. Aku ni kerja sebagai personal assistant kau faham tak? Bermaksud aku akan balik tak tentu masa. Dan tf pukul 8.30?? Kau nak buat ritual apa??"

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now