Warn•42 : Instinct

1.4K 172 17
                                    

Author's POV

"Kau boleh berjalan?". Taehyung mengukuhkan ikatan sapu tangannya pada pergelangan kaki Aejeung yang terluka.

Aejeung angguk sambil mengetap bibirnya. Dia cuba bangun tapi badannya hampir tumbang. Cepat sahaja Taehyung menyambut.

"Keadaan tengah genting macam ni, simpan ego kau Aejeung"

"Tapi Miyun—"

"Macam mana kau nak selamatkan dia kalau kau sendiri tunjuk perangai macam ni?". Geram Taehyung berkata-kata. Tangan Aejeung ditarik supaya berdiri.

"Mian.. saya cuma tak boleh kawal emosi. Kepala saya mudah serabut sampai tak boleh fikir secara normal"

Taehyung diam tak menjawab. Tangan Aejeung diletakkan dibelakang lehernya. Matanya tertumpu pada kaki Aejeung yang membuak keluarkan darah. Serta merta kepalanya berdenyut kuat.

Darah, sudah dua hari dia tidak minum. Dan sekarang, mungkin keadaan boleh jadi bahaya untuk dia dan Aejeung.

"Encik?"

Taehyung menggeleng laju.

"Kita kena cepat. Sebelum waktu malam menjelma".

Teragak-agak Aejeung mengangguk. Walaupun dia agak tidak faham dengan apa yang dikatakan Taehyung. Mungkin pencarian memang sukar jika waktu malam tiba?

"Mari"

***

"Jungkook..". Jisoo berkata perlahan sambil melihat lelaki itu yang sedang menahan sakit di dada.

"Vampire memang suka bertindak bodoh. Lihat, aku tak menipu". Suara Jieun lagi.

Rahang Jisoo bergerak menahan amarah yang mungkin akan meletus lagi.

"A-aku okay,". Jungkook tersenyum lemah. Sakit kaca yang tertimbus pada dada kanannya ditahan.

"Kenapa kau lakukan semua ni? Perjanjian perdamaian telah kami buat. Kau yang bodoh untuk memberontak?". Sinis Jieun berkata.

"Perdamaian ditentukan oleh raja. Golongan kau tak ada hak nak mengatur. Lagipun kami tak bodoh untuk berkongsi separuh kerajaan kami dengan puak kau. Kau saja yang bijak untuk tunjuk kebodohan kau didepan kami"

"Diam! Kami tak bodoh! Segala yang diatur oleh aku semuanya demi kebaikan puak kau! Semua salah Haneul dan Surin! Mereka berfikir yang sebaliknya tentang kami! Ayah kau tanpa sebarang syak hanya turut cadangan mereka!"

"Cukup dengan hasutan kau. Aku masih ada akal untuk berfikir yang buruk dan baik. Ayahanda dan ibunda aku pun tahu betapa liciknya puak kau. Masih nak berdalih". Ujar Jisoo dengan muka yang masih tegang.

Jieun tergelak kecil.

"Dasar bapak dengan anak tak ada masa depan. Akal ada tapi semua bodoh. Memang patut Cataóla mundur dari dulu hingga sekarang!"

Bam!

Percikan api besar hinggap di perut Jieun. Perempuan itu merintih kesakitan.

"Kau boleh kutuk aku, tapi jangan berani kutuk Cataóla dengan mulut busuk kau. Aku benci". Percikan api makin kuat buatkan Jieun semakin meraung lebih lantang.

"Aku akan hapuskan kau Jisoo. Cuma masanya belum tiba. Tunggu Cataóla didalam genggaman aku, dan kau akan aku seksa sepanjang hidup—". Bayangan hitam keluar dari badan Jieun.

Barang-barang didalam bilik itu semuanya tercampak ke dinding dek angin yang kuat.

"Jumpa lagi, Tuan Puteri". Bayangan itu sekali lagi mengeluarkan suara garaunya. Jisoo pantas berada dihadapan Jungkook dan menahan blok kaca yang meluru ke arahnya.

[C] Warning | Kim Taehyung Where stories live. Discover now