01 |

2.6K 168 3
                                    


"Dasar namja international playboy!"

Seorang lelaki paruh usia, dalam lingkungan 50 tahun membuka pintu bilik anak bujangnya yang masih belum terfikir untuk bangun walaupun matahari sudah terpacak diatas kepala.Sebab inilah isterinya yang sedang memasak dibawah selalu membebel kerana sikapnya yang selalu bagi muka dekat anak lelakinya itu.Mujur sahaja seorang lagi anak lelakinya seorang yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.Pagi-pagi lagi sudah keluar pergi pejabat.

Berat nafas dilepaskan apabila melihat anaknya itu masih terbaring berbungkus dalam selimut.Setelah habis belajar sebulan yang lalu inilah saja apa yang dia lakukan.Keluar malam balik kalau jarum jam tidak berginjak pukul 3:00 pagi memang tidak akan bertengek dekat rumah.Sudahlah duit yang appanya bagi dia belanja perempuan-perempuan.Entah berapa ramai perempuan sudah terkena ayat manis anaknya itu.

"Chan!!..Chan bangun!!"nama yang selalu disebut itu telah menjadi rutin setiap pagi untuk mengejutkan anaknya.Tapi langsung tiada gerak geri menunjukkan anak lelakinya itu akan sedar.Sudah nazak agaknya.

"Park Chanyeol!!!..appa cakap bangun.Sebelum appa sekat kad kredit kamu!.."

Jeritan itu membuatkan Chanyeol yang tidur mati itu terus bangun.Diselak selimut hingga jatuh kelantai.Dia terus turun dari katil.Tuala dipenyakut terus dicapai.Langkah dituju kebilik mandi.Sebelum masuk sempat dia terlanggar kerusi hingga jatuh.Tapi bangun balik dan masuk kedalam bilik mandi.Tidak kira akan sakit jatuh.Asalkan kad kreditnya dapat diselamatkan.

Kalau kad kredit disekat, dibekukan.Macam mana dia nak belanja kekasih-kekasih dia nanti.Oh, ramai juga kekasih si Chapang ni ye.Dasar playboy bertubuh tiang letrik.

"Pantang sebut pasal kad kredit.Cepat je bangun"bebel Tuan Park.Lemah dengan perangai anaknya yang tidak serupa abangnya.Jauh panggang dari api.Pening dia memikirkan.Nasihat apa pun tidak mahu dengar.Ikut kepala dia saja.



chanyeol pov..

Selesai mandi aku buka pintu perlahan lahan.Aku intai mahu pastikan appa masih ada atau sudah keluar dari bilik aku ini.Malas nak dengar appa membebel.Pekak telinga aku ni nanti.Ok, yes appa dah keluar.Baru ingin ke almari, telefon aku menjerit lantang minta diangkat.Kacau betullah pagi-pagi.Telefon diatas meja tepi katil aku capai.Tanpa melihat nama pemanggil aku terus jawab panggilan itu.

"Hello!..siapa ni?!"

"Haih, baru semalam jumpa i dah lupa"

Aku terus tengok skrin telefon.Tertera nama 'Sunmi' diskrin telefon.Aku hanya meng 'OH' kan dengan perlahan.Biasalah perempuan keliling pinggang.Manalah aku nak ingat seorang-seorang.Inilah contoh lelaki cari penyakit.Halah, leklek sudah.Benda biasa je pun.Buat apa nak takut.

"I baru bangun terus jawab call you.So tak tengok siapa yang call"alasan paling munasabah aku fikirkan setakat ini.Lantaklah.

Aku dengar dia gelak kecil dihujung talian."Baru bangun rupanya.Mesti you comel kan??...ermm i miss you la baby..!"

Aku mencebik.Geli geleman pula aku dengar dia ni bercakap.Asyik nak berbaby baby je dengan aku.Pantang aku tunjuk duit mulalah bersinar biji mata.Haih, susah betul nak jumpa perempuan yang ikhlas bukan kerana duit.Ada tu ada tapi susah nak jumpa.Kalau jumpa tu memang bertuahlah hidup.Seorang bidadari kayangan HAHAHAHAHA..hurmm..samalah dengan seseorang yang kenal dulu.Tinggalkan aku sebab aku masih belajar dan tak punya kerjaya.

Masa belajar appa tak bagi banyak sangat duit dekat aku.Dilimitkan.Sebab tu cinta hati pun lari.Nasib badan.Padan dengan muka kau Chanyeol.Pandai-pandailah kau nak hidup.

Selesai bersiap dengan gaya yang paling bergaya aku turun ketingkat bawah.Aku kenalah bergaya.Perempuan suka lelaki yang tak selekeh.Kalau selekeh tak akan dipandang.Kalaulah aku pakai macam nak pergi berkebun.Ada orang suka ke?!....aku hampiri meja makan.Bersinar sinar mata tengok sarapan diatas meja.Ada nasi goreng kimchi kegemaran aku serta roti dan telur rebus.

[ C ] heartbeat • pcyWhere stories live. Discover now